Skip to navigation Skip to content
Layarsukses.com

Sumber Informasi Terkini

  • Terkini
  • Kategori
    • Umum
    • Motivasi
    • Tips
    • Kerjaya
    • Kesihatan
    • Perniagaan
    • Santai
    • Semasa
  • Home
  • About
  • Contact
  • Hantar Artikel
  • Home
  • Contact
  • Facebook
  • Letupkan Sales
  • Panduan Temuduga
  • Privacy
  • Rahsia Temuduga Kerajaan
  • TipRahsiaResume
  • Tips Temuduga
  • Twitter
  • About
  • Hantar Artikel
  • privacy
Posted on 16/11/201020/09/2014 by Admin — Leave a comment

Kata-kata Motivasi Untuk Renungan

1
SHARES
FacebookTwitter

Salam sejahtera.

Dengan kata-kata motivasi dapat menaikkan semangat seseorang yang sedang bersusah hati. Jika kita memahami dan menghayati dari setiap kata-kata peransang motivasi ini ia akan dapat menaikkan semngat dalam diri kita masing-masing. Semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.

  • Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
    – Charles Cahier
  • Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
    – Charles Cahier
  • Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
    – James Allen
  • Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
    – Peribahasa Cina
  • Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
    – I. Salanter Lipkin
  • Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
    – Aristotle
  • Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
    – Albert Camus
  • Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
    – Marcus Aurelius
  • Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
    – Jose Joaquin Olmedo
  • Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
    – Joseph Conrad
  • Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
    – William J. Siegel
  • Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
    – Philip Massinger
  • Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
    – Lao Tze
  • Kegagalan adalah asas kemenangan
    – Lao Tze
  • Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
    – Lao Tze
  • Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
    – Flower A. Newhouse
  • Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
    – Samuel Johnson
  • Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
    – Cecil B. DeMille
  • Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
    – Peribahasa Arab
  • Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
    – Peribahasa Melayu
  • Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
    – Confucius
  • Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
    – Confucius




JOM SHARE
Category: Motivasi

Post navigation

Previous post: 4 Peringkat Dosa Manusia
Next post: Tahun Baru Hosting & Domain
Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts
  • Ramai Graduan Kejuruteraan Bakal Menganggur
  • Lebih Ramai Rakyat Malaysia Membeli-belah Dalam Talian – Shopee
  • Robert Kuok Kekal Individu Terkaya Di Malaysia
  • Facebook Guna Twitter Perjelas Gangguan
  • Jangan Guna Telefon Bimbit Ketika Petir
Categories
Recent Comments
  • Nur Fatini on Sains Komputer Sangat Menarik Dan Mencabar
  • Rahsia on Kerjaya Yang Ditawarkan Dalam Bidang Sains Komputer
  • Admin on Kerjaya Yang Ditawarkan Dalam Bidang Sains Komputer
  • WJNE on Kerjaya Yang Ditawarkan Dalam Bidang Sains Komputer
  • Kak Rena on Mencapai Matlamat Hidup
© Layarsukses.com 2026
Built with Storefront.