Posted on 5 Comments

Hidup Untuk Memberi Kebaikan

Assalamualaikum.

Kita hidup didunia ini hanya sekali. Peluang untuk melakukan kebaikan hendaklah diteruskan. Bukan nama dan harta yang sahaja yang kita cari, tapi mencari keredhaan Allah dalam apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan. Kita hidup didunia ini untuk memberi manfaat kepada orang lain. Semuanya biar Allah yang tentukan ganjaran kepada kita atas setiap kebaikan yang kita lakukan.

Selagi kita mampu untuk memberi kebaikan kepada orang lain maka lakukanlah mengikut kemampuan kita. Kita bukan mengharapkan balasan atas apa kebaikan yang kita lakukan. Jika ia dilakukan dengan ikhlas, tidak akan wujud perasaan menyesal dan putus asa dalam diri kita. Perasaan menyesal dan putus asa akan timbul jika apa yang kita berikan itu, kita mengharapkan balasan kembali untuk diri kita.

Memberi Sedekah Kepada Orang Lain

Bersedekah adalah satu amalan yang sangat mulia dalam islam. Orang yang rajin bersedekah akan mendapat ganjaran pahala yang besar dari Allah. Bersedekah dengan memberi sedikit harta yang kita miliki akan dapat membantu insan lain yang amat memerlukan pertolongan. Bersedekah tidak semestinya dalam jumlah yang banyak. Berikan sedekah mengikut kemampuan diri kita. Biar sedikit tapi ikhlas itu lebih baik. Sama ada sikit atau banyak biarlah ianya ikhlas kerana Allah. Hanya Allah sahaja yang akan membalas atas kebaikan sedekah yang kita lakukan.

Memberi Dan Menyampaikan Ilmu

Menyampaikan ilmu-ilmu yang baik adalah besar ganjaran pahala yang akan kita perolehi. Jika ilmu yang kita ajar kepada orang lain, kemudian ilmu itu akan diamalkan dalam hidupnya. Maka kita akan memperolehi ganjaran pahala yang berterusan selagi orang yang kita ajar mengamalkan ilmu yang kita ajar. Tapi hendaklah kita memberi ilmu yang baik-baik sahaja. Kalau memberi ilmu yang tidak baik, kita juga akan mendapat dosa selagi orang itu mengamalkan ilmu yang tidak baik itu. Kita perlu bijak menilai sesuatu ilmu yang ingin disampaikan kepada orang lain itu. Biar kita sama-sama mendapat manfaat.

Membantu Dan Memberi Pertolongan

Kita diberikan kekuatan oleh Allah supaya dapat membantu dan memberi pertolongan kepada orang lain. Kita diberikan tubuh badan yang sihat dan diberikan akal yang cerdas. Kedua-dua ini hendaklah digunakan sebaiknya untuk kebaikan diri kita sendiri dan membantu orang lain. Memberi pertolongan melalui tenaga tubuh badan dapat dilakukan dengan membantu orang yang lemah. Kita juga dapat membantu orang lain melalui akal yang Allah bagi kepada kita. Kita boleh kongsikan pandangan dan pendapat kita jika mereka bertanya kepada kita dalam sesuatu perkara. Kita boleh membantu menyelesaikan masalah orang lain.

Sebagai kesimpulan, sekiranya orang menghargai atas pemberian yang kita lakukan, terima ia dengan rasa rendah diri dan bersyukur kepada Allah. Jika orang lain mahu membalas balik atau tidak atas kebaikan yang kita buat, itu hak mereka kerana kita tidak boleh memaksa setiap orang dapat membalas kebaikan yang sama kepada kita. Apa yang penting kita beri sahaja kebaikan kepada orang lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Jika kebaikan yang kita lakukan dibalas dengan kejahatan, itu ujian yang Allah berikan kepada kita. Kita perlu melatih diri untuk bersabar.

Selain dari 3 kebaikan yang saya kongsikan ini, ada banyak lagi yang boleh kita lakukan untuk memberi kebaikan kepada orang lain. Kita perlu berusaha untuk memberi apa sahaja kebaikan yang kita mampu walaupun sikit. Walau apa sahaja yang kita lakukan untuk memberi kebaikan kepada orang lain maka hendaklah kitaΒ  niatkan dalam diri kita ikhlas melakukannya kerana Allah. Biar Allah yang membalas segala kebaikan yang kita lakukan itu. Berdoalah kita supaya diberikan kekuatan untuk memberi dan menambahkan amal kebaikan didunia ini. Sebagai bekalan untuk menuju akhirat yang kekal abadi.

JOM SHARE

5 thoughts on “Hidup Untuk Memberi Kebaikan

  1. Artikel menarik ni bro πŸ˜‰

  2. Salam,

    Seorang India warga mas pernah berkata pada saya, ‘ikut hukum karma…kita buat baik pada seseorang…orang lain akan buat baik pada kita…kiranya kita buat jahat, balasan akan menanti dan begitulah seterusnya…’

    Pada mula saya buat tak endah! Tapi…ternyata ada kebenarannya setelah mengalami beberapa peristiwa.

    1. Salam. terima kasih atas perkongsian yang diberikan. jika kita membuat kebaikan kepada orang lain Allah akan membalas kebaikan kepada kita. begitulah jika sebaliknya. semoga kita tidak pernah putus asa dalam melakukan kebaikan kepada orang lain dengan ikhlas. πŸ™‚

  3. Terima kasih untuk tulisan ni. Apabila kita menghadiahkan kebaikan dan kesenangan kepada orang lain, kita sebenarnya memberikan kebaikan dan kesenangan pada diri sendiri πŸ™‚

    1. Sama-sama dan terima kasih juga atas perkongsian yang diberikan. saya setuju..jika kita melakukan kebaikan kepada orang lain, kita sebenarnya melakukan kebaikan kepada diri kita sendiri. πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *