Posted on 18 Comments

Jauhi Faktor Yang Menghalang Kejayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semua orang yang hidup pasti inginkan kejayaan dalam hidup mereka. Tidak kira apa saja perkara yang mereka lakukan sudah tentu kita inginkan kejayaan hidup dunia dan akhirat. Jika anda masih belajar sudah tentu anda mahukan kejayaan dalam pelajaran anda. Bagi yang telah bekerja pasti ingin berjaya dengan kerja yang dilakukan.

Kejayaan bukan hanya kepada dunia tapi kita juga pasti ingin kejayaan akhirat untuk menikmati syurga Allah di hari akhirat kelak. Tidak salah untuk mengejar kejayaan hidup di dunia, asalkan kita tidak sesekali melupakan hari akhirat. Biar ianya selari di antara dunia dan juga akhirat. Barulah kita akan menikmati kejayaan hidup yang sebenarnya.

Faktor kejayaan seseorang adalah datang dari diri sendiri. Kejayaan sebenar adalah bermula dari sikap seseorang itu sendiri. Jika mereka mahu menjadi orang yang berjaya, insyaAllah mereka pasti akan mengecapi kejayaan yang diimpikan. Faktor yang menghalang kepada kejayaan seseorang juga disebabkan oleh apa yang mereka lakukan. Di sini saya akan berkongsikan beberapa faktor yang menghalang kepada kejayaan yang perlu kita elakkan.

1) Suka menyalahkan Orang Lain Atas Apa Yang Berlaku

Dalam setiap perkara yang dilakukan hendaklah kita bersabar dengan apa yang berlaku. Jika kita masih belum berjaya mengecapi kejayaan seperti yang kita impikan janganlah cepat berputus asa. Janganlah pula kita cuba untuk menyalahkan orang lain di atas apa yang berlaku. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Perbuatan suka menyalahkan orang lain adalah sangat tidak baik kerana cuba menyalahkan orang lain yang belum tentu salahnya.

Sebaliknya anda hendaklah selidiki kembali mungkin terdapat kesalahan dalam diri anda sendiri. Cuba cari mana silapnya. Terus perbaiki silap tersebut jangan bertangguh lama-lama. Jika anda mampu mengubahnya pada masa sekarang, insyaAllah anda akan dapat mengecapi kejayaan yang sangat-sangat anda impikan pada masa akan datang.

2) Merendahkan Kemampuan Dan Keyakinan Diri Sendiri

Setiap orang mempunyai kelemahan masing-masing dalam diri. Itu sememangnya sifat semulajadi manusia yang tidak sempurna. Tapi jangan jadikan kelemahan dalam diri itu sebagai satu sebab untuk anda tidak berjaya. Jika anda hanya memikirkan kelemahan diri tersebut ia akan merendahkan kemampuan diri anda sendiri. Pada masa yang sama keyakinan dalam diri anda juga akan menjadi lemah untuk terus berjaya.

Sikap terlalu merendahkan kemampuan diri perlu dielakkan kerana ia boleh melamahkan semangat anda untuk terus berjaya. Apa yang perlu anda lakukan adalah anda perlu terus berusaha sedaya upaya ke arah kejayaan yang anda impikan. Jangan lekas berputus asa jika masih belum berjaya. Anda hendaklah bertawakal kepada Allah setelah anda berusaha.

3) Tidak Punya Matlamat Dan Cita-cita Yang Jelas

Ramai yang ingin berjaya tapi tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam apa yang mereka lakukan. Ada juga yang hanya melakukan sesuatu perkara kerana disebabkan orang lain atau hanya mengikut orang lain semata-mata. Mereka belajar kerana melihat orang lain belajar. Jika orang lain tidak belajar maka mereka pun tidak belajar juga.

Orang yang seperti itu sebenarnya tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup mereka sendiri. Anda perlu elakkan diri anda dari menjadi seperti itu. Anda perlu tahu apakah matlamat sebenar anda hidup. Anda perlu berusaha sedaya mungkin untuk mencapai cita-cita anda itu di masa hadapan.

4) Mengambil Jalan Yang Salah Untuk Capai Kejayaan

Kejayaan kita dalam hidup ini sudah ditentukan oleh Allah. Tapi itu tidak bermakna kita tidak perlu berusaha tapi hanya berserah kepadaNya semata-mata. Jangan pula kita mengambil jalan yang salah untuk mencapai kejayaan dalam hidup ini.

Jangan sampai kita menganiaya orang lain seperti menipu atau menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri. Kita perlu berusaha melakukan apa sahaja tapi segala usaha yang kita lakukan perlulah ada keberkatan. Barulah kejayaan yang tercipta itu sangat bermakna dalam hidup anda.

5) Cuba Mengambil Jalan Pintas Untuk Berjaya

Ada orang yang berjaya dalam dalam masa yang cepat. Ada juga yang lambat untuk mengecapi kejayaan dalam hidupnya. Semuanya bergantung kepada rezeki dari Allah dan atas usaha yang mereka lakukan. Jika anda telah berusaha dan merasai kesusahan dalam mencapai sebuah kejayaan, sudah tentu kejayaan itu akan lebih bermakna kerana ia adalah hasil usaha anda selama ini. Anda akan lebih menghargainya. Ia juga akan menjadikan diri anda orang yang lebih kuat menghadapi segala cabaran.

Dengan mengambil jalan pintas ibarat tidak mahu berusaha terlebih dahulu sebaliknya hanya mahu terus menjadi orang yang berjaya dengan cepat. Jika jalan pintas itu membawa kebaikan tidak mengapa, tapi jika jalan pintas itu membawa keburukan maka ianya perlu dielakkan dan dijauhi sama sekali.

Sebagai kesimpulan, kejayaan yang dicapai dengan usaha akan menjadi lebih manis dalam hidup kita. Dengan usaha menjadikan diri kita sedar akan nikmat untuk mencapai kejayaan tersebut. Kita akan lebih berjaya jika mempunyai ciri-ciri insan yang berjaya dalam diri kita. Namun begitu, banyak faktor yang boleh menghalang kejayaan dalam hidup ini. Ianya berada dalam diri kita sendiri yang perlu sangat kita elakkan. Jika ianya dibiarkan ia akan membawa kesusahan kepada diri kita sendiri. Untuk menjadi orang yang berjaya sememangnya memerlukan usaha yang kuat dan tidak mudah patah semangat.

Semoga kejayaan akan menjadi milik kita seperti apa yang kita impikan. Tidak salah mengimpikan sebuah kejayaan yang akan menjadikan diri kita menjadi orang yang berguna bukan sahaja di dunia ini malah kejayaan di akhirat juga jangan sama sekali dilupakan. Orang yang berjaya hidupnya tidak akan melihat kejayaan didunia semata-mata tapi melihat kejayaan hari akhirat itu adalah kejayaan yang lebih kekal abadi. Kita sama-samalah berusaha untuk mencapai kejayaan dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini. Berdoalah kepada Allah untuk kejayaan diri kita sendiri dan juga orang lain.

JOM SHARE

18 thoughts on “Jauhi Faktor Yang Menghalang Kejayaan

  1. setuju ngan artikel mula2 tu..kalo boleh kena seimbang, dunia dan akhirat…tak leh ingat dunia sahaja…hati takkan puas dan tenang kalu ingat dunia sahaja…

    1. Terima kasih bro..kita memang perlu seimbangkan antara kejayaan dunia dan akhirat.. bila dah berjaya dekat dunia ni jangan sampai lupakan akhirat.. 🙂

  2. Sebolehnya kita cuba berusaha untuk baiki apa yang perlu dibaiki dari kita duk menuding jari…

    1. Setiap kejayaan bermula dari diri kita sendiri..Sikap kita perlu diubah jika mahu mencapai lebih banyak kejayaan..elakkan dari menyalahkan orang lain. 🙂

  3. One more to add – stay away from negative ppl as you will be suck into their misery.

    1. Thanks..betul kena jauhkan diri dari orang2 yang bersikap negatif.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *