Posted on 26 Comments

Keburukan Dalam Kenyang

Salam sejahtera. Berbuka puasa adalah salah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang berpuasa. Tapi janganlah semasa berbuka kita mengambil makanan yang banyak hingga terlalu kenyang. Ramai orang yang berbuka puasa dengan begitu banyak sekali hidangan makanan untuk dimakan. Alasannya kerana berpuasa pada siang harinya. Jadi pada malam harinya semasa berbuka mereka makan dengan terlalu banyak hingga terlalu kenyang.

Kenyang adalah satu perkara yang boleh mendatangkan keburukan kepada diri kita. Sebab itulah berpuasa dapat mendatangkan kebaikan kepada diri kita. Antara beberapa keburukan yang datang dari perut yang kenyang adalah:

1) Perut yang kenyang akan memalingkan hati manusia daripada perasaan takutkan Allah. Ini kerana apabila nafsu dalam diri mereka telah dipenuhi dengan kenyang. Maka perasaan takut kepada Allah akan hilang dalam diri. Seseorang itu tidak lagi merasa takut untuk melakukan dosa-dosa semasa mereka sedang kenyang.

2) Memalingkan rasa belas kasihan terhadap orang lain kerana hati orang yang kenyang akan menyangka dan merasa bahwa semua orangΒ  adalah kenyang sepertinya. Semasa berada dalam keadaan kenyang seseorang itu akan lupa kepada orang lain yang sedang berada dalam kelaparan. Apa yang mereka fikirkan hanyalah kenyang dan orang lain juga sedang kenyang sepertinya.

4) Menjadikan diri berat untuk taatkan perintah Allah. Contoh mudah yang berlaku pada bulan Ramadhan adalah orang makan dengan terlalu banyak dan terlalu kenyang akan merasa malas untuk melakukan ibadah solat terawih pada malam harinya. Ini kerana perut yang kenyang akan membuatkan mereka malas untuk melakukan ibadat kepada Allah.

5) Hati begitu berat atau sukar tunduk mengakui kata-kata yg benar. Biasanya orang yang sedang kenyang akan berat hatinya untuk mendengar nasihat dari orang lain. Apabila mereka melakukan kesalahan dan dinasihati oleh orang lain maka mereka berat untuk menerima nasihat dan teguran baik yang diberikan kepada diri mereka.

6) Kebanyakan penyakit dalam diri kita kebanyakannya datang dari apa yang kita makan. Salah satu keburukan makan terlalu kenyang adalah ia akan membawa kepada banyak penyakit. Ini kerana apa yang masuk dalam perut kita akan membawa kepada banyak penyakit jika permakanan kita tidak dijaga dengan baik.

Apa yang penting adalah bersederhana dalam permakanan kita seharian terutamanya dalam bulan puasa ni. Bulan puasa inilah masa untuk kita mendidik diri kita supaya tidak makan dengan banyak dan terlalu kenyang. Bulan puasa jugalah untuk kita belajar bersyukur atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah. Selamat berbuka puasa diucapkan.

P/s: Dah nak masuk waktu berbuka puasa ni. Selamat berbuka puasa saya ucapkan kepada semua yang berpuasa.. πŸ™‚




JOM SHARE

26 thoughts on “Keburukan Dalam Kenyang

  1. perkongsian yang menarik bro thoha, memang elok sederhana dalam semua perkara

    1. bersederhana dalam semua perkara itulah yang terbaik bro..banyak lagi yang nak kena jaga πŸ™‚

  2. makan kalau dah terlampau kenyang, nak bergerak pun dah jadi malas, aku sekarang dah cuba untuk kontrol pemakanan

    1. sama2 kita kawal permakanan kita bro..bulan puasa ni harap2 dapat kawal la sikit permakanan.. πŸ™‚

  3. memang kalau dah terlampau kenyang, rasa berat je badan nak lakukan aktiviti lain.. kena hindari ni.. jangan terlampau kenyang sangat..

    1. betul tu kalau dah terlampau kenyang sangat memang susah nak buat aktiviti yang kita suka..

      1. thoha kcing yang kt atas tu cmel..suri namkan si montOK HEEE..

        membazir tu saudara sepupu papat syaitan..hee

  4. udah ngerasain buruknya saat kekenyangan abis buka puasa ..

    1. sama la kita..saya pun dah merasainya juga.. πŸ™‚

  5. makan hanya sekadar perlu
    bukan makan segala yang ada
    …air pun saya hanya minum segelas sahaja waktu berbuka
    letih bila terlebih minum

    1. betul tu makan hanya mengikut keperluan je bukan ikut nafsu..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *