Posted on 4 Comments

Langkah Dan Motivasi Menghadapi Peperiksaan – Siri 2

Salam semua,

Saya ambik kesempatan ni untuk menyambung siri artikel bertajuk langkah dan motivasi menghadapi peperiksaan siri pertama. Dan ini adalah sambungan siri kedua pula. Saya hanya tinggal beberapa hari saja lagi akan menghadapi peperiksaan akhir semester ni. Saya harap semua dapat mendoakan saya ya. Kepada semua kawan-kawan yang akan menghadapi peperiksaan juga saya mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan semua. Semoga kejayaan menjadi milik kita semua. Insyaallah.

1) Sebelum menghadapi peperiksaan ni anda boleh mewujudkan cabaran di dalam diri anda. Ini bagi memberikan anda sedikit semangat kerana peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Contohnya: Kalau orang lain boleh mengapa saya tidak boleh melakukannya???. Tapi jangan sampai anda merasa tertekan pulak ye. Biar cabaran itu menjadi pembakar semangat untuk anda jadi lebih yakin nanti. Insyaallah anda boleh melakukannya.

2) Disamping itu anda hendaklah fikirkan kejayaan anda didalam peperiksaan nanti. Bayangkan yang anda dapat menjawab soalan dengan tepat ketika menjawab soalan di dalam dewan peperiksaan nanti. Maka sudah tentu anda akan merasa sangat puas hati. Bayangkan betapa gembiranya anda semasa melihat keputusan yang diumumkan bahawa anda berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. ketika itu rakan-rakan, guru-guru dan ibu bapa anda memberi ucapan tahniah kepada anda. Pemikiran seumpama ini, Insyaallah akan dapat meningkatkan motivasi anda terhadap peperiksaan anda yang anda akan hadapi nanti.

3) Perbaiki dan tingkatkan sikap, pemikiran dan kemahiran anda terutama untuk anda menjadi pelajar yang berjaya didalam peperiksaan. Perbaikilah sikap anda dengan menjadi lebih baik. Ubah sikap anda dari malas menjadi rajin dan daripada rajin menjadi lebih rajin lagi. Pemikiran pula jangan berfikir secara negatif. Fikiran secara positif seperti yang

T-zone small describing generic online pharmacy sensitive. Generic lip. Another cheap canadian pharmacy shipping last because,!

saya bagi dalam langkah yang sebelum ini. Dan akhir sekali kemahiran anda. Anda perlu mempunyai kemahiran-kemahiran seorang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan. Iaitu anda perlu menguasai setiap subjek yang dipelajari dan anda menguasai teknik-teknik untuk menjawab soalan di dalam peperiksaan nanti.

4) Anda perlu ingat yang anda terlalu sibuk belajar sekalipun jangan sampai lupakan Allah, ibu bapa dan guru-guru kita. Anda perlu dan mempunyai tanggungjawab pada setiap perkara dalam kehidupan seharian anda. Anda terlalu sibuk belajar untuk menghadapi peperiksaan tapi sampai anda abaikan solat anda maka tiada gunanya anda belajar untuk peperiksaan itu. Begitu juga dengan ibu bapa anda. Jangan abaikan setiap suruhan yang ibu bapa anda minta dengan alasan yang anda terlalu sibuk belajar untuk peperiksaan ini. Cuba penuhi permintaan ibu bapa anda itu.

Jika ibu bapa anda berada jauh dari anda selalulah hubungi mereka untuk bertanya khabar dan meminta doa mereka supaya mendoakan anda didalam peperiksaan nanti. Insyaallah doa ibu bapa adalah sangat mustajab. Kepada guru-guru yang banyak mencurahkan ilmu-ilmu didada mintalah dihalalkan segala ilmu yang diajar selam ini. Mintalah doa daripada guru-guru anda juga. Dengan ini insyaallah ilmu-ilmu yang anda pelajari selama ini akan mendapat keberkatan.

5) Akhir sekali, selepas meminta doa dari ibu bapa dan guru-guru anda, maka tinggal diri anda sendiri untuk berdoa memohon kepada Allah supaya memberi pertolongan kepada anda semasa menjawab peperiksaan nanti. Di masa-masa terakhir sebelum menghadapi peperiksaan ini anda perlu mendekatkan diri kepada Allah supaya anda diberi ketenangan dan semangat olehNya. Banyakkan membaca Al Quran, berzikir dan berselawat kerana ia dapat memberi ketenangan dalam hati anda. Ia dapat membuang perasaan bimbang dan takot didalam hati anda. Perbanyakkan juga solat hajat dan meminta doa kepada Allah dengan sepenuhnya dan Insyaallah anda akan diberi pertolongan olehNya.

Semoga dengan langkah-langkah dan motivasi peperiksaan yang saya tulis dapat memberi manfaat kepada anda yang membacanya. Saya pun tengah berdebar nak menghadapi peperiksaan dekat dah ni. Tapi saya kena yakin dan kuatkan semangat begitu juga anda ye. Nanti kita jumpa lagi di masa yang akan datang. Insyaallah.

JOM SHARE

4 thoughts on “Langkah Dan Motivasi Menghadapi Peperiksaan – Siri 2

  1. wah..ni dah blik kg ke? huhu..ada msa jum le ge CC hehhe..sok turn suri plak blik mlk..asam pedas ikan pari 1..huuhhu

    hope result thoha gempak 😉

    1. yup..dah balik kg ni..selamat balik kg jugak..hehe
      terima kasih..

  2. good luck for your exam…. isnyallah!
    we are the best, right? so, chayyokk…
    ~1 panduan yg sgt bermakna di saat2 menanti kunjungan exam~….;p

    1. terima kasih ye..tapi as ni sape ye?
      lain kali letak la link profile fb awk kat kena isi website..nak tahu jugak sape yang komen blog ni..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *