Posted on Leave a comment

Jangan Biarkan Pelanggan Keluar Tanpa Beli Produk Anda. Lakukan Perkara Ini Cepat!

Pernahkah anda mengalami situasi di mana pelanggan membelek produk anda dan berlalu pergi? Apakah tindakan yang anda lakukan? Hanya berada di satu penjuru memerhatikan dan melambaikan tangan atau dengan pantas menahan pelanggan untuk memaksanya membeli produk jualan anda?

Perkara sebegini selalunya meresahkan anda sebagai pemilik bisnes kerana pastinya anda berada dalam keadaan cuak ketika pelanggan mula memegang produk keluaran anda.

Bertubi-tubi soalan yang akan menembak minda anda ketika situasi itu berlaku kerana anda memikirkan sama ada pelanggan akan membeli atau terus berlalu pergi.

Jangan risau lagi. Selepas anda membaca tips ini pastinya pelanggan akan membuat belian sebelum meninggalkan anda dengan seribu satu senyuman yang terukir di bibir anda selaku usahawan perniagaan.

#1- Ayat Pertama Mesti Memukau.

Selalunya ayat pertama yang terpacul keluar dari mulut anda mesti ayat “Nak beli Encik”?. Situasi ini berlaku apabila anda menghampiri pelanggan yang sedang membelek-belek produk anda.

Salah! Ayat pertama yang sepatutnya keluar adalah “Rugi jika encik tak cuba keluaran terbaru kami kerana ianya adalah terhad dan mengabungkan makanan tambahan yang sukar di dapati di Malaysia”

Wah, awal-awal dah berjaya pukau pelanggan dengan kata kunci. Beginilah baru buat minda pelanggan berfungsi untuk memikirkan kerugian yang akan diperolehi jika keluar tanpa membeli produk hebat daripada anda!

#2- Pancing Emosi Pelanggan.

Benar bukan mudah nak pancing pelanggan untuk beli tetapi anda boleh memancing jiwa pelanggan untuk ke arah membuat pembelian. Bagaimana caranya?

Pertama anda boleh bertanya tentang masalah yang pelangan hadapi, berapa lama mereka mengambil masa untuk pulih dan apakah mereka telah menjumpai produk yang sesuai dengan masalah yang dihadapi.

Kedua, jentik emosi mereka dengan menunjukkan testimoni-testimoni hebat yang telah diperolehi hasil daripada konsisten menggunakan produk keluaran anda.

Dan ketiga, balut emosi mereka dengan meyakinkan mereka tentang keberkesanan yang akan menyantuni masalah mereka hadapi jika menggunakan produk anda.

#3- Pilih Produk Paling Hangat.

Kalau kita nak beli pisang goreng pasti kita mahukan yang paling panas. Orang utara sebut, hangat. Kenapa? Sebab yang paling hangat itu paling terlaris diserbu orang.

Jadi, apabila pelanggan datang, promote produk paling hangat yang anda ada. Barulah produk sampingan yang lain. Barangkali dengan terhasilnya pembelian produk hangat, produk sampingan yang lain juga masuk jerat.

Yang hangat-hangat ini selalunya mendapat perhatian sebab berbau harum lagi. Jadi, bertindaklah segera. Jangan rasa kurang keyakinan pula, kerana anda adalah pemain utama dalam soal jual beli ini.

#4- Perform Sehabis Baik.

Lihat bagaimana seorang jurujual profesional itu perform sampai pelanggan membuat keputusan membeli seperti magnet. Teknik perform kena betul. Bahasa tubuh kena betul. Jangan banyak pergerakan. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Pelanggan naik rimas nanti.

Struktur tubuh kena betul dan mimik muka kena ada senyum. Pergerakan tangan kena halus bagi melahirkan rasa selesa kepada pelanggan. Adakalanya pelanggan membuat belian kerana terpersona dengan perform jurujual tersebut.

Oleh yang demikian, berlakunya urusan pembelian itu bergantung kepada banyak faktor dan anda selaku pemain utama perlu tahu mengawal setiap keadaan yang menjelma.

#5- Selit Ayat Pujukan

Pujuk memujuk pasti kerja mudah bagi mereka yang kaya dengan kata-kata motivasi yang dapat mencairkan pelanggan untuk membeli.

Jika anda lihat mereka ragu-ragu dan was-was untuk membeli cepat-cepat keluarkan kata-kata pujukan. Gunakan kesempatan ini untuk buatkan pelanggan rasa rugi jika tidak membeli.

Situasi ini mungkin akan mengambil masa tetapi jangan risau, gunakan sehabis baik personaliti pujuk memujuk anda kerana ianya akan membantu pelangan membuat keputusan tepat dan cepat!

Majalah Niaga

 

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *