Posted on 13 Comments

Ganti Perkara Negatif Dalam Hidup Dengan Perkara Positif

Salam sejahtera,

Jika anda ingin memajukan hidup anda terus kehadapan maka anda perlu menukar perkara negatif yang ada didalam diri anda kepada perkara positif. Sebahagian dari kita menyedari akan banyaknya pengaruh negatif yang berada disekeliling hidup kita ini.  Banyak pengaruh-pengaruh negatif ini datang dari orang lain, media massa dan yang paling banyak sekali adalah diri kita sendiri.

Langkah pertama dalam menggantikan perkara-perkara negatif yang ada dalam hidup anda adalah dengan membuat satu keputusan untuk mencari mesej negatif dan menggantikannya dengan mesej yang positif. Dengan ini anda akan lebih fokus untuk menjadi positif. Anda perlu segera mengurangkan jumlah berita yang anda bawa masuk kedalam diri anda. Ini kerana ramai orang yang memulakan hari mereka dengan sesuatu berita sama ada di televisyen ataupun surat khabar. Dan sudah tentu kebanyakan berita-berita yang anda terima adalah berita buruk seperti pembunuhan, kebakaran, banjir dan banyak lagi. Ramai juga antara anda yang setiap kali membuka hari baru pada setiap pagi semasa bersarapan dengan membaca surat khabar. Jika setiap hari anda melakukan sedemikian maka dalam seminggu itu jugalah anda akan memulakan hari baru anda dengan berita buruk.

Dan bagaimana pula cara anda menamatkan hari sebelum tidur? Kebanyakan dari anda juga suka menonton berita sebelum tidur dan dengan itu jugalah anda akan mendapat banyak maklumat negatif sebelum anda tidur. Maka tidak hairanlah jika ramai orang yang susah hati untuk tidur setiap malam. Perasaan negatif sebelum anda tidur akan membawa kepada keesokan pagi yang seterusnya dengan perasaan negatif juga. Maka dengan itu anda perlu mengurangkan diri anda dari mendapat berita-berita negatif dan buruk kerana anda akan merasa lebih baik tanpa semua berita-berita negatif itu.

Maka anda perlu tukar dari perkara negatif tersebut dengan mendapatkan sesuatu yang positif seperti mendengar ceramah motivasi, mendengar lagu, dan banyak lagi serta sudah tentu juga kalau anda melihat  dan membaca berita-berita yang baik. Membaca buku juga adalah sangat baik kerana ia mampu membantu mengisi hidup anda dengan perkara-perkara yang positif. Anda boleh membaca kisah-kisah kejayaan orang lain, biografi mereka yang berjaya dalam hidup, dan banyak lagi. Anda akan dapat merasai kesannya kepada diri anda. Anda akan merasa lebih bersemangat dan akan sentiasa berfikiran positif.

Seterusnya adalah anda perlu menyekat dari mendapat pengaruh orang-orang yang bersifat negatif. Kebanyakan dari kita mungkin tidak menyedari yang kita sebenarnya selalu berada bersama dengan orang yang bersifat negatif ini. Anda mungkin tidak menyedari yang anda mungkin selalu menghabiskan masa dan tenaga dalam banyak perkara bersama mereka tetapi tidak mendapat apa-apa hasil. Sebenarnya orang-orang yang bersifat negatif ini akan sentiasa cuba menarik anda ke bawah dan menjatuhkan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah cari kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan kepada anda sudah tentu akan membuat anda merasa gembira bersamanya. Ianya bagi menjauhkan orang-orang yang negatif dalam hidup anda itu.

Perkara-perkara negatif yang paling banyak muncul adalah dari dalam diri anda sendiri. Kebanyakan dari kita suka berfikiran negatif dengan kekurangan yang ada dalam diri. Anda mungkin juga selalu berfikir akan kelemahan diri anda. Ia sebenarnya boleh melemahkan semangat anda untuk mencuba sesuatu perkara yang baru. Anda mungkin menjadi seorang mudah bimbang dan takut jika ingin cuba melakukan sesuatu yang baru.

Apa yang perlu anda buat adalah anda perlu mula untuk fokus pada perkara positif dari anda. Apa kekuatan dan keunikan anda, apa yang telah anda capai, bagaimana anda berbeza dan lebih baik dari orang lain? Gunakan gambaran untuk membina semangat dalam diri anda untuk mencapai hal-hal yang anda inginkan dan menggunakannya bagi menggantikan gambaran yang negatif. Anda juga boleh berikan ucapan tahniah kepada diri anda untuk semua yang anda lakukan berfaedah, sehingga anda akan mendapati banyak perkara positif yang anda lakukan. Juga, anda boleh luangkan masa selama tiga minit setiap hari untuk berfikir tentang semua hal yang baik yang dimiliki oleh anda dalam kehidupan anda sekarang. Proses memikirkan perkara positif dalam hidup anda, akan menghasilkan perasaan yang baik bagi anda yang akan bertahan lebih dari sehari.

Anda juga hendaklah sentiasa menjaga kesihatan tubuh badan anda. Makan secara sihat dan selalulah bersenam. Bersenam selalu secara teratur dapat memberikan kekuatan dan ketahanan dalam diri anda untuk mencapai lebih banyak kejayaan. Membantu orang lain juga akan membuat anda merasa lebih baik tentang diri anda. Apabila melakukan kebaikan hendaklah dengan ikhlas barulah anda akan dihargai. Pada masa yang mungkin anda juga akan dibantu jika mempunyai masalah.

Kesimpulan, dengan menggantikan perkara negatif dalam hidup anda, dengan perkara positif, anda telah membuat diri anda sendiri dan mungkin dunia menjadi tempat yang lebih baik. Anda akan merasa lebih baik dari segi mental dan fizikal, ditambah apabila anda telah mencapai banyak perkara yang anda  ingini. Tidak ada orang yang pernah berjaya tanpa melakukan tindakan, jadi mulai sekarang ambil tindakan anda sekarang dan hidup anda sentiasa berjaya.

JOM SHARE

13 thoughts on “Ganti Perkara Negatif Dalam Hidup Dengan Perkara Positif

  1. salm,
    aku xbaca senua artikel ko tu
    tapi yg baca paper waktu pagi tu memang tak elok.sebb berita baak papar benda2 yg negatif berunsur pengajaran..macam ko cakap, oyak yg segar, tiba2 terbaca berita kematian,memnag rasa sedih dan down la…

    1. terima kasih..jadi jangan baca paper waktu pagi ye..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *