Posted on 14 Comments

Fasa-fasa Dalam Kehidupan Manusia

Assalamualaikum,

Alhamdulillah bertemu lagi kita pada post kali ini. Harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera. Pada artikel kali ini saya hanya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai fasa-fasa dalam kehidupan kita sebagai insan di dunia ini. Ianya hanya sebagai renungan bersama dalam menghayati kehidupan kita seharian. Berikut adalah fasa-fasa di dalam kehidupan kita yang biasa untuk direnungkan bersama:

Alam Remaja

Ada masa + tenaga…. Tapi tiada duit..

Semasa di alam remaja ini kehidupan anda hanya hidup bergantung kepada orang lain iaitu ibu bapa anda apabila memerlukan duit. Anda nak makan ada orang tanggung dan kena ada duit nak belanja itu dan ini. Pada masa ini semuanya bukan dari duit anda sendiri lagi. Tetapi pada masa remaja inilah anda mempunyai banyak masa yang boleh dikatakan tidak terlalu sibuk sebenarnya. Begitu juga dengan tenaga yang anda miliki kerana pada masa ini anda masih muda dan tenaga anda masih lagi kuat.

Alam Pekerjaan

Ada duit + tenaga….. Tapi tiada masa..

Apabila memasuki alam pekerjaan pula kehidupan anda mula berubah. Jika dahulu semasa remaja anda tidak perlu berusaha sendiri untuk mencari duit sendiri maka di alam pekerjaan inilah anda akan mencari duit hasil dari titik peluh anda sendiri. Pada masa ini anda masih lagi bertenaga kerana masih berupaya untuk melakukan kerja seharian anda. Tetapi di alam pekerjaan ini anda akan merindui alam remaja anda kerana anda tidak lagi mempunyai masa terluang seperti alam remaja.

Alam warga emas

Ada masa + duit…. Tapi tiada tenaga..

Memasuki alam warga emas ramai yang telah bersara dari alam pekerjaan kerana anda mungkin tidak lagi mempunyai tenaga untuk melakukan pekerjaan seperti di zaman muda. Pada alam warga emas ini anda akan mula merindui alam remaja dan alam pekerjaan kerana anda tidak lagi bertenaga seperti zaman2 muda dahulu tetapi anda mempunyai masa dan duit yang telah dikumpul semasa alam pekerjaan.

Sebagai kesimpulannya, artikel ini hanyalah sekadar perkongsian yang mengajak anda semua supaya merenung kembali dimana alam anda berada sekarang. Adakah kita bersyukur dengan fasa kehidupan yang kita berada sekarang ini? Sama2lah kita renungkan..Tepuk dada tanya iman. Apa yang baik itu datang daripada Allah dan apa yang kurang itu adalah datang dari kelemahan diri saya sendiri. Terima kasih.

JOM SHARE

14 thoughts on “Fasa-fasa Dalam Kehidupan Manusia

  1. huhu..tak der post yg tbaru ke?huhu cdihnya..jmputlah ke blog suri

    1. tak ada lagi kot..tunggu cuti ni..

  2. khdupan utk dilayai dgn sebaiknya..mencari pahala sedaya yang mampu..;)

    1. betul apa yang kak suri cakap saya sokong..
      pahala hendaklah ditambahi dosa jangan dicari…

  3. bagus entri ini 🙂
    setiap saat dalam kehidupan ini perlu dihargai dengan sebaik-baiknya..

    1. terima kasih..kita kena menghargai kehidupan kita ini walau hanya sesaat..

  4. hai kawan 😉
    huhu..jadi hargailah usia kita dgn melakiakn pkra yang baik2 je..

    bgtu jua dgn amalan kita jgnlah sesekali kita lalai dlm meninggalkannya..kerana ia stu tanggungjawab yang bakal di soal pada kita kelak.. huhu

    1. terima kasih..sama2 la kita menghargai usia ini dengan melakukan perkara2 yang baik..
      kerana setiap perkara2 yang kita lakukan di dunia ini akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti..

  5. wah bagusnya entri ni. saya suka. sekarang saya berada di alam pekerjaan. memang saya merasakan seperti itu. macam mana pun, saya masih lagi berpuas hati dan bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang.

    1. terima kasih..betul tu..kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *