Bidang keusahawanan ialah satu proses penubuhan dan pengembangan sebuah perniagaan secara berterusan yang akan menyumbang kepada proses pembangunan ekonomi bagi sesebuah negara. Bidang keusahawanan tidak hanya terhad untuk diri sendiri seseorang sahaja. Ianya akan dapat memberi manfaat kepada orang lain juga. Bidang keusahawanan juga akan dapat menyumbang dalam membangunkan lagi ekonomi negara.
Orang yang berharta
dan memiliki kekayaan akan dipandang tinggi oleh manusia. Jika anda telah menjadi seorang usahawan yang berjaya dan berharta janganlah anda menjadi orang yang sombong dan bongkak. Ini kerana anda akan dibenci oleh orang lain.
Sebaliknya anda perlulah menjadi contoh kepada orang lain untuk berjaya seperti anda juga. Gunakan pengaruh yang telah anda ada untuk membantu orang lain pula. Jangan kedekut untuk berkongsi ilmu yang anda miliki kepada orang lain pula. Tapi jangan menunjuk-nunjuk dengan kebaikan yang anda lakukan kepada orang lain.
Orang yang berjaya dalam hidup pasti akan dihormati oleh orang lain. Itulah yang berlaku pada hari ini. Jika seseorang itu tidak berharta maka sudah tentu dia tidak akan dipandang oleh orang lain. Apabila anda seorang yang memiliki harta kerana perniagaan yang anda lakukan berjaya, orang lain akan menghormati anda kerana kekayaan anda itu.
Apa yang paling penting anda jangan lupa diri dengan kekayaan yang anda miliki. Ingatlah yang kekayaan anda perolehi itu hanya bersifat sementara saja.
Ianya hak milik Allah dan boleh ditarik dari anda pada bila-bila masa sahaja. Gunakan harta kekayaan yang anda miliki itu untuk melakukan lebih banyak amal kebaikan di jalan Allah. InsyaAllah kehidupan anda akan lebih selamat dunia dan juga akhirat.