Posted on 11 Comments

Motivasi Untuk Pelajar

Assalamualaikum.

Begitu cepat rasa masa berlalu setiap hari. Hari raya aidilfitri pun dah seminggu berlalu. Saya pun tidak lama lagi akan kembali menyambung pengajian ke universiti. Tinggal beberapa hari je lagi cuti. Cuti semester yang panjang selama 3 bulan sudah habis dah. Teringat dialog dalam cerita KL Gangster. “Amacam cuti panjang, best?” “Cuti sudah habis bro”. Perasaan pun bercampur je sekarang ni. Maklumlah selepas cuti panjang mood belajar pun jadi kurang sikit. Bila dah masuk belajar nanti barulah semuanya akan jadi seperti biasa kembali.

Oleh kerana mahu mencari kembali motivasi dan semangat untuk belajar kat universiti nanti, kita kena cari perkara-perkara yang best kat universiti atau tempat belajar kita. Barulah kita akan merasa seronok untuk kembali meneruskan pelajaran ke sana. Motivasi sangat penting dalam memberikan semangat kepada diri kita.

Berjumpa Dengan Kawan-kawan

Bila balik kat universiti nanti, akan bertemu kembali dengan rakan-rakan sekuliah yang sudah lama tidak berjumpa. Merekalah teman masa susah atau senang waktu belajar ni. Kerana ada ramai rakan-rakan kat universiti yang buatkan kita rasa seronok belajar. Lagipun mereka semua datang dari serata negeri kat Malaysia ni. Berjumpa di universiti je, waktu cuti memang tak dapat nak jumpa. Lepas habis belajar nanti mungkin susah dan nak jumpa ramai-ramai seperti masa tengah belajar. Semua rakan-rakan ni nanti akan meninggalkan kenangan yang indah dan menyeronokkan semasa belajar.

Belajar Subjek Yang Diminati

Kat universiti bukan tempat untuk berseronok bersama rakan-rakan semata-mata. Tapi ia tempat untuk kita belajar dan menuntut ilmu. Masa kita belajar mesti ada subjek yang kita minati. Tak perlu ikut minat orang lain kerana setiap orang tak sama subjek yang mereka minat. Bila kita letakkan dalam fikiran kita tentang subjek yang kita minat, ia akan dapat melahirkan perasaan seronok untuk belajar. Pasti akan ada subjek yang kita minat semasa belajar. Kena cari dalam diri kita la subjek apa yang kita minat. Kalau tak jumpa kena pilih subjek yang ada untuk menjadi subjek kegemaran kita. Ianya sebagai motivasi untuk belajar.

Menuntut Ilmu Kerana Allah

Menuntut ilmu adalah satu perjuangan dalam hidup ini. Kita berjuang menuntut ilmu kerana Allah. Kita akan mendapat pahala kerana Allah akan memberi pahala kepada orang yang menuntut ilmu. Kita jangan menuntut ilmu kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Ianya perbuatan yang tidak baik. Kalau belajar semata-mata kerana ingin menunjuk kepada orang lain, ianya dah jadi perbuatan riak. Keikhlasan kita belajar hanya kepada Allah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang luas dalam hidup ini. Belajarlah ilmu yang ada selagi dapat memberi manfaat kepada diri kita sendiri dan juga memberi manfaat kepada orang lain.

Mahu Berjaya Dimasa Hadapan

Setiap orang mahu berjaya dalam hidup mereka. Dapat belajar sehingga ke universiti adalah salah satu kejayaan dalam hidup kita. Kita patut bersyukur kerana diberikan peluang untuk meneruskan pengajian ke universiti. Namun begitu universiti bukanlah tempat yang menjamin kita untuk berjaya dalam hidup ini. Sebab ada orang yang tak pernah masuk universiti pun boleh berjaya dalam hidup mereka. Semuanya bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh setiap individu itu sendiri. Universiti hanya sebagai ruang dan peluang untuk menuntut ilmu, seterusnya mencipta kejayaan di masa hadapan dengan ilmu yang kita miliki.

Berbakti Kepada Ibu Bapa

Setiap ibu bapa pasti ingin melihat kejayaan anak-anak mereka. Sebagai anak, kita bertanggungjawab untuk berbakti kepada ibu bapa kita. Apabila berjaya kita dapat berbakti kepada ibu bapa kita di masa hadapan. Dengan kejayaan kita dapat meneruskan pengajian ke universiti, ia dapat memberikan kegembiraan kepada ibu bapa kita. Peluang kita dapat belajar ke universiti adalah hasil usaha dan dorongan yang diberikan oleh ibu bapa kita selama ini. Mereka mahu melihat kita menjadi orang yang berjaya apabila memasuki universiti. Kita patut hargai jasa mereka kepada kita. Jangan sia-siakan pengorbanan yang telah mereka berikan kepada kita selama ini.

Pada masa sekarang, banyak universiti telah memulakan pengajian untuk semester baru. Ramai pelajar-pelajar baru yang saya boleh katakan mereka sebagai adik-adik telah melangkah ke dunia baru di universiti. Tahniah saya ucapkan kepada semua yang telah berjaya. Ianya satu kejayaan yang sangat besar dalam hidup anda semua. Peluang yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin dalam mengejar kejayaan yang kita impikan. Tuntutlah ilmu dengan bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan kita.

Kita bukan datang ke universiti kerana ingin berseronok dengan kawan-kawan, sibuk mencari pasangan, membuang masa dengan sia-sia, melakukan aktiviti tidak berfaedah dan macam-macam lagi. Mahu berseronok boleh tapi biar berpada-pada dan jangan sampai ianya melampaui batas serta membuatkan pelajaran kita terabai. Mungkin akan berlaku kejutan budaya bagi mereka yang baru pertama kali melangkah ke alam universiti. Berhati-hatilah dengan ujian dan godaan yang sentiasa cuba untuk mengheret kita dengan perkara-perkara yang tidak baik.

Ingatlah kepada ibu bapa kita yang telah mendidik kita sejak kecil sehingga kita berjaya masuk ke universiti. Jika kita rasa lemah, berdoalah kepada Allah supaya diberikan petunjuk dan diberikan pertolongan kepada kita diwaktu susah dan senang. Tiada tempat lagi yang kita boleh mengharapkan pertolongan melainkan kepadaNya.

JOM SHARE

11 thoughts on “Motivasi Untuk Pelajar

  1. As Salam Nik, 😀

    Selamat menempuhi pembelajaran semula 😉

    Semoga akan mencapai apa yg ingin Nik impikan utk setiap prestasi…….

  2. Cara ni bukan saja sesuai untuk pelajr tapi sesuai diduplikasi untuk peniaga macam aku…
    Selamat kembali berjuang

  3. setuju. menuntut ilmu kerana Allah.
    kadang2 selalu terbabas salah niat sebab nak past exam je.
    terima kasih atas peringatan brother^^

  4. selamat sambung belajar, nik
    setuju sangat dengan apa yang nik tulis
    lepas cuti ni memang kena cari apa yang menyenangkan hati
    letak tepi dulu apa2 yang sukar tu

  5. semoga kita menjadi anak2 dalam kalangan yg membalas jasa ibu bapa..

    memang payah nak cari mood untuk belajar semula selepas 3 bulan bercuti..huu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *