Posted on Leave a comment

Mengikut Sunnah Rasulullah (S.A.W)

Salam sejahtera.

Seorang usahawan akan lebih menumpukan kepada pengukuhan sebuah perniagaan yang sedia ada serta sentiasa merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan tersebut ke tahap yang lebih besar dan mencabar. Dalam minda seorang usahawan itu akan sentiasa mempunyai idea-idea baru yang kreatif untuk mengembangkan lagi perniagaan ke arah yang lebih baik pada masa hadapan.

Menjadi contoh teladan terbaik adalah Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya semasa hidupnya. Baginda mempunyai kemahiran berniaga yang sangat dikagumi oleh orang lain. Kebolehan dan kemahiran berniaga yang dimiliki  baginda telah menyebabkan baginda mampu menjadi usahawan yang dipercayai oleh orang lain. Baginda melakukan perniagaan dengan jujur tanpa anda unsur-unsur penipuan dan juga riba yang sememangnya haram dalam islam.

Kita sebagai umat islam hari ini yang akan meneruskan perjuangan islam yang telah dibawa dan disampaikan oleh baginda. Oleh itu, sebagai seorang usahawan islam anda hendaklah melakukan perniagaan kerana ianya adalah satu sunnah Rasulullah (S.A.W). Jika anda mengamalkan sunnah yang dibawa oleh baginda maka pahala yang akan anda diperolehi. Besar pahalanya jika anda mengamalkan sunnah yang dibawa oleh baginda.

Perniagaan hari ini memang tidak sama dengan zaman baginda. Ini kerana anda berada pada zaman yang berbeza yang semakin maju. Perniagaan hari ini lebih kepada teknologi maklumat ataupun perniagaan secara online. Walau macam mana sekalipun perniagaan itu dilakukan, ianya tetap sebuah perniagaan. Iaitu proses yang melibatkan urusan jual beli di antara penjual dan juga pembeli.

Anda perlu melakukan perniagaan dengan jujur dan ikhlas mengikut sifat yang ada pada baginda semasa menjalankan perniagaaan. Dengan mengikuti cara baginda ini barulah anda akan dapat menjadi seorang usahawan islam yang mengikut sunnah yang di bawah oleh baginda S.A.W.

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *