Posted on Leave a comment

Jenis Makanan Yang Sudah ‘Expired’ Tetapi Masih Boleh Dimakan

 

Pernah tak kau cari tarikh luput pada botol kismis? Ada atau tidak? Kebanyakkan pengeluar produk kismis tidak akan menulis tarikh luput pada kismis sebab tarikh luput kismis adalah bergantung kepada cara pengguna menyimpannya.

Kismis, aprikot kering, dan kurma antara buah yang telah dikeringkan. Kebanyakan buah-buahan kering akan bertahan selama satu tahun selepas tarikh ‘baik sebelum’ bergantung kepada kaedah pengeringan dan bagaimana buah kering disimpan. Air adalah faktor bakteria membiak. Memandangkan sebahagian besar kandungan air daripada buah itu sudah dikeluarkan dan rasa diintensifkan jadi jangka hayat dapat dipanjangkan. Proses pengeringan dapat dilakukan secara semulajadi oleh matahari atau dehidrator (guna oven dalam suhu rendah).

Selain buah-buahan kering, ada lagi makanan yang kita boleh makan selepas tarikh luput pada paket.

1. Bijirin

Bijirin seperti emping jagung, kalau disimpan di tempat yang kering dan tidak terdedah pada cahaya matahari, kau boleh makan dalam tempoh sebulan dari tarikh luput yang dinyatakan. Pastikan kotak ditutup dengan kemas atau tukar kotak dengan tupperware bini kau. Walaupun tamat tempoh atau sudah lemau, kau boleh guna semula emping jagung tu dengan cara yang lain. Bakar semula, tumbuk halus dan boleh dijadikan sebagai ‘serbuk roti’ untuk salut nugget homemade!

2. Pasta

Jangka hayat pasta adalah antara 1 hingga 2 tahun. Tapi sebenarnya boleh bertahan lebih lama lagi. Kalau pasta yang kering boleh bertahan hingga 2 tahun, pasta yang sudah dimasak (rebus) pun mampu bertahan sehingga tiga minggu asalkan tidak terkena air. Tapi pastikan simpan dalam bekas yang bersih dan bertutup.

3. Coklat

Selalu jumpa kalau coklat yang dah lepas tarikh luput akan ada lapisan warna putih. Itu bukan kulat. Ia dipanggil coklat bloom yang berpunca dari gula atau lemak. Cubalah makan. Tapi pastikan coklat itu disimpan dalam ruang sejuk beku.

Ada juga makanan basah yang boleh dimakan selepas tarikh ‘baik sebelum’.

1. Keju

Kalau kau tengok pada keju yang dalam peti tu berkulat, kau jangan terus buang. Keju tu mahal. Jadi, buang sahaja bahagian luar yang berkulat tu. Bahagian dalam keju itu masih lagi boleh dimakan kerana kulat itu tidak menjejaskan bahagian dalamnya. Tetapi ini bergantung kepada ketebalan keju itu juga.

2. Sos

Selalunya, kulat membiak pada penutup botol sos apabila sudah sampai tarikh luputnya. Sebenarnya, sos masih boleh digunakan. Cuba kau tuang dan bau. Kalau belum masam dan berlendir, sos itu masih selamat digunakan. Lap penutup botol dan tukar ke bekas lain.

Apa yang penting, semua makanan ini perlu ditutup dengan rapi dan disimpan di tempat yang betul. Jangan biar terdedah, elakkan daripada cahaya matahari.

Sila mencuba!

APEMAZING

Apemazing.com

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *