Posted on Leave a comment

Ketahui 7 Cara Yang Berkesan Untuk Memenangi Hati Pelanggan Tanpa Keluarkan Duit.

Pelanggan adalah watak utama dalam urusan jual beli anda. Oleh yang demikian anda harus tahu bagaimana untuk menjadikan watak utama ini berjaya memainkan peranannya dalam membuat belian kepada produk jualan anda.

Kebiasaannya usahawan tidak memandang berat soal bagaimana hendak di tawan hati pelanggan itu. Barangkali usahawan berpendapat produk mereka jual sudah hebat di pasaran  dan pelanggan akan datang tanpa perlu diundang.

Jangan ada tanggapan sebegitu. Nanti anda tersasar dari landasan sebenar. Ilmu tentang pelanggan ini perlu dipelajari. Seni memikat yang harus anda kuasai jika nak letupkan sale hari-hari.

Anda perlu belajar seni memikat hati pelanggan. Bagaimana caranya hendak memenangi hati pelanggan tanpa perlu anda keluarkan duit. Sebenarnya banyak cara yang sedia ada yang anda boleh ikut. Salah satu contohnya adalah berikut.

#1-Menepati Masa

Jika anda berjanji untuk bertemu dengan pelanggan pada waktu yang telah ditetapkan, pastikan anda bersedia dan hadir lebih awal untuk mengelakkan pelanggan menunggu dengan lebih lama.

Orang yang menepati masa ini adalah orang yang berjaya. Banyak perkara anda boleh dapat jika menepati masa. Jangan berlengah-lengah dengan masa kerana setiap detik itu mempunyai peluang untuk anda lakukan jualan kepada pelanggan.

#2-Mengenalpasti Masalah Pelanggan

Penting untuk anda mengenal pasti dahulu apakah jenis masalah yang dihadapi oleh mereka, dan terangkan bagaimana anda akan menyelesaikan masalah tersebut. Secara tidak langsung, mereka akan lebih merasa selesa untuk berkomunikasi.

Anda hanya perlu fokus pada masalah pelanggan. Tidak perlu berbelit-belit tindakan. Kerana pelanggan hanya mahukan jawapan yang tepat dan padat dengan masalah yang mereka hadapi. Peranan anda adalah membantu pelanggan menyelesaikan masalah mereka.

#3-Pendengar Yang Baik

Sekiranya anda mahu mereka menjadi pelanggan yang setia kepada anda, anda seharusnya menjadi seorang pendengar yang baik kepada mereka.

Dengan mendengar masalah, dan kehendak mereka secara tidak langsung dapat membuatkan hubungan anda dengan pelanggan menjadi semakin rapat dan senang untuk melakukan transaksi jual beli.

#4- Menyebut Nama Pelanggan

Ingin mendapatkan perhatian pelanggan anda? Panggil nama mereka dengan kerap. Salah satu bunyi yang paling menyenangkan seseorang adalah dengan mendengar nama mereka sendiri.

Dengan menggunakan nama pelanggan anda apabila anda bercakap dengan mereka, akan membuatkan mereka lebih memberi tumpuan kepada apa yang anda katakan.

#5-Memberi Mesej Yang Bermanfaat

Apabila anda berurusan dengan pelanggan, anda perlu menyampaikan mesej yang bermanfaat dan yang mudah untuk difahami oleh mereka.

Selain itu, jika anda sudah mempunyai jenama yang kukuh ia dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap produk anda serta dapat bersaing dengan pelanggan anda.

#6-Ceritakan Testimoni Yang Berjaya

Pelanggan sangat terkesan melihat pelanggan lama yang berjaya apabila menggunakan produk anda. Di sinilah peranan testimoni bermula. Kumpulkan testimoni terbaik yang anda ada.

Testimoni itu mestilah dalam bentuk gambar sebelum dan selepas digunakan produk anda. Jangan pula letak testimonAi biasa-biasa tetapi carilah keunikan testimoni yang anda ada. Nak buat pelanggan jatuh cinta bukan kerja sehari dua, tetapi makan masa yang lama.

#7- Jentik Emosi Pelanggan

Apabila kita berada dalam emosi sedih, kita perlukan seseorang yang boleh memahami isi hati kita. Apa yang diperlukan saat kesedihan itu. Contohnya hendak dibawa jalan-jalan atau pergi makan.

Begitulah dengan emosi pelanggan. Jika pelanggan anda itu memiliki masalah jerawat di muka, pastinya dia perlukan produk yang boleh merawat masalah kulit wajahnya dan kemudian mengembalikan keyakinan dirinya sendiri.

Di situlah emosi sedih dirawat menjadi emosi gembira buat pelanggan oleh anda sebenarnya. Alangkah berbahagianya pelanggan jika anda berikan solusi kepadanya untuk kekal gembira sentiasa.

Majalah Niaga

 

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *