Posted on Leave a comment

Malaysia ke-4 Paling Mudah Jalankan Perniagaan di Asia

Malaysia kekal di kedudukan keempat dalam kalangan negara-negara Asia paling mudah untuk menjalankan perniagaan, menurut Laporan Menjalankan Perniagaan 2018 yang dikeluarkan oleh Bank Dunia hari ini.

Menurut laporan itu, Malaysia berada di belakang Singapura, Hong Kong dan Taiwan, manakala dalam kalangan negara Asean, Malaysia berada di kedudukan kedua selepas Singapura dan turut mendahului negara Thailand, Brunei dan Vietnam.

Bagaimanapun di peringkat global, kedudukan Malaysia turun satu anak tangga dan berada pada kedudukan ke-24 daripada 190 negara yang disenaraikan oleh Bank Dunia.

“Malaysia mengekalkan kedudukannya di antara 25 ekonomi teratas dunia dalam menjalankan perniagaan hasil daripada langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk mengukuhkan rangka kerja pengawalseliaan perniagaan,” kata Pengurus Negara Bank Dunia Malaysia, Faris Hadad-Zervous.

Utusan Online

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *