Posted on 10 Comments

Ketupat Makanan Popular Di Hari Raya

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada sahabat semua. Hari Raya Aidilfitri sudah pun beberapa hari berlalu nampaknya, namun begitu bahang suasana sambutan  hari raya masih lagi dapat dirasai. Ini kerana masih ramai orang yang sedang membuat rumah-rumah terbuka sambutan hari raya ni. Ada sesetengah tempat sampai sebulan syawal pun masih ada lagi rumah terbuka hari raya ni. Memang begitu meriah sekali.

Kalau cakap pasal suasana rumah terbuka ni mesti terfikirkan tentang pelbagai jenis juadah makanan yang terhidang. Ada pelbagai jenis makanan tradisi dan moden bagi memberikan pilihan kepada tetamu yang datang ke rumah terbuka yang diadakan. Memang banyaklah pilihan juadah makanan yang disediakan kalau tidak takkan nak buat rumah terbuka kan.

Hari raya ni juga rasa tak berapa nak meriah kalau tak ada makanan-makanan tradisi seperti ketupat, rendang, lemang, serunding dan banyak lagi. Ini kerana makanan-makanan tradisi orang melayu ini hanya banyak didapati pada hari raya.  Hari-hari lain pun ada gak tapi tak banyaklah macam hari raya ni kan. Makanan-makanan tradisi melayu ini jugalah yang membezakan makanan hari raya dengan makanan pada hari-hari biasa.

Antara banyak-banyak makanan tradisi tersebut, ketupat antara yang paling popular. Ketupat adalah sejenis hidangan makanan yang diperbuat daripada beras yang sangat popular dikalangan orang melayu sejak dahulu lagi. Ada jenis ketupat pulut dan ada jenis ketupat beras. Ketupat pulut adalah ketupat yang menggunakan beras pulut sebagai bahan asasnya. Biasanya ketupat pulut dibungkus menggunakan daun palas. Ketupat nasi pula sudah tentu menggunakan beras yang dimakan sebagai nasi oleh kita setiap hari. Biasanya ketupat nasi dibungkus menggunakan daun kelapa.

Namun pada masa sekarang terdapat sejenis ketupat moden, iaitu ketupat yang dibungkus menggunakan plastik. Ketupat jenis ini hanya perlu dikukus saja dalam periuk dan terus siap. Begitu cepat dan mudah sekali. Sebab itulah juga ketupat jenis ini dinamakan sebagai ketupat segera. Terdapat juga dakwaan ada yang mengatakan ketupat segera dalam plastik boleh mengakibatkan penyakit barah. Tapi saya pun tidak dapat memastikannya juga dakwaan ini. Mungkin disebabkan oleh bahan kimia yang terdapat dalam plastik yang dikukus bersama ketupat kot.

Tidak kiralah apa jenis ketupat sekalipun, setiap kali hari raya saya tidak akan melepaskan ketupat untuk dimakan. Mesti anda pun begitu juga kan? Kalau dapat makan ketupat dengan rendang, serunding atau kuah kacang memang begitu sedap sekali. Semoga anda semua menikmati suasana rumah terbuka hari raya ini dengan gembira. Tapi jangan pula makan sampai tak ingat dunia. Bersyukurlah kita dengan kurniaan rezeki dari Allah kepada kita semua.

JOM SHARE

10 thoughts on “Ketupat Makanan Popular Di Hari Raya

  1. tahun ni aku dpt mkn sikit
    je ketupat.

  2. ketupat ni klu mkn panas2 mmg sedapka..cich sama rendang kerag atau ayam nyumm.nyum..

  3. saia sangat suka ketupat

  4. selalu saya hari raya pertama pagi2 memang cari ketupat dulu ngan daging..memang best..nasi tak pandang dah time tu 🙂

  5. benar mas, ini adalah makanan populer di hari raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *