Posted on 8 Comments

Kehebatan Laman Web Sosial Masa Kini



Salam Sejahtera 🙂

Tidak perlu dipertikaikan lagi mengenai kehebatan laman web sosial pada masa kini. Terutama sekali laman web sosial yang bernama facebook. Facebook adalah laman web sosial yang paling popular dan hebat pada masa sekarang. Ia digunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Tidak kiralah apa sahaja yang seseorang itu lakukan sama ada pelajar, guru, ahli perniagaan dan ramai lagi. Mereka sudah mempunyai akaun facebook sendiri yang digunakan untuk memperkenalkan diri.

Saya ada terbaca satu berita di berita harian pada hari ini yang bertajuk Millatfacebook cabar Facebook. Millatfacebook adalah sebuah laman web sosial yang baru sahaja dicipta oleh Muslim Pakistan yang pakar dalam bidang IT untuk untuk bersaing dengan laman web sosial facebook. Sejauh mana ia akan dapat bersaing dengan gergasi facebook ni hanya masa yang akan menentukan. Tapi jika Allah mahu menolong orang islam tidak mustahil satu hari nanti millatfacebook akan dapat bersaing dengan facebook.

Laman web sosial seperti facebook telah meniti dibibir sesiapa sahaja dan sentiasa menjadi topik untuk dibincangkan. Baru-baru ini semasa saya belajar di sebuah sekolah memandu ada seorang cikgu kat sana tanya saya ada facebook ke tak. Saya cakap mestilah ada. Dia cakap anak-anak dia kecoh suruh pasang talian internet dirumah sebab diorang nak main facebook ni. Saya pun bagi la pendapat sikit kata budak-budak sekolah jangan dibiarkan sangat main facebook takut terleka sampai terlupa dengan pelajaran. Cikgu tu setuju je dengan apa yang saya cakap. Dia risau anak-anaknya yang masih sekolah ni boleh terleka, kalau dah dewasa macam saya ni dia cakap tak risau sangat..betul ke kalau dah dewasa tak risau?

Saya mula mengenali dunia laman web sosial pada tahun 2007 iaitu semasa belajar di kolej matrikulasi. Sebelum masuk matrik, saya ni boleh dikatakan agak buta jugak ar pasal IT ni sehinggalah saya mula mengenali dunia internet pada masa itu. Saya mula-mula sekali kenal dunia laman web sosial melalui Friendster. Pada masa ni semua kawan-kawan saya sudah memiliki akaun frienster mereka sendiri tapi saya je yang belum ada lagi. Sehinggalah saya suruh seorang kawan saya buatkan satu akaun friendster untuk saya, maklum la nak buat sendiri tak reti.

Email pun tak ada lagi masa tu, suruh kawan buat email sekali gak. Hebatnya rasa masa tu bila dah mula ada email yahoo sendiri..yahoo..hehe.. Bermula dari situlah saya mula mengenali dunia laman web sosial yang lain seperti myspace, hi5, dan sekarang facebook dan twitter. Friendster adalah laman web sosial yang telah lama bertapak tetapi telah ramai yang meninggalkannya kerana friendster seperti dijangkiti oleh sesuatu. Ramai pengguna friendster yang telah beralih kepada facebook dan twitter.

Sehinggalah sekarang, saya juga sudah beralih sepenuhnya kepada facebook. Ramai kawan-kawan yang aktif dekat facebook sebab suka bermain game-game yang ada dalam facebook tu. Tapi saya tidak pernah sekalipun bermain walau satu pun game yang ada dalam facebook tu. Saya pun malas sebenarnya nak main game ni takut membuang masa pulak. Saya juga takut bermain game lama-lama menjadi ketagihan pulak susah nak buang nanti. Saya lebih suka secara santai dan lepak je kat facebook tu.

Sebagai kesimpulannya, laman web sosial seperti facebook mempunyai kehebatannya yang tidak dapat dinafikan kerana berjaya menarik ramai orang untuk memilihnya dan seolah-olah taksub dengannya. Laman web sosial seperti facebook juga mempunyai pro dan kontra yang tersendiri. Laman web sosial ni mungkin ada kebaikan dan keburukan kepada penggunanya namun ianya bergantung kepada individu itu sendiri untuk menggunakannya secara bijak. Mungkin saya akan menulis pula pada post yang akan datang  mengenai kebaikan dan keburukan laman web sosial ini.

Setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat mereka yang tersendiri mengenai laman web sosial seperti facebook. Ia juga bergantung kepada niat anda juga sejauh mana anda ingin menggunakan laman web sosial facebook ni. Kalau niat anda baik insyaallah anda akan mendapat pahala darinya. Tapi kalau niat kita tidak baik maka dosa la yang kita dapat. Kita juga perlu sentiasa berfikiran positif dengan laman web sosial  dan orang yang menggunakannya barulah tidak timbul salah faham dan fitnah nanti.

Sehingga kita berjumpa lagi.

p/s: Berhati-hatilah dengan laman web sosial seperti facebook kerana banyak fitnah yang boleh timbul darinya. Terutamanya jika anda seorang wanita, anda kena lebih berhati apabila menggunakan laman web sosial ni…

JOM SHARE

8 thoughts on “Kehebatan Laman Web Sosial Masa Kini

  1. saya setuju !!!!!

    1. terma kasih kerana bersetuju..hehe 🙂

  2. hmm patut fb berbayar
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Kenapa Youtube video streaming slow ? =-.

    1. kalau berbayar mesti ramai yang akan lari dan takkan gunakan fb lagi..hehe

  3. ada banyak laman wb sosial dulu sebelum fb jadi leading nie… ingat dulu myspace, tagged, high5 d, netlog dan sebagainya… apa yang penting gunakan sebaik mungkin.. 🙂
    .-= zik´s last blog ..Apple Ipad =-.

    1. betul tu bro..gunakan sebaik mungkin..

  4. salam.
    Tidak dapat dinafikan, laman sosial menjadi kegemaran ramai, dari kanak2 hinggalah orang tua. paling masyhur, facebook.

    kalau kita pandai memanfaatkannya, ia akan berguna kepada kita, kalau sebaliknya, merugilah kita.

    niat baik, buat baik, insyaallah semuanya baik. kalau tidak, ia jadi maksiat dan dosa.
    TQ

    1. terima kasih atas pendapat dan ingatan dari saudara rasahatiku..

      semoga kita dijauhkan dari maksiat dan dosa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *