Banyak perkara yang telah berlaku kat facebook pada hari ini. Kita mungkin selalu mendengar orang kata yang facebook ini boleh membawa banyak keburukan kepada seseorang. Saya tidak nafikan, betul juga facebook ni boleh membawa banyak keburukan. Tapi facebook juga boleh membawa banyak kebaikan. Dalam hal ini kita boleh lihat facebook tidak bersalah atas alasan boleh membawa keburukan. Tapi orang yang menggunakan facebook itu sebenarnya yang telah menyalahgunakan facebook.
Banyak orang menyalahgunakan facebook untuk tujuan tidak baik. Kita yang menggunakan facebook perlu sentiasa berhati-hati kerana banyak juga perkara buruk boleh berlaku di facebook. Terutamanya jika anda seorang wanita. Anda perlu lebih berhati-hati. Bukan semua perkara anda perlu kongsikan di facebook.
Jika kita biasa menggunakan facebook, kita akan dapat melihat ada banyak kategori pengguna facebook. Masing-masing ada tujuan sendiri kenapa menggunakan facebook. Semuanya bergantung kepada niat masing-masing untuk apa facebook itu digunakan. Beberapa contoh dibawah ini hanya sekadar pandangan dan perkongsian dari penulis.
Berhubung Dengan Rakan Yang Jauh
Teknologi internet pada hari ini sangat hebat. Yang jauh dapat menjadi dekat. Facebook dapat menghubungkan kita dengan orang lain walaupun berada ditempat yang jauh. Kita akan dapat berhubung kembali dengan kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa. Berada ditempat yang jauh tidak menghalang untuk kita saling berhubung dan bertegur sapa antara satu sama lain. Gunakan facebook dengan sebaiknya bagi merapatkan lagi hubungan dengan rakan-rakan yang jauh.
Mencari Dan Menambah Ramai Kawan
Facebook adalah tempat di mana ramai orang berkumpul. Ramai kawan-kawan yang boleh kita jumpa disana. Tidak salah untuk kita mencari dan berkenalan dengan kawan-kawan baru. Cuma apa yang penting kita perlu berhati-hati. Tidak semua orang boleh dipercayai. Ada yang mempunyai niat tertentu disebaliknya. Perlu ingat, bukan semua orang boleh dijadikan kawan. Carilah kawan-kawan yang baik dan dapat membantu kita sama-sama ke arah kebaikan.
Ingin Menjadi Popular Dan Dikenali
Di facebook, ada yang ingin menjadi popular seperti seorang artis ataupun orang terkenal. Dengan mendapat banyak like dan komen pada status dan gambar menunjukkan mereka seorang yang popular. Tidak salah jika ingin menjadi popular dan dikenali tapi jangan sampai terlalu menunjuk-nunjuk kepada orang lain yang kita ni popular dan hebat. Tak perlu cerita dekat orang pun jika terlalu popular. Orang akan tahu sendiri. Kalau yang memang betul-betul popular tu ok lah. Tapi jangan jadi orang yang syok sendiri sudah.
Mengumpat Ataupun Menyebarkan Fitnah
Semua orang tak suka mengumpat. Tapi dalam keadaan tidak sedar kita sebenarnya boleh mengumpat bila-bila masa tanpa disedari. Kita ingat benda tu hanya sekadar suka-suka bila dok menyebut pasal keburukan atau kelemahan orang lain. Kononnya nak bergurau saja dengan menulis dan komen-komen mengenai keburukan orang lain. Cuma mengumpat di facebook ni kita tidak menggunakan mulut untuk bercakap mengenai orang lain. Lagi teruk jika apa yang diceritakan itu tidak benar sama sekali, kerana ia boleh menjadi fitnah.
Berkongsi Dan Menyebarkan Ilmu Yang Baik
Ada ramai orang yang menjadikan facebook sebagai ruang untuk mereka berkongsi dan menyebarkan ilmu-ilmu yang bermanfaat kepada orang lain. Alhamdulillah, itulah yang sebaiknya. Berkongsi ilmu yang baik itu besar pahalanya kepada kita. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk berkongsi dan menyebarkan ilmu di facebook. Contohnya dengan menulis kata-kata yang baik, berkongsi video dan gambar, dan banyak lagi cara. Semuanya sudah ada didepan mata, bergantung kepada diri kita bagaimana kita mahu menggunakannya ke arah kebaikan.
Saja Mengisi Masa Lapang Dan Bersantai
Jika tiada perkara lain yang dilakukan, ramai yang menjadikan facebook sebagai tempat untuk mengisi masa lapang. Facebook digunakan untuk bersantai bersama dengan kawan-kawan. Apa sahaja aktiviti yang dilakukan itu hak masing-masing bagaimana kita mengisi masa lapang yang ada. Cuma jangan terlalu mengisi masa lapang selama berjam-jam dihadapan facebook dengan sia-sia. Jangan membuang masa dengan tidak bermanfaat. Jangan pula mengabaikan perkara wajib lain contohnya solat. Jangan sengaja melambatkan solat semata-mata ingin bermain facebook. Cuba fikir mana yang lebih penting.
–
Sebagai kesimpulan, kita perlulah sentiasa berusaha untuk menambah amal kebaikan dalam hidup ini. Jadikan facebook sebagai tempat untuk menambah amal kebaikan dalam hidup kita. Perbetulkan niat kita semasa menggunakan facebook. Gunakan ia sebaiknya supaya dapat memberi manfaat kepada diri kita dan juga orang lain. Jauhi dosa-dosa yang ada di facebook. Masa yang kita ada juga hendaklah digunakan dengan sebaiknya agar kita tidak rugi. Kita guna facebook untuk perkara yang baik sahaja dan masa yang kita habiskan itu tidaklah sia-sia.
Apa yang paling penting sekali, dalam setiap perkara yang kita lakukan perlulah mendapat keberkatan dari Allah. Kita melakukan sesuatu perkara kerana Allah dan mengharapkan keberkatan dariNya atas apa yang dilakukan. Niat dalam diri kita adalah sangat penting. Jika kita melakukan sesuatu perkara kerana Allah, mudah-mudahan apa yang kita lakukan itu akan sentiasa diberkati olehNya. Mudah-mudahan memberi manfaat penulisan saya kali ini. Mana-mana yang kurang itu harap dimaafkan. Terima kasih. 🙂
Bagi yang kadang2 “kurang asam” macam saya ni, FB banyak sy guna utk tau org tu hipokrit @ tidak… 🙂 Guna cara yang baik..
banyak faedahnya. Tapi ramai juga yang wat jahatnya..