Posted on Leave a comment

Mencari Rezeki Dan Nafkah Hidup

Salam sejahtera.

Semua orang boleh menjadi seorang usahawan jika mereka berusaha untuk menjadi seorang usahawan. Usahawan ialah seorang individu ataupun sebuah kumpulan individu yang menubuhkan atau membangunkan sebuah perniagaan sendiri. Mereka juga akan mengembangkan lagi perniagaan tersebut dari masa ke semasa demi kemakmuran dan kemajuan masyarakat, agama, bangsa dan juga negara.

Dalam kehidupan anda sebagai seorang usahawan, anda perlu melihat kembali apakah tujuan sebenar anda menjadi seorang usahawan. Jika tidak, anda tidak akan tahu kemanakah hala tuju sebenar anda menjadi seorang usahawan. Di antara sebab mengapa anda menjadi seorang usahawan adalah kerana ingin mencari rezeki yang halal di dunia ini.

Mencari Rezeki Dan Nafkah Hidup

Anda perlu tahu kenapakah anda ingin menjadi seorang usahawan, sebagai seorang usahawan anda perlu tahu tujuan sebenar kenapa anda menceburi bidang keusahawanan ini. Salah satu sebabnya adalah kerana anda perlu mencari rezeki yang halal bagi meneruskan kehidupan di dunia ini.

Ini kerana rezeki dalam perniagaan adalah sangat luas. 9/10 daripada sumber rezeki adalah dengan berniaga. Itulah sebabnya orang yang menjalankan perniagaan rezekinya sentiasa melimpah ruah.

Sebagai seorang manusia yang hidup di muka bumi Allah ini, anda perlu berusaha untuk mencari rezeki supaya anda dapat meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Jika anda tidak berusaha sendiri untuk mencari rezeki sendiri tidak ada orang lain yang akan menolong anda. Apabila anda melakukan perniagaan, anda telah berusaha untuk mencari rezeki yang dapat memberikan kenikmatan kepada diri anda.

Anda juga seorang yang mempunyai tanggungjawab kepada ahli keluarga, memberi nafkah kepada ahli keluarga adalah satu kewajipan dalam islam. Seorang bapa wajib memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Dengan melakukan perniagaan anda telah mencari satu sumber rezeki untuk diberikan nafkah kepada ahli keluarga anda sendiri. Dengan itu anda telah menjalankan satu kewajipan kepada diri anda sendiri dan juga ahli keluarga anda.

Rezeki yang diperolehi dari perniagaan anda hendaklah dari sumber-sumber yang halal dan diberkati oleh Allah. Barulah kehidupan anda akan sentiasa berjaya di dunia dan juga akhirat. Itulah yang kita mahukan kejayaan akhirat yang kekal abadi.

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *