Posted on Leave a comment

Panduan Asas Domain

Anda pernah dengar apakah itu domain? Mungkin ramai yang pernah dengar tapi ramai juga yang masih tidak tahu apakah itu domain sebenarnya. Jika anda sudah biasa dengan melayari internet, setiap kali apabila anda melayari internet itu anda sebenarnya telah bermain dan berjumpa dengan domain itu. Domain adalah satu nama khusus bagi sebuah laman web atau blog. Seperti yang anda dapat lihat di blog saya ini www.layarsukses.com itulah nama domain blog saya ini. Biasanya orang memanggil domain ini dengan panggilan URL (Universal Resource Locater). Kalau cakap domain mungkin tak kenal tapi bila cakap URL mesti ramai yang kenal.

Nama domain diletak dalam alamat web browser di http://www.domain.com. Selepas itu anda dapat mengakses laman web yang menggunakan nama domain itu walau di mana sahaja anda berada. Nama domain adalah berbeza bagi setiap laman web itu. Tiada satu pun dari mana-mana laman web yang mempunyai nama domain yang sama. Sebab itulah nama domain adalah penting bagi setiap laman web itu. Contohnya beberapa laman web yang mempunyai nama domain yang terkenal adalah seperti www.google.com, www.yahoo.com, www.facebook.com dan banyak lagi.

Kenapa anda perlu mempunyai nama domain anda sendiri? Jika anda mempunyai sebuah laman web maka nama domain adalah penting bagi laman web anda itu. Antara sebab-sebab utama anda perlu mempunyai nama domain anda sendiri adalah:

1)    Keuntungan sepenuhnya milik anda

Jika laman web anda adalah web yang menjalankan sebuah perniagaan maka nama domain anda sendiri adalah menentukan keuntungan perniagaan anda. Ini kerana jika anda menggunakan nama domain percuma dimana-mana laman web percuma maka laman web anda akan banyak dipenuhi dengan iklan-iklan dari penyedia laman web percuma itu. Bila pelawat klik iklan tersebut maka pelawat akan keluar dari laman web anda dan masuk laman iklan tersebut. Di situ anda telah kerugian kerana pelawat telah keluar dari laman web anda. Jika anda mempunyai domain anda sendiri maka laman web anda itu adalah 100% milik anda dan 100% juga keuntungan dari laman web anda itu adalah milik anda.

2)    Teknik SEO yang berkesan

SEO adalah Search Engine Optimization. Nama domain adalah penting bagi SEO. Teknik SEO adalah penting bagi memastikan laman web anda mudah  diindeks oleh enjin pencari seperti Google, Yahoo, MSN dan sebagainya. Enjin pencari akan mengindeks sesebuah laman web bermula dari nama domain domain itu sendiri dan halaman utama laman web itu. Jika anda menggunakan perkhidmatan laman web percuma maka nama domain anda akan menjadi panjang dan akan lambat diindeks oleh enjin pencari. Maka, dengan memiliki nama domain anda sendiri laman web anda akan cepat diindeks oleh enjin pencari dan pelawat akan lambat mengakses laman web anda.

3)    Meletakkan ke laman web direktori

Perkhidmatan laman web direktori adalah penting bagi meningkatkan jumlah pengungjung yang ramai ke laman web anda dan membolehkan laman web anda cepat diindeks oleh enjin pencari. Anda boleh meletakkan nama domain anda di sesebuah laman web direktori unt uk meningkatkan trafik ke web anda. Namun begitu, tidak semua laman web direktori utama membenarkan anda meletakkan perkhidmatan web percuma di laman web direktori mereka. Maka anda juga yang rugi kerana tidak dapat menarik lebih ramai trafik ke web anda.

4)    Membina kredibiliti

Dengan mempunyai nama domain sendiri secara tidak langsung anda telah membina kredibiliti anda sendiri. Ini kerana jika anda mempunyai sebuah perniagaan diinternet maka pelanggan anda akan merasa lebih yakin untuk berurusan dengan anda kerana mereka yakin yang anda mempunyai satu perniagaan yang kukuh dan mempunyai nama sendiri. Apabila anda menggunakan perkhidmatan yang semuanya percuma maka pelanggan akan ragu-ragu dengan anda kerana mereka merasakan yang anda tidak serius dalam perniagaan anda. Mereka juga tidak yakin dengan anda kerana merasakan yang anda tidak mampu untuk memiliki nama domain sendiri.

5)    Lebih professional

Sebenarnya dengan mempunyai nama domain sendiri anda akan nampak lebih professional. Ini kerana jika pelanggan ingin berurusan dengan anda maka mereka akan menghubungi anda dengan email yang berakhir dengan nama domain anda. Contohnya: admin@namadomain.com dan banyak lagi. Ini akan memudahkan pelanggan untuk berurusan dengan anda serta memudahkan anda untuk menguruskan email-email yang diterima dari pelanggan.

Sebagai kesimpulan, diharapkan penulisan kali ini dapat memberikan anda panduan tentang domain dan kelebihan mempunyai nama domain sendiri. Dengan mempunyai domain anda sendiri anda sebenarnya mempunyai banyak kelebihannya. Jadi saya syorkan anda untuk mendapatkan nama domain anda sendiri di NETKL Network. Anda boleh mendapatkan nama domain anda sendiri pada harga yang sangat berpatutan. Klik disini untuk dapatkan nama domain anda.

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *