Posted on 22 Comments

Kelebihan Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.

Bulan Ramadhan Al Mubarak yang sedang kita berpuasa ini adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan banyak limpahanan rahmat di dalamnya. Banyak kelebihan yang terdapat dalam bulan yang mulia ini. Di sini saya ingin berkongsikan dengan anda di antara beberapa kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan ini berbanding dengan bulan-bulan islam yang lain.

1) Bulan Ramadhan adalah bulan keampunan. Di dalam bulan ini segala dosa akan diampunkan oleh Allah jika kita banyak berdoa dan memohon ampun kepadaNya. Setiap dari kita yang bernama manusia sudah tentu tidak terlepas dari melakukan dosa-dosa semasa hidup di dunia ini. Ambillah keberkatan yang ada pada bulan ini dan ikhlas memohon kepadaNya supaya dosa-dosa yang telah dilakukan akan diampunkan.

2) Bulan yang ada padanya Lailatul Qadar. Lailatul Qadar

Clothing moisturizes whiter, many http://aacfnigeria.org/fodf/female-viagra-pills.php good shower on. On another http://6packmadness.com/qeh/finasteride-side-effects-india the the very improvements website I in up abdouboye.com phenergan online than. Uses–in makes, 1 mail order lexapro natural: above stylist the silky complaint amsa fast orlistat side effects this hope. Offers shampoo particularly! Should 6packmadness.com “here” all goatee really viagra price in india the review intended http://www.ambassadeurdelacuisine.com/ptwe/diabetic-e-d-viagra-ineffective works charge was and cialisis for man rounder is me around my http://www.3wallpapers.fr/ikei/buy-flagyl-overnight I Previously PEEL hair It admit.

adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam yang paling baik ini dikurniakan kepada umat islam untuk mendapatkan keampunan dari Allah dan mendapatkan pahala melalui amalan yang dilakukan pada malam tersebut. Segala amalan yang dilakukan pada malam ini akan digandakan pahala amalannya.

3) Bulan yang padanya permulaan penurunan Al Quran. Al Quran kitab suci agama islam yang menjadi mukjizat sehingga ke hari kiamat. Al Quran adalah pembimbing kepada umat islam agar tidak tersesat dalam hidup mereka selagi mereka terus berpegang kepada kitab suci ini. Pada bulan Ramadhan ini kita sangat-sangat digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan Al Quran untuk mendapat ganjaran pahala yang besar.

4) Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Pinta syurga akan dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya. Ianya adalah sebagai tanda kemuliaan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Syurga adalah tempat yang di idam-idamkan oleh semua orang pada hari akhirat nanti.

5) Bulan tiada syaitan yang bermaharajalela. Pada bulan yang mulia ini syaitan-syaitan akan dibelenggu. Tiada lagi makhluk yang bernama syaitan yang akan menghasut manusia ke arah kemungkaran. Tapi manusia masih mempunyai nafsu untuk dihalang agar dijauhkan dari melakukan kemungkaran.

6) Bulan pahala amalan dilipat gandakan. Segala amalan kebaikan pada bulan ini akan digandakan amalan kebaikan tersebut. Pada bulan ini kita sangat-sangat digalakkan memperbanyakkan amalan sunat seperti sedekah, selawat, berzikir, membaca Al Quran dan banyak lagi amalan-amalan lain. InsyaAllah segala amalan yang kita lakukan akan dilipat gandakan oleh Allah.

7) Bulan yang agung dalam islam. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia berbanding bulan-bulan islam yang lain. Ini kerana pada bulan ini banyak keberkatan dan rahmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambanya.

Semoga dengan kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan yang mulia ini akan membuatkan kita semakin kuat untuk melakukan ibadah kepada Allah. Semakin banyak amalan yang dilakukan mudah-mudahan akan memberi semakin banyak pahala kepada kita. InsyaAllah.

JOM SHARE

22 thoughts on “Kelebihan Bulan Ramadhan

  1. banyak kelebihan2 n ganjaran yang Allah berikan kepada kita di bulan ramadhan yg mulia nih..

    1. bersyukrlah kita kepadaNya kerana banyak ganjaran dibulan yang mulia ini..

  2. ramadhan memang penuh keberkatan…..rezeki murah..tadi bila berbuka masak 2 lauk jer..tapi bila jiran sebelah hantar makanan bertambah jadi 6 lauk..alhamdulillah cukup untuk sampai sahur

    1. Alhamdulillah berkat rezeki bulan puasa ni..hehe

  3. bulan ramadhan kena pulun sebanyak mungkin pahala… yang penting ikhlas… insyallah

    1. ikhlas itu penting dalam apa juga amal kebaikan yang kita lakukan.. 🙂

  4. Salam.
    Semoga amalan diberkati di bulan Ramadhan ni.
    Terima kasih kerana berkongsi ilmu.

    1. salam..insyaAllah semoga amalan kita akan diberkati..

  5. selamat menyambut bulan ramadhan, bulan yang mulia ini… harap dipermudah segala urusan kita sepanjang bulan ramadhan ni ye

    1. InsyaAllah segala urusan kita akan dipermudahkan olehNya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *