Salam sejahtera
Salah satu aspek terpenting dalam perniagaan internet anda dengan seni meyakinkan orang lain atau pelanggan terhadap perniagaan anda. Keyakinan pelanggan terhadap anda adalah penting kerana mereka adalah pembeli produk yang anda niagakan.
Tidak mustahil mereka akan terus menjadi pelanggan setia anda pada masa hadapan dengan membeli produk-produk lain dari anda kerana mereka telah yakin dan percaya dengan kredibiliti anda menjalankan perniagaan internet. Antara ciri-ciri penting yang perlu anda lakukan untuk meyakinkan orang lain terhadap produk anda adalah:
Memenuhi minat orang lain
Produk anda dapat memenuhi dengan minat mereka iaitu minat pembeli yang ingin mendapatkan atau membeli produk yang mereka suka. Anda mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada pelanggan yang orang lain tiada. Ini bermakna anda telah memenuhi kehendak mereka dengan menghasilkan produk yang sangat mereka mahukan.
Jika produk yang anda hasilkan benar-benar tepat dengan kehendak dan minat orang ramai sudah tentu anda akan mempunyai ramai pelanggan yang akan membeli produk yang telah anda hasilkan itu.
Lebih baik dari yang lain
Setiap orang pasti ingin melakukan yang terbaik dan menjadi lebih baik dari orang lain. Jika dalam perniagan internet, anda akan dapati ramai lagi usahawan internet yang menjalankan perniagaan yang hampir sama dengan anda. Oleh itu anda akan mempunyai ramai saingan dalam perniagan internet ini.
Untuk bersaing secara sihat anda perlulah melakukan yang terbaik semasa menghasilkan produk anda supaya produk anda sentiasa lebih baik daripada produk-produk lain di pasaran. Para pelanggan juga akan mencari produk yang paling baik supaya mereka akan berpuas hati dengan produk yang akan mereka dapatkan itu.
Mempunyai banyak faedah
Orang ramai pasti akan mendapatkan produk yang dapat memberi faedah kepada mereka. Kalau produk itu tidak membawa sebarang hasil atau memberi sebarang faedah kepada buat apa perlu mereka beli produk tersebut. Jadi, sebagai seorang usahawan internet ambillah peluang ini untuk mencipta produk yang dapat memberi faedah kepada orang lain.
Adalah sangat baik jika produk anda sarat dengan faedah-faedah yang boleh buat memudahkan kehidupan mereka. Sudah pasti mereka tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan produk anda yang dapat memberikan faedah kepada mereka.
Harga produk yang berpatutan
Harga juga memainkan peranan yang penting dalam menarik pembeli. Pastikan produk anda tidak semahal produk lain, atau sekurang-kurangnya, berbaloi dengan jumlah wang yang dilaburkan oleh pembeli. Walaupun mahal, pembeli akan tetap membeli produk anda jika produk anda itu sangat bagus dan sesuai dan harga yang telah anda tetapkan.
Jangan meletakkan harga produk anda terlalu tinggi demi mengaut keuntungan yang banyak semata-mata tapi produk anda tidak setanding dengan harga yang anda tetapkan. Harga hendaklah sesuai dengan kualiti produk yang anda hasilkan.
Secara kesimpulan, cara terbaik adalah anda mestilah membuatkan orang lain faham mengapa mereka harus berfikir untuk membeli produk yang anda hasilkan. Mereka harus faham mengapa mereka inginkan produk anda. Tugas anda adalah memastikan pembeli tahu apakah benda yang telah mereka beli dari anda. Disamping mendapatkan pelanggan-pelanggan baru, anda juga haruslah membina kredibiliti anda tehadap pelanggan-pelanggan yang sedia ada supaya mereka akan terus yakin dan percaya kepada anda pada masa hadapan.