Benar janji Allah, jika kamu berbuat baik terhadap ibumu, maka berkali ganda Allah akan berbuat baik terhadapmu. Inilah yang berlaku dalam kehidupan lelaki yang menyanjungi kehebatan ibunya dalam menyediakan juadah yang lazat dan pastinya sedap dinikmati.
Lelaki yang dahulunya menyandang jawatan sebagai eksekutif Google sanggup berhenti kerja kerana merasakan akan kenikmatan hasil samosa buatan ibunya pasti boleh menghasilkan pendapatan lebih lumayan daripada gaji yang diterimanya ketika berkhidmat di Google.
Jom lihat bagaimana kolaborasi dua anak beranak ini menghasilkan keuntungan dalam perniagaan yang berganda tanpa perlu ada sengketa kerana yang bekerjasama sebagai rakan kongsi itu adalah ibu yang pastinya restunya di pandang Allah Yang Esa.
#1- Sejarah Awal
Hobi ibunya yang suka menonton televisyen, akan mencetuskan sedikit perebutan antara mereka berdua kerana masing-masing cuba mempertahankan channel yang hendak ditonton.
Namun, pada suatu hari, Kapadia mula sedar tentang kredibiliti ibunya sebagai tukang masak yang luar biasa dalam menghasilkan sesuatu hidangan.
Hal ini berlaku, apabila Kapadia mendapati ibunya banyak menghabiskan masa di depan televisyen lalu dia mencadangkan ibunya menyediakan satu juadah yang hebat untuk diberikan kepada rakan-rakannya.
Maka timbullah idea untuk menghasilkan ‘Bohri’ iaitu satu hidangan yang jarang-jarang di dapati di Mumbai. Bohri adalah hidangan tradisi yang salah satunya adalah hidangan Samosa.
Dengan kebijaksanaan beliau ketika berkhidmat di Google beliau mula merangka strategi dengan menghantar emel kepada kenalan beliau dengan mengenakan bayaran sebanyak rs700(RM42) kepada sesiapa yang hendak menikmati Bohri dengan menghadkan kepada 8 orang sahaja kerana ketika itu meja makan di rumahnya hanya muat 8 orang sahaja.
#2-The Bohri Kitchen Mula Dapat Sambutan
Hasilnya, permintaan terhadap Bohri mula membuatkan Kapadia dan ibunya tidak menang tangan menerima kunjungan pelanggan. Menariknya mereka hanya menggunakan lokasi rumah dengan menamakan sebagai The Bohri Kitchen tetapi cas yang dikenakan tetap seperti sebuah restoran.
Waktu operasi adalah hanya pada hari sabtu dan ahad sahaja. Makanan tradisi ini mula mendapat perhatian. Ketika itu Bohri hanya boleh dinikmati jika terdapat seseorang yang pandai menyediakan juadah tersebut.
Hidangan ini akan dinikmati dalam sebuah dulang keluli besar yang dipanggil thaal. Selalunya Bohri ini dihidangkan ketika majlis-majlis kahwin masyarahat di situ.
#3- ’30 Under 30″ – Forbes
Luar biasa sambutan yang diterima. Sehinggakan artis-artis ternama Bollywood seperti Rani Mukherjee turut bertandang ke kedai untuk menikmati hidangan samosa yang disebarkan melalui mulut ke mulut.
Kapadia melebarkan lagi kuasa jajahan produk makanannya tersendiri dengan menawarkan perkhidmatan katering. Menariknya, operasi kedai makanannya masih dikekalkan di rumah ibu bapanya. Cuma, harga makanan telah dinaikkan kepada 1,500 rupee (RM90).
Walaupun kedai ini hanya beroperasi setiap hujung minggu tetapi persiapan rapi dan keberhasilan pemasaran Kapadia melayakkan beliau dicalonkan oleh Forbes bagi kategori ’30 di bawah 30’ kerana di usia muda beliau menjadi jutawan hanya dengan menjual samosa buatan ibunya.
Ibu adalah insan paling gembira dengan kejayaan yang dikecapi Kapadia kerana pada awalnya dia tidak begitu yakin dengan keputusan anaknya untuk berhenti kerja di syarikat gergasi hanya untuk menceburkan diri dalam perniagaan yang belum tahu untung ruginya. Akhirnya, kejayaan yang dikecapi anaknya membuatkan dia tersenyum bangga!