Posted on Leave a comment

Cuti Merehatkan Fikiran

Asslamualaikum dan salam sejahtera;)

Semasa saya menulis post ini saya telah berada di kampung halaman kerana sedang bercuti sempena tahun baru cina. Alhamdulillah dapat gak saya cuti setelah hampir lebih kurang dua bulan tak dapat balik kampung. Memang tak sempat pun untuk bercuti kerana terlalu sibuk dengan assignment yang berlambak kat universiti tu. Memang stress la jugak kadang-kadang tu.

Jadi, saya ingin menggunakan masa cuti ini dengan sebaiknya untuk merehatkan tubuh badan dan fikiran saya. Tapi ia bukan bermaksud saya perlu meninggalkan terus pelajaran saya. Saya hanya ingin berehat seketika pada masa cuti ini. Saya yakin mungkin ramai juga di kalangan anda yang bercuti sempena tahun baru cina. Tidak kiralah anda masih belajar ataupun telah bekerja.

Jika anda terlalu stress anda mungkin tidak dapat untuk menumpukan sesuatu kerja yang anda ingin lakukan. Begitu juga saya. Kadang-kadang kerja yang saya lakukan menjadi kelam kabut kerana tidak dapat menumpukan sepenuhnya perhatian. Jika rasa tertekan lebih baik anda berehat seketika dan mencari ketenangan. Nanti lama-lama rasa tertekan anda itu akan hilang dan anda bolehlah menumpukan kembali kepada kerja yang anda ingin lakukan itu. Dengan berehat seketika ia dapat menenangkan fikiran anda dan menenangkan perasaan anda.

Apabila saya merasa terlalu serabut fikiran didalam kepala saya dan stress, saya akan cuba mengalihkan perhatian dengan melakukan perkara lain. Saya buatlah apa pun saya suka seperti main game ke, dengar lagu ke, tengok cerita dan banyak lagi. Ia akan dapat membuatkan anda melupakan kepada masalah all slots casino yang sedang menganggu pemikiran anda. Ia dapat membuat anda rasa lebih rileks dan gembira seolah-olah anda tiada apa-apa masalah yang menganggu pemikiran anda. Kalau tak percaya anda boleh cuba sendiri.;)

Kawan-kawan adalah penting jika anda mempunyai apa-apa masalah untuk diluahkan. Ini kerana apabila anda meluahkan masalah anda itu anda akan merasa lebih lega dan lebih yakin. Apabila anda telah meluahkan masalah anda itu seolah-olah didalam fikiran anda menjadi kosong kerana anda telah mengeluarkannya dengan cara meluahkan kepada orang lain. Anda juga akan merasa kembali bersemangat apabila kawan anda itu dapat memberi dorongan dan motivasi kepada anda. Tetapi bila dah cuti macam sekarang saya merasa sunyi pulak kerana tiada kawan-kawan untuk dijadikan teman berbual.

Jika anda memerlukan ketenangan yang sebenar-benarnya hanyalah kepada Allah tempatnya. Jika pemikiran anda dipenuhi dengan pelbagai masalah ataupun anda sentiasa merasa stress maka banyak-banyakkanlah berdoa kepada Allah. Kerana hanya kepadaNyalah tempat kita memohon pertolongan. Sentiasa membaca al-Quran dan berzikir dapat memberi ketenangan kepada seseorang itu. Sama-samalah kita mendekatkan diri kepadaNya supaya hidup kita akan sentiasa tenang.

Saya berharap dengan tips-tips ringkas ini dapat memberi panduan berguna kepada anda semua. Saya berharap pada masa cuti ini saya dapat melakukan aktiviti yang berfaedah dan tidak akan membazirkan masa cuti saya begitu sahaja. Begitu juga anda. Buatlah aktiviti yang dapat memberi faedah kepada diri kita sendiri dan juga orang lain. Pada masa cuti ini insyaallah saya akan cuba untuk update artikel-artikel terbaru yang dapat mengisi masa saya dengan berkongsikan lebih banyak ilmu pengetahuan yang dapat memberi manfaat kepada anda semua. Semoga kita semua dapat merehatkan fikiran dimasa cuti ini.;)

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *