Posted on 26 Comments

Empat Perkara Berharga Dalam Diri Manusia

Assalamualaikum.

Saya ingin berkongsi mengenai empat perkara yang sangat berharga yang berada dalam diri kita sebagai manusia. Empat perkara ini hendaklah dijaga dengan sebaiknya bagi menjamin kehidupan kita sebagai manusia yang sejahtera di dunia dan juga akhirat.

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.”

1) Akal fikiran

Pertama sekali adalah akal fikiran manusia, akal adalah satu anugerah Allah yang paling berharga kepada hambanya yang bernama manusia. Akal adalah satu amanah yang besar dari Allah kepada manusia. Akal jugalah yang membezakan antara manusia dengan makhluk-makhluk Allah yang lainnya. Akal fikiran digunakan untuk membezakan antara kebaikan dan juga keburukan.

Musuh kepada akal adalah nafsu. Kedua-duanya saling berlawanan antara satu sama lain. Akal boleh hilang disebabkan nafsu marah. Sebab itulah bila anda melihat orang yang sedang marah ni seolah-olah mereka tidak dapat berfikir panjang apa yang mereka lakukan. Kadang-kadang sampai bergaduh, mencaci, membunuh dan banyak lagi. Ini kerana dalam diri mereka telah dikawal oleh nafsu marah tersebut.

2) Agama Islam

Agama Islam adalah agama yang paling sempurna kebenarannya. Selagi seorang manusia itu berpegang kepada agama islam yang sebenarnya maka mereka tidak akan sesat selamanya dan mereka akan terus bahagia di dunia ini dan juga akhirat kelak. Di akhirat nanti didalam syurga adalah jaminannya. Kita hendaklah mengamalkan setiap ajaran islam dengan sebenar-benarnya dalam kehidupan kita seharian.

Janganlah sama sekali ada sifat dengki dalam diri kita kerana ia boleh membuatkan kita benci kepada orang lain dan orang lain juga akan membenci kita. Kalau setiap dari kita umat islam saling dengki-mendengki antara satu sama lain dan tidak bersatu maka akan hancurlah agama islam ini.

3) Perasaan malu

Sifat malu adalah satu sifat yang sangat mulia. Kerana malu itu sendiri adalah separuh daripada iman. Sifat malu dalam islam adalah malu kepada Allah. Seorang hamba itu hendaklah malu untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah. Ini kerana kita sebagai hamba telah diberikan banyak nikmat oleh Allah tapi kita pula banyak melakukan dosa-dosa kepadaNya. Kita sepatutnya berasa malu.

Sifat tamak boleh menghilangkan perasaan malu seorang hamba itu kepada Allah. Ini kerana apabila seorang hamba itu menjadi tamak dalam mengejar kehidupan dunia seperti mengumpul harta kekayaan, mengejar pangkat dan kedudukan maka mereka menjadi lupa kepada Allah. Ramai orang yang terlalu menyintai dunia kerana terlalu tamak dan melupakan Allah dan hari akhirat. Islam tidak melarang umatnya mengumpul kekayaan tapi jangan sampai lupa untuk membawa bekalan takwa menuju hari akhirat nanti.

4) Amal soleh

Sebagai seorang hamba yang taat hendaklah kita banyak melakukan amal soleh kepada Allah. Amal soleh yang kita lakukan juga hendaklah ikhlas kepadaNya. Disamping menjaga hubungan kita dengan Allah, hubungan kita sesama makhluknya juga perlu dijaga. Janganlah kita dekat dengan Allah dengan banyak melakukan beramal soleh tapi hubungan dengan manusia pula menjadi jauh.

Perbuatan menceritakan keburukan orang lain adalah sangat dilarang sama sekali dalam islam. Kita hendaklah menjaga keburukan orang lain sama seperti kita menjaga keburukan diri sendiri. Kesalahan atau keburukan orang lain hendaklah dihormati demi menjaga hubungan kita sesama islam. Walaupun orang itu salah kita hendaklah menegurnya secara baik. Bukannya dengan menceritakan keburukannya kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam maka Allah menutup keaibannya pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim Abu Daud dan At-Tirmizi.”

 

Kesimpulan

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menghargai empat perkara yang berharga ini dalam kehidupan kita. Kita sepatut bersyukur kerana dikurniakan nikmat yang sangat berharga kepada kita ini. Tanpa empat perkara yang sangat berharga ini kehidupan kita tidak akan bermakna di dunia mahupun di akhirat.

 

 




JOM SHARE

26 thoughts on “Empat Perkara Berharga Dalam Diri Manusia

  1. Mesti selalu bisikkan kepada diri sendiri bahawa “kita adalah insan yang mulia, baik hati, sabar” dan seumpamanya. Ia secara tidak langsung akan merembeskan kata-kata peransang tersebut keseluruh tubuh, maka automatik, akal, hati, minda akan mentafsirkannya melalui perbuatan.

    Kata-kata itukan doa.

    1. betul tu..terima kasih..

  2. salam,
    sangat beruntung kalau kempat-empat perkara tu ada pada diri kita.. terima kasih atas perkongsian ni

    1. salam..
      memang beruntung kerana ianya adalah anugerah dari Allah kepada hambanya.. 🙂

  3. bermula dari rasa tak puas hati…tetapi apabila dikongsi len y jadi( cam ngumpat jerk)…walhal nk menyatakan ketidakpuasan yang terbuku di hati…susah2…hurmmmm 🙁

    1. harap bersabar walau apa pun yang berlaku.. 🙂

  4. perasaan malu sekarang dah semakin menipis di kalangan kita. itula maksiat berleluasa..

    1. betul tu bro..ramai yang dah tak malu nak melakukan maksiat..

  5. sabda Rasulullah s.a.w antara mafhumnya:

    “aku tinggalkan kepada kamu dua perkara(al-quran dan sunnahku),berpegang teguhlah kepada keduanya nescaya kamu akan selamat”

    1. ya saya setuju..terima kasih kerana mengingatkan… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *