Posted on Leave a comment

Kepentingan Bidang Keusahawanan

Salam sejahtera.

Bidang keusahawanan ini adalah satu bidang yang sangat penting pada masa kini. Bidang keusahawanan juga akan dapat memberi manfaat kepada orang lain yang berada disekeliling anda. Ada banyak kepentingan bidang keusahawanan ini kepada diri sendiri, agama, bangsa, dan juga negara.

Meningkatkan Pendapatan Negara

Golongan usahawan adalah penting bagi sebuah negara, ini kerana negara kita akan bertambah maju apabila ekonominya maju. Sumber ekonomi dan pendapatan negara juga banyak dibantu oleh usahawan kerana merekalah yang akan menggerakkan pembangunan ekonomi dalam negara melalui perniagaan yang mereka lakukan.

Anda juga mampu untuk sama-sama membangunkan negara melalui perniagaan yang anda lakukan. Bidang perniagaan adalah sangat luas sebenarnya. Ianya tidak hanya terhad di dalam sebuah negara kita saja. Malah ianya boleh dilakukan diperingkat antarabangsa dengan sesiapa saja walau dimana mereka berada.

Apabila perniagaan anda sudah bertambah maju, sudah tentu ia akan mampu menarik ramai pelabur asing dari luar negara untuk melaburkan dalam perniagaan anda. Sudah tentu ia kan meningkatkan pengaliran pendapatan ke dalam negara kita melalui pelaburan asing dari luar negara. Begitulah hebatnya seorang usahawan dalam membantu sebuah negara untuk meningkatkan pendapatan dalam negara tersebut.

Sumbangan anda sebagai seorang usahawan sangat berharga untuk negara kita. Ambillah peluang ini supaya anda dapat memajukan lagi perniagaan anda supaya kita sama-sama akan dapat menikmati kemajuan yang ada dalam negara kita ini. Pembangunan negara pada hari ni adalah untuk generasi-generasi pada masa akan datang.

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *