Posted on 11 Comments

Elakkan Kemalangan Di Jalan Raya

Salam sejahtera. Menjelang tibanya musim perayaan hari raya aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi mereka-mereka yang tinggal, belajar dan bekerja di perantauan akan mula pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut hari raya bersama keluarga. Maka jalan raya akan dipenuhi dengan banyak kenderaan yang berpusu-pusu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Apa yang menyedihkan apabila tibanya musim perayaan akan terjadinya banyak kemalangan jalan raya yang meragut banyak nyawa. Statistik setiap tahun menunjukkan setiap kali tiba musim menyambut hari raya banyak kes kemalangan jalan raya telah berlaku. Hari raya yang sepatutnya menjadi hari untuk bergembira bersama keluarga tersayang telah bertukar menjadi hari yang menyedihkan.

Kemalangan jalan raya sebenarnya boleh dielakkan jika faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya dapat diatasi. Antara faktor utama yang menyebabkan kemalangan jalan raya adalah pemandu kenderaan itu sendiri. Ini kerana ada pemandu yang memandu dalam keadaan fizikal yang letih, emosi dan fikiran yang tertekan. Faktor-faktor ini saja sudah boleh menyebabkan kemalangan. Pemandu kenderaan hendaklah memastikan keadaan fizikal dan mentol berada dalam keadaan yang baik sebelum memandu. Jika seorang pemandu itu berada dalam keadaan yang letih, mengantuk, marah, risau atau cemas maka janganlah mereka memandu. Sebaliknya hendaklah berehat dan tenangkan fikiran dahulu.

Kenderaan adalah kesinambungan kepada pemandu kenderaan kerana kenderaan yang tidak berada dalam keadaan elok dan tidak dapat berfungsi dengan baik boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Bahagian kenderaan seperti brek, lampu, lampu brek, lampu isyarat dan hon mesti berfungsi dengan baik. Selain itu tayar dan pengelap cermin juga hendaklah berada dalam keadaan yang baik dan berfungsi. Jika seorang pemandu hendak melakukan perjalanan yang jauh kenderaan perlulah dihantar ke bengkel untuk diservis terlebih dahulu supaya keadaan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Faktor keadaan jalan raya juga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Ini kerana keadaan jalan raya yang baik akan memberi keselamatan dan keselesaan kepada pemandu jalan raya. Tapi jika jalan raya berada dalam keadaan yang tidak baik seperti jalan raya licin kerana hujan maka risiko kemalangan jalan raya akan meningkat. Apa yang mesti dilakukan oleh pemandu adalah hendaklah memandu mengikut keadaan jalan raya. Mereka hendaklah mengurangkan kelajuan kenderaan apabila hari hujan dan jalan raya yang licin supaya kemalangan dapat dielakkan.

Cuaca yang tidak baik juga meningkatkan risiko kemalangan jalan raya. Apabila hujan yang terlalu lebat dan kabus terlalu tebal menyebabkan pandangan menjadi kurang jelas. Hujan yang terlalu lebat dan angin yang terlalu kencang juga boleh menghalang seorang pemandu dari terus memandu. Cermin kereta menjadi kurang jelas untuk seorang pemandu melihat keadaan diluar kenderaan. Jika cuaca tidak berada dalam keadaan baik maka seeloknya seorang pemandu itu berhenti dan elakkan dari meneruskan perjalanan.

Ada banyak lagi faktor lain yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Kemalangan jalan raya hendaklah dielakkan sama sekali dari berlaku. Walaupun nak cepat jangan memandu laju-laju bahaya. Jangan memandu mengikut perasaan tapi ikutlah peraturan jalan raya. Kepada mereka yang merancang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing tidak lama lagi berhati-hatilah dijalan raya ya. Ingatlah orang yang tersayang. Semoga hari raya aidilfitri pada tahun ini akan dapat dapat disambut dengan meriah bersama sanak saudara dikampung. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

JOM SHARE

11 thoughts on “Elakkan Kemalangan Di Jalan Raya

  1. isk2
    byk berlakunya kemalangan skrg ni..
    apa nk jadi..
    harap2 kurang la kemalangan
    semoga tuhan lindung kita semua

    eikA posted!

  2. kemalangan jalanraya.. harap2 berkurang/tiada …tapi dari ops sikap baru2 nie, dah banyak kes dilaporkan…. isk2..

    1. semoga semuanya selamat sampai tiba ke destinasi masing2…

  3. guru saya berpesan:
    jangan main mercun, bunga api

    pesan saya:
    main bunga raya tak apa

    🙂

  4. Salam tuan, satu artikel yang menarik. Kita sama2 doakan semoga pada tahun ini tidak banyak kemalangan jalan raya berlaku dan semua dapat berhari raya dalam suasana gembira.

    Selamat Hari Raya Aidil-Fitri
    Maaf Zahir Batin

  5. utamakan keselamatan dalam perjalanan kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *