Pandangan Umum Mengenai Lelaki

Lelaki…banyak yang kita selalu dengar tentang mereka yang bernama lelaki ni. Dari rumah hinggalah ke tempat-tempat kerja, di kedai-kedai makan dan banyak lagi tempat yang seorang lelaki suka melepak. Mesti setiap dari anda mempunyai pandangan yang berbeza tentang lelaki ni kan. Di sini saya nak kongsikan beberapa pandangan umum mengenai lelaki ni.

1) Seorang yang bernama lelaki itu sentiasa berdaya saing, mereka akan cuba untuk menjadi lebih hebat daripada lelaki-lelaki lain. Mereka yang bernama lelaki ini jarang sekali mudah-mudah untuk mengaku kalah. Contohnya dalam pekerjaan mereka akan sentiasa cuba untuk menjadi lebih baik dari orang lain. Mereka akan berusaha untuk menunjukkan segala kebolehan yang mereka miliki supaya mereka akan sentiasa menjadi yang terbaik. Anda pula bagaimana?

2) Orang lelaki ini sentiasa mempunyai rasa tanggungjawab terhadap terhadap ahli keluarganya terutamanya dari segi kewangan. Mereka akan sentiasa cuba untuk melakukan sebarang kerja di luar rumah dengan bersungguh-sungguh walaupun kerja itu berat untuk dilakukan. Tetapi bila berada dirumah mereka hanya melakukan kerja-kerja rumah dengan tidak cekap dan berat hati dan sentiasa berharap ada orang datang tolong. Betul ke tak ni ye?

3) Mereka melakukan sesuatu kerja kerana mahu menyelesaikan masalah tersebut dan bukan hanya sekadar untuk mendapat pujian dari kerja yang dilakukan. Bagi seorang lelaki jika kerja-kerja yang dilakukan dapat dilakukan dengan sempurna, itulah adalah satu kepuasan bagi mereka. Orang nak bagi pujian itu perkara yang kedua. Kalau tak bagi pujian pun tak apa janji puas dapat siapkan kerja..

4) Bagi lelaki yang mempunyai pasangan mereka selalu merasa bebas untuk mencari pasangan lain. Tapi mereka akan merasa sangat cemas dan bimbang sekiranya pasangan meraka cuba melakukan perkara yang sama. Tak tahu nak cakap macam mana pasal ni. Pandai-pandai la jaga diri..hehe..

5) Lelaki juga sangat mudah untuk merasa sedih jika tapi mereka jarang sesekali mudah untuk menangis. Pandangan luar lelaki kadang-kadang tidak menunjukkan perasaan sebenar dalam diri mereka. Kat luar tengok lain tapi kat dalam hati pula lain. Mereka juga suka memendam perasaan sorang-sorang payah sekali nak berkongsi masalah ni. Kalau berkongsi pun mesti dengan orang yang mereka betul-betul rapat.

6) Mereka selalu bertindak balas mengikut apa yang mereka yang dipandang dan bukannya apa yang didengar. Orang lelaki lebih mudah untuk memahami daripada menghafal. Orang lelaki juga lebih handal dalam matematik. Kalau pasal kira-kira ni terutamanya pasal wang ni serah je kat orang lelaki ye..hehe

7) Orang lelaki ni mempunyai keinginan yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu. Dan perasaan ingin tahu mereka dalam sesuatu perkara juga adalah tinggi. Mereka ni lebih aktif, dominan, tidak mudah emosi dan berani tapi agak kurang berminat untuk menolong orang lain..

Semua ini hanya pandangan umum saja mengenai lelaki. Kalau ada yang bersifat negatif tu bukan semua lelaki begitu. Hanya sesetengah saja yang macam tu.  Ianya bukan bersifat kekal kerana ia boleh jadi juga berubah mengikut keadaan masa dan juga tempat. Anda mesti mempunyai pandangan anda sendiri kan? anda juga boleh kongsikan pandangan anda…

    1. suri 11/05/2010
    2. zik 09/05/2010
    3. imran 09/05/2010
      • Thoha Sukses 10/05/2010
    4. RasaHatiku 08/05/2010
      • Thoha Sukses 10/05/2010

    Leave Comments