Posted on Leave a comment

Netizen Boleh Undi Nama Bakal Kereta Baharu PROTON

PROTON bakal keluarkan model SUV pertama mereka. Dihasilkan bersama rakan strategiknya dari China iaitu Geely, dijangka kemunculan pertamanya adalah pada hujung tahun ini.

Walau bagaimanapun, SUV pertama PROTON ini masih lagi belum mempunyai nama rasmi. Proton telah membuka undian dalam talian untuk para netizen mengundi nama SUV ini. Bermula Isnin, 2 April 2018, undian dalam talian ini akan berlangsung selama satu bulan menerusi laman Facebook rasmi PROTON.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa, berkata pihaknya ingin berkongsi bersama rakyat Malaysia peristiwa bermakna ini kerana SUV baharu itu juga adalah simbol pencapaian untuk Malaysia.

Baucar bernilai RM100,000 akan dibahagikan kepada para peserta sebagai tanda penghargaan manakala lima pemenang utama akan dipilih berdasarkan makna terbaik yang diberi. Hadiah lain seperti undangan eksklusif VIP pada majlis pelancaran serta akan diberi penghormatan untuk menjadi antara orang pertama memandu uji SUV ini.

Keluaran PROTON ini merupakan SUV premium pertama bagi segmen C yang dihasilkan oleh jenama automotif Malaysia dan akan dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri seperti sistem keselamatan pasif, aktif dan kognitif yang kebiasaannya hanya ada pada kereta premium lain.

Ada 4 pilihan nama, sebab memilih nama tersebut serta cadangan nama alternatif lain, boleh undi di PROTON.

Apemazing
Apemazing.com

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *