Kisah Bapa CGI Dunia

Kita kagum dengan camera trick ‘bullet time’ The Matrix, terliur dengan perincian modelling stop motion Star Wars, terpana dengan animatronik Jurassic Park dan ternganga dengan CGI Avatar? Pernahkan anda terfikir siapa penemu kesan khas (special effect) dalam dunia perfileman yang terawal?

A long time ago in the galaxy far far away Seorang pemuda sedang tekun shooting pemandangan di sekitar Paris. Pada penghujung tahun 1880an teknologi kamera video masih baru. Kamera zaman ini perlu di pusingkan secara manual bagi mengerakkan filem. Entah macam mana kameranya tersekat. Dia baiki dan beberapa saat kemudian dia meneruskan pengambaraan. Balik ke studio dia memproses filem tersebut dan memainkannya. Disebabkan kameranya yang ‘jammed’ itu, dia dapati footage yang terhasil mengalami pertukaran babak secara mendadak, imej orang perempuan berjalan bertukar menjadi lelaki , kereta kuda yang melalui bertukar menjadi kereta mayat, eureka! Dari situ tercetus idea untuk membuat illusi yang dia tak boleh hasilkan secara realiti.

Georges Méliès itulah namanya, lahir pada tahun 1861, seorang rakyat Perancis. Dia ialah pengasas teknik superimpose, dissolves, stop motion, slow motion, fade out dan double exposure yang banyak digunakan dalam sinematografi sehingga ke hari ini.

Ayahnya mahu beliau menyambung legasi kilang kasutnya. Tapi beliau enggan. Dia langsung tidak berminat. Hati dan jiwanya lebih terarah pada bidang seni. Setelah persaraan ayahnya, beliau menjual saham kilang itu kepada adik beradiknya yang lain dan wang tersebut digunakan untuk membeli sebuah teater persembahan seperti yang anda lihat dalam filem The Prestige. Di situ dia belajar menjadi penghibur dan ahli silap mata.

Ketika Lumiere Brothers dan Thomas Edison sibuk membangunkan teknologi kamera yang lebih baik. Georges Méliès pula sibuk bereksperimentasi bagi menghasilkan efek baru untuk perfileman. Dengan bakatnya sebagai ahli silap mata. Dia menterjemahkan kesemuanya itu dalam layar perak. Dia lah pelakon, pengarah, pereka set dan pereka kustom.

Ada beratus-ratus karya beliau. Tetapi magnum opus teragung beliau ialah ‘A Trip To The Moon’ sebuah adaptasi longgar karya Jules Verne. Mengisahkan sekumpulan saintis yang terbang ke bulan menggunakan roket. Kalau kita tengok sekarang biasa. Tapi zaman itu ialah sesuatu yang baru. Boleh diibaratkan seperti peminat filen 70an dihidangkan dengan revolusi kesan khas yang dibawa oleh Star Wars, tahun 2000 dengan efek The Matrix. Begitulah pembawakannya. Filem ini mendapat sambutan yang begitu hangat sehingga Thomas Edison ‘mencetak rompak’ filem itu untuk pasaran Amerika.

Georges Mlis

Adat dunia hiburan begitu cepat berubah. Seperti P Ramlee dan Idham Nolan begitu juga yang terjadi pada Georges Méliès. Tidak mampu meredah kepesatan zaman, dengan monopoli oleh Thomas Edison dan filemnya tidak mendapat sambutan lagi apatah lagi dengan tercetusnya perang dunia pertama. Dia mengambil keputusan membakar set, prop, kustom dan negatif-negatif filem yang ada di dalam simpanannya. Pihak tentera juga merampas sebahagian filem-filem beliau. Dari 520 filemnya hanya 200 lebih yang masih wujud sehingga kini. Beliau mengundur diri dan menghabiskan sisa hayatnya dengan membuka kedai gula-gula dan permainan di sebuah stesen keretapi.

Pengarah tersohor Martin Scorsese banyak mengabadikan kisah Georges Méliès dalam filem Hugo pada tahun 2011.

Muhamad Khair

Apemazing.com 

 

  • Leave Comments