Posted on Leave a comment

Ebook – Buku Alaf Baru

Anda mesti sudah pun mengenali apa itu ebook sebelum ini. Istilah ebook mempunyai banyak definisi dan maksudnya. Dalam bahasa mudah ebook adalah satu buku versi elektronik menyerupai buku cetakan yang anda selalu baca sebelum ini. Ebook bukan benda yang anda boleh pegang ditangan sama seperti buku cetakan biasa. Ia tidak mempunyai helaian mukasurat kertas yang anda boleh belek seperti buku cetakan. Ia adalah satu fail komputer yang formatnya adalah nampak seperti buku dan dibaca seperti buku juga. Anda boleh membaca ebook pada skrin komputer, laptop, alat pembaca ebook dan sebagainya.

Sebuah ebook itu anda boleh di download di internet dan dibaca menggunakan satu perisian percuma seperti Adobe Reader, Microsoft Reader, Foxit Reader ataupun jenis reader yang lain yang dapat membaca format PDF. Hanya sesetengah komputer sahaja yang menawarkan perisian untuk membaca ebook sama seperti anda membaca buku cetakan biasa. Ia memberikan anda untuk membelek-belek muka surat ebook sama seperti anda membelek buku biasa.

Ebook sebenarnya tidak bermaksud untuk menggantikan buku cetakan. Ebook sebenarnya dicipta sebagai satu cara pilihan pembacaan alternatif yang baru kepada pencinta kemajuan teknologi seperti anda. Anda juga tahu yang ebook menawarkan satu dimensi baru dalam seuatu bidang penulisan. Ia memudahkan sesuatu buku untuk diedarkan tanpa memerlukan kos yang tinggi dan juga lebih senang untuk diuruskan.

Sesetengah ebook ditulis hanya khusus untuk internet. Ia biasanya mempunyai beberapa ‘keyword’, ‘search’ dan juga laman web khusus yang membolehkan anda untuk terus melayari ke internet untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Ramai penulis telah menemui satu cara yang mudah dan paling baik untuk memperkenalkan diri mereka kepada anda iaitu pembaca adalah menggunakan ebook. Mereka tidak lagi menggunakan orang tengah seperti agen atau penerbit dan boleh menawarkan tulisan(ebook) mereka pada harga yang lebih rendah untuk menarik anda sebagai seorang pembaca.

Di internet terdapat banyak ebook sama ada yang percuma ataupun berbayar. Ianya bergantung kepada seseorang penulis itu sama ada mahu memberinya secara percuma ataupun perlu dibayar. Anda tidak perlu takut untuk mengeluarkan sedikit wang untuk mendapatkan ebook berbayar tapi fikirkan manfaat apa yang anda dapat dari ebook itu iaitu ilmu pengetahuan. Sama la juga seperti anda mengeluarkan wang untuk membeli buku cetakan biasa di kedai-kedai buku. Cuma ebook kedainya adalah di internet.

Akhir sekali, ebook adalah masa depan dalam bidang pembacaan dan ilmu pengetahuan. Ianya juga boleh dianggap sebagai alternatif kepada buku kerana memudahkan penulis buku dan memudahkan anda juga sebagai pembaca itu sendiri. Anda yang suka membaca dan sukakan ilmu pengetahuan pastikan akan sukakan ebook juga. Nasihat saya jadikan ebook sebagai sahabat anda…….

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *