Posted on 13 Comments

Juahi Sifat Mengumpat

http://www.youtube.com/watch?v=AHj4agxrsPU

Assalamualaikum. Di bulan Ramadhan yang mulia ini kita adalah dilarang dari melakukan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala ibadat puasa. Banyak perkara sia-sia yang boleh mengurangkan pahala ibadat puasa kita. Antara perkara-perkara sia-sia yang boleh mengurangkan pahala puasa seseorang adalah dengan suka mengumpat.

Perbuatan suka mengumpat akan ada dalam diri seseorang. Setiap masa mesti ada saja benda yang ingin dikatakan mengenai orang lain. Kadang-kadang ianya sangat bahaya kerana ia boleh menjadi satu tabiat yang sukar untuk dibuang dalam diri apabila sudah biasa melakukannya. Menurut Imam al-Ghazali, ada 6 sebab mengapa seseorang itu suka mengumpat iaitu:

1) Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dengki dan dendam.

2) Suka mendengar dan mengikuti perbualan teman yang menyerang peribadi dan kehormatan orang lain.

3) Mahu bersaing dan menonjol diri dengan menganggap orang lain bodoh.

4) Disebabkan hasad dengki, dia berasa iri dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya.

5) Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan sesuatu mengenai kelemahan dan kecacatan orang lain.

6) Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah kepada orang lain.

Sifat suka mengumpat ini hendaklah dibuang dalam diri seseorang. Jika ianya ada dalam diri kita maka cepat-cepatlah kita buang ia dari dalam diri kita supaya kita tidak mendapat dosa perbuatan mengumpat ini. Imam al-Ghazali seterusnya menyarankan ada lima perkara yang boleh dilakukan untuk menghentikan sikap suka mengumpat iaitu:

1) Mesti sedar dan insaf bahawa mengumpat itu berdosa.

2) Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “syurga adalah bagi orang yang membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang lain”.

3) Hendaklah berasa malu terutama apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan orang lain seolah-olah mencela Tuhan yang menciptakannya.

4) Hendaklah insaf dan sedar sebagaimana dia berasa tersinggung dan sakit hati apabila perlakuannya dan peribadinya dijadikan bahan umpatan.

5) Menguatkan iman kerana secara tidak langsung akan mengelakkan lidah daripada suka mengumpat.

Sebagai rumusan, perbuatan mengumpat hendaklah dibuang supaya dijauhkan dari dosa. Malah, perbuatan suka mengumpat juga adalah sangat dibenci oleh sesiapa sahaja. Sebagai orang islam kita hendaklah menjauhkan diri dari membuka dan bercerita mengenai keaiban dan kesalahan orang lain di bulan Ramadhan yang mulia ini.

JOM SHARE

13 thoughts on “Juahi Sifat Mengumpat

  1. nice entry bro….bilan puasa ni memang patut semuanya berpuasa demi kerana allah

  2. yang selalu terbuat adalah meluahkan kemarahan tentang seseorang. sebenarnya dah jatuh mengumpat juga tu. asasnya adalah sabar dan berserah pada Allah. Insha’ Allah!

    Thanks for sharing!

  3. terkadang kita hanya bersenda gurau, namun tanpa disadari kita sudah mengumpat

  4. perkongsian terbaik ni bro, sememangnya susah kalau ada yg jenis suka mengumpat

  5. betul tu..baik cite pasal benda lain,daripada mengumpat dpat dosa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *