Salam Sejahtera 🙂
Ucapan terima kasih adalah sebagai tanda kita ingin menghargai seseorang atas kebaikan yang dilakukan ke atas diri kita dan orang lain Jika kita pandai menghargai seseorang dengan ucapan terima kasih maka orang lain juga akan lebih selesa dengan kita. Dan perhubungan kita dengan seseorang akan menjadi lebih rapat lagi. Sifat suka berterima kasih juga adalah sifat yang terpuji dan disukai oleh orang lain. Kenapa perlu berterima kasih dalam hidup ini?
Ucapan terima kasih adalah sebagai menghargai jasa dan budi baik seseorang ke atas diri anda. Jika kita tidak pandai untuk berterima kasih kepada orang lain maka orang lain akan menganggap kita seorang yang tidak tahu menghargai budi baik yang telah diberikan. Mungkin seseorang itu akan terasa hati dengan diri kita. Jadi, ucaplah terima kasih atas setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang kepada diri kita ini. Mudah-mudahan kita akan memperoleh banyak kebaikan dari lagi pada masa akan datang.
Sebagai seorang muslim ucapan terima kasih adalah satu perbuatan yang sungguh mulia. Tidak susah pun nak ucapkan terima kasih ni kepada orang lain. Mungkin anda tidak mampu untuk membalas balik atas kebaikan yang orang lakukan terhadap anda. Dengan ucapan terima kasih adalah sudah mencukupi sebagai tanda kita menghargainya. Perbuatan berterima kasih ini adalah sungguh mulia sekali.
Ia dapat memelihara hubungan baik anda dengan sahabat anda. Jika anda mempunyai seorang sahabat yang banyak menolong anda dalam banyak perkara dalam hidup anda, maka anda perlulah selalu mengucapkan terima kasih kepadanya. Ini dapat mengekalkan hubungan baik persahabatan anda dengan sahabat anda sampai bila-bila pun. Ia juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara kita dan juga sahabat.
Kepada ibu bapa kita jangan dilupakan. Merekalah yang telah mendidik dan telah membesarkan kita sejak dari kecil. Dengan ucapan terima kasih dan membalas jasa mereka di dunia ini sebenarnya masih tidak mencukupi untuk membalas segala jasa mereka terhadap kita selama ini. Janganlah jadi seorang anak yang tidak tahu berterima kasih. Sayangilah mereka selalu sebagai tanda kita anak yang soleh yang selalu menghargai jasa mereka.
Terima kasih cikgu. Itulah ucapan sebagai menghargai jasa seorang guru yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada kita selama ini. Ilmu yang telah diajarkan oleh guru kepada anda pula hendaklah diamalkan bagi mengelakkan ilmu yang anda dapat menjadi ilmu yang sia-sia sahaja. Ia juga menunjukkan sebagai tanda terima kasih anda kepada guru anda yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada anda selama ini. Tidak kiralah apa jua jenis ilmu yang diajar oleh guru tersebut asalkan ilmu tersebut membawa kebaikan dunia dan akhirat
Seorang muslim perlulah sentiasa mengingati segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Jasa baginda kepada umat islam sangatlah besar sehingga kita dapat mengecapi akan nikmat islam yang kita sedang anuti pada hari ini. Perbanyakkanlah selawat dan salam ke atas baginda sebagai tanda terima kasih dan sayang kita kepada baginda.
Sebagai seorang hamba yang taat kepada Allah jangan kita lupakan segala nikmat yang telah diberikan kepada kita. Selalulah mengucapkan syukur kepadaNya dengan ucapan Alhamdulillah sebagai tanda terima kasih atas segala nikmat yang telah diberikan. Jadilah seorang hamba yang taat akan segala perintah dan larangannya didunia ini. Itulah sebagai tanda kita berterima kasih dan bersyukur kepadaNya kerna dikurniakan pelbagai nikmat di dunia ni.
Akhir sekali, lakukanlah ucapan terima kasih itu dengan hati yang ikhlas jangan pula anda rasa terpaksa untuk lakukannya. Jika anda mengucapkan ucapan terima kasih itu dari hati yang ikhlas, ia juga akan memberi kebahagiaan kepada diri anda juga. Tanpa rasa ikhlas ini, ucapan terima kasih anda tidak membawa sebarang makna kepada diri anda dan juga orang lain. Orang lain pun akan nampak pada diri anda jika anda terpaksa untuk mengucapkan ucapan terima kasih.
Terima kasih ….ucapan yang sederhana sangat.. tetapi bermakna sangat……
betul tu..tak susah pun ucap terima kasih ni.. 🙂
berterima kash sbga tanda kita menghargai pemberian dari si pemberi tersebut..hehee
harap tidak untuk mengucapkan terima kasih kepada suri kerana sudi menjenguk blog ini..hehe 🙂
sakit hati bila ke mana2 kaunter pastu taktau ucap trima kasih
.-= Wan Perlis´s last blog ..Mengimbau Kenangan Cuti Sekolah =-.
sakit jugak kan kalau wat macam tu..tak reti nak ucap terima kasih..hehe
kita selalu berterima kasih kat orang. tapi ada ke orang nak ucapkan terima kasih kat kita? cittt…
.-= zahida´s last blog ..Saya akan bertukar hosting =-.
ada je orang yang baik hati atas dunia ni..yg jenis tak reti ucap terima kasih pun ada..hehe
tak susah pun sebenarnya nak ucapkan terima kasih…
.-= zik´s last blog ..Piala Dunia tanpa Drogba, Ferdinand =-.
terima kasih bro zik..hehe