Minat dan budaya membaca masih lagi kurang dalam diri setiap orang. Tidak kiralah dari seorang kanak-kanak sehinggalah kepada orang dewasa. Bukannya tiada langsung mereka yang mempunyai minat membaca ni, ada juga yang memang suka membaca tapi jumlahnya masih sangat kurang jika nak dibandingkan dengan ramainya orang yang minat membaca dari negara-negara maju yang lain.
Tidak ramai yang jadikan minat membaca sebagai aktiviti harian yang wajib kerana mereka kurang sedar akan kelebihan membaca. Kelebihan membaca itu sangat banyak sebenarnya kepada mereka yang suka membaca. Selagi bahan bacaan yang dibaca itu memberi manfaat untuk mereka.
Anda patut menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup anda. Tidak rugi sekiranya anda menjadikan budaya membaca sebagai amalan harian. Tapi anda hendaklah menanam minat membaca terlebih dahulu dalam diri anda dan seterusnya anda akan menjadikan budaya suka membaca pada setiap hari. Ini beberapa tips dari saya bagaimana cara menanam budaya suka membaca dalam diri anda.
1) Cari bahan bacaan yang kita minat
Setiap orang pasti mempunyai minat yang berbeza-beza dalam diri mereka. Begitu juga dengan minat membaca. Setiap orang pasti ada minat membaca bahan bacaan yang berbeza-beza. Ada yang suka bahan bacaan berbentuk motivasi, cerita, teknologi, perniagaan dan banyak lagi bahan bacaan yang bermanfaat. Anda cari apakah minat dalam diri anda. Cari bahan bacaan yang berkaitan dengan minat anda itu. Ini kerana jika anda membaca bahan bacaan yang anda minat anda tidak akan cepat bosan. Biasanya anda akan cepat bosan membaca jika anda baca benda yang anda tidak minat.
2) Amalkan sifat suka membaca perlahan-lahan
Minat suka membaca itu boleh dipupuk sekiranya anda amalkannya secara perlahan-lahan. Lama-lama anda akan dapat menjadikan tabiat membaca itu satu amalan harian. Jadi cuba motivasikan diri anda mulai sekarang secara perlahan-lahan untuk mula membaca apa saja bahan bahan bacaan yang memberi manfaat. Kalau anda tak mulakan sekarang nak tunggu sampai bila lagi kan.. 🙂
3) Berkawan dengan mereka yang suka membaca
Faktor ini juga akan mempengaruhi anda. Ini kerana lama kelamaan anda juga akan mula meminati membaca jika kawan-kawan yang berada disekeliling anda seorang yang suka membaca. Jika anda berkawan dengan orang yang banyak membuang masa maka anda juga akan jadi orang yang suka membuang masa. Begitulah juga dengan membaca. Carilah kawan yang suka membaca lama-kelamaan anda juga akan mempunyai minat yang sama dengan mereka. Mesti seronok dapat buat group membaca bersama dengan kawan-kawan.
4) Laburkan duit untuk beli buku bermanfaat
Jika anda mempunyai perbelanjaan yang lebih anda boleh laburkan sedikit duit anda itu untuk membeli ilmu. Belilah buku-buku yang bermanfaat untuk dibaca oleh anda. Pelaburan untuk mendapatkan ilmu adalah pelaburan terbaik untuk jangka masa panjang. Bila anda dah beli buku takkan anda nak simpan saja kan. Mestilah anda akan baca kalau tak mesti sia-sia anda beli buku itu kalau sekadar nak simpan dalam almari. Apabila membacanya anda juga akan lebih menghargai buku yang anda beli itu.
5) Jadikan ia sebagai satu tabiat
Bila anda dah mula suka membaca jadikan ia sebagai satu tabiat yang mesti dilakukan. Jangan tinggalkan tabiat membaca untuk tempoh masa yang agak lama. Anda perlu teruskan momentum anda untuk membaca dan terus membaca. Lama-kelamaan mentaliti anda akan menjadikan tabiat membaca itu satu tabiat yang wajib akan dilakukan setiap hari. Anda akan rasa seperti kekurangan jika tidak membaca pada hari tersebut.
6) Elakkan perkara yang membuang masa
Kadang-kadang anda lebih banyak melakukan perkara-perkara yang membuang masa seperti menonton tv, bermain game, melayari internet, melepak dan banyak lagi. Anda boleh melakukan perkara-perkara tersebut kerana ianya tidak salah. Tapi jangan sampai ia membuang banyak masa anda dengan tidak berfaedah. Tidak salah jika mahu melepaskan tekanan atau menghilangkan rasa bosan tapi jangan sampai terlebih sehingga menjadikan anda leka. Jika anda telah leka dengan perkara-perkara tersebut maka anda juga tidak akan punya masa untuk melakukan perkara-perkara lain yang boleh memberikan banyak manfaat.
Sebagai kesimpulan, apabila banyak membaca anda akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam diri sendiri juga. Minat dan budaya membaca boleh dipupuk dalam diri untuk menjadikan diri anda seorang yang yang cemerlang dengan membaca. Sesungguhnya membaca itu adalah satu amalan yang sangat bermanfaat kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Niatkan dalam hati anda untuk membaca secara ikhlas. Jangan rasa terpaksa atau mempunyai niat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain kerana ianya tidak baik.
Jika anda mempunyai banyak ilmu jangan pula berbangga diri kepada orang lain. Berkongsilah dengan orang lain juga setiap ilmu yang anda tahu. InsyaAllah ilmu yang ada miliki akan makin bertambah dan tidak berkurang sedikit pun. Jadikan budaya membaca sebagai satu kemestian dalam diri kita supaya kita akan menjadi orang yang cemerlang di dunia dan juga akhirat.
membaca itu menambah lagi ilmu…kalau ada duit, tak salah kita laburkan duit kita itu dengan membeli buku dari membazir membeli barang2 yang takda faedah… sekurang-kurangnya dapat kita kongsikan bersama-sama…
Assalaamu`alaikum saudara Thoha,
minta maaf kerana baru berpeluang melawat blog saudara yang saya kategorikan sebagai pencinta bahasa kebangsaan. Keutamaan saya kini lebih kepada keluarga berbanding menulis dan membaca artikel teman-teman penulis. Namun seusaha boleh akan saya kunjungi juga blog kawan-kawan lama.
Sangat setuju dengan kesemua tips di atas, tapi bagi saya untuk memperkasakan lagi minat membaca, sentiasa tanamkan sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri masing-masing. Belajar untuk menerima hakikat bahawa ilmu itu seluas samudera dan tak kunjung habis. Insya Allah pasti kita akan sentiasa dahagakan ilmu. Satu yang kita sentiasa ingat, membaca tidak hanya terhad kepada pembacaan media cetak, bahkan melalui media elektronik. Sama-sama kita aplikasikan kemudahan internet untuk menjana ilmu.
Salam manis untuk saudara.
suri suka gak lepak kat pusat mmbeli belah.tapi bukan nak bli barg tapi suka ke popular..klu masuk tak sah bli satu..klu bukan utk buku sndiri buka anak msti beli heee..
salam jumaat..
mesti baca he klu tak rasa otak kosong plk..
nak jadi bloger kena juga ada ilmu..tak blh pula ckp sebaragan ttg ilmu yang nak di ketengahkan..
baru2 ni la baru aku nak tanam tabiat baca ni..