Posted on 21 Comments

Panduan Asas Paypal Yang Perlu Dimiliki

Salam Sejahtera 🙂

Kalau sebut perniagaan internet, nama Paypal pasti akan disebut paling kurang sekali. Agaknya mengapa? Mudah sahaja jawapannya, sebab akaun Paypal amat mudah untuk dibuka dan digunakan. Walaupun perbincangan mengenai Paypal begitu banyak di Internet, namun anda setuju jika saya katakan, begitu banyak maklumat yang sudah tidak relevan lagi. Perbincangan pula berterabur tidak tersusun rapi, menyebabkan anda pening kepala untuk memahami sesuatu perkara berkaitan Paypal.

Kita sering mendengar orang berbicara mengenai Paypal dan perlu menggunakannya. Persoalannya, mengapa perlu menggunakan Paypal (memiliki akaun Paypal). Diantara kelebihan dan kebaikan memiliki akaun Paypal yang verified adalah:

1. Boleh menerima bayaran daripada pelanggan dari seluruh dunia. Anda tidak akan dapat kelebihan ini jika hanya menggunakan akaun bank sahaja untuk menerima bayaran bagi jualan anda di Internet. Akibatnya, anda hilang pelanggan berpotensi!

2. Cajnya rendah. Tiada yuran setup dan tiada bayaran tahunan atau bulanan seperti mana perkhidmatan yang lain. Di Paypal, anda hanya dicaj apabila menerima bayaran sahaja dan apabila mengeluarkan wang ke akaun bank anda.

3. Cepat digunakan. Untuk membuka akaun, dalam beberapa minit sudah siap. Berbeza dengan aplikasi lain, ia mengambil masa untuk setup itu dan ini. Malah, Paypal juga menyediakan kemudahan untuk membuat “Button Buy” yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja walau tiada kemahiran IT yang tinggi.

4. Kredibiliti. Paypal adalah di antara payment processor Online yang terbaik di Internet. Ia digunakan oleh kebanyakan pihak perniagaan dan individu. Jika anda meletak pilihan bayaran melalui Paypal, pembeli anda tidak akan meragui proses pembelian melalui kad kredit mereka. Selamat dan dipercayai.

5. Boleh berniaga di Ebay. Tidak menggunakan akaun Paypal untuk berniaga di Ebay umpama tidak cukup syarat berbisnes di Ebay. Paypal adalah milik Ebay. Pada tahun 2010, pihak Ebay telah menambah fungsi di Ebay.com.my iaitu peniaga di Ebay Malaysia boleh menerima bayaran melalui Paypal.

Itulah dia di antara sebab mengapa kita memilih Paypal berbanding perkhidmatan yang lain. Tidak dinafikan kemudahan lain juga ada kelebihan masing-masing. Maka begitu juga Paypal, ia juga ada kelebihannya yang sendiri. Belum memiliki akaun Paypal? Tidak perlu pening kepala bertanya di sana sini atau mencari informasi dengan sendiri di Internet. Panduan ini boleh membantu anda. Sesebuah produk informasi seperti ebook akan dikatakan berkualiti jika ia mempunyai beberapa ciri seperti mudah difahami dan tidak berbelit-belit.

Begitulah ebook Panduan Asas Paypal di mana ia sebaik mungkin telah dihasilkan dengan penerangan yang teliti dan ayat yang mudah difahami. Daripada banyak-banyak sebab, di sini diberikan empat sebab mengapa anda perlu mendapatkan panduan ini:

Sebab 1: Mudah difahami dan tersusun

Penerangan tidak terlalu teknikal, bahasa mudah difahami dan isi kandungannya tersusun rapi.

Sebab 2: Langkah demi langkah

Tidak berguna sesebuah bahan informasi jika ia hanya sekadar celoteh sahaja tanpa menunjukkan bagaimana melakukannya. Ebook Panduan Asas Paypal adalah ebook “How To”, selain penerangan ringkas.

Di dalam ebook ini, kebanyakan langkah disertakan dengan paparan imej agar pembaca nampak dan tahu tindakan yang perlu dilakukan.

Sebab 3: Kandungan terkini

Kebanyakan maklumat mengenai Paypal di kebanyakan laman web sudah tidak relevan. Sesuatu maklumat cepat berubah mengikut masa, termasuklah polisi oleh pihak Paypal. Ebook yang diterbitkan ini (pada masa ia ditulis) adalah 100% selaras dengan polisi terkini pihak Paypal, terutama untuk pengguna Malaysia.

Sebab 4: Video penerangan ringkas

Bagi mereka yang tidak faham dalam bentuk bacaan, boleh kukuhkan kefahaman dengan mendengar penerangan melalui video yang disediakan. Walaupun video ini ringkas, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat membantu proses kefahaman.

Sebagai kesimpulan, tidak perlu peningkan kepala atau menghabiskan masa berharga anda untuk mencari maklumat mengenai Paypal ini. Dapatkan sahaja panduan asas paypal ini dan ikut sahaja langkah demi langkah yang diberikan. Malah dalam satu hingga dua hari pun sudah boleh siapkan proses pendaftaran dan pengesahan akaun Paypal.

Dapatkan panduan asal paypal ini dengan beserta material-material tambahan yang disediakan bersama seperti video penerangan ringkas. Video ini adalah bahan tambahan sahaja agar apa yang dibaca pada ebook akan lebih difahami. Dijamin anda berpuas hati dengan produk yang tiada hype ini. Apa yang anda baca, itu yang anda dapat. Semoga penerangan ringkas ini dapat membantu.

P/s: Dengan merujuk panduan ini, sebahagian persoalan mengenai Paypal akan terjawab. Ianya mudah, cepat dan berkesan. 😀

JOM SHARE

21 thoughts on “Panduan Asas Paypal Yang Perlu Dimiliki

  1. oh gitu?
    hik3..
    xde akaun tu

    1. begitulah..hehe
      tak ada mungkin nanti akan ada jugak.. 🙂

  2. kadang2, walaupun benda tu bagus giler tapi masih belum diperlukan xdibelu juga.. hehe.. insyaAllah jika sudah sampai seru, belilah ebook tu.. rasanya ada simpanan pasal ebook asas paypal.. tapi xupdate..

    1. betul apa yang bro cakap ni..kalau rasa panduan berguna dan hendak digunakan sekarang boleh dapatkan..tapi kalau rasa tidak memerlukan lagi sekarang tidak perlu beli lagi..jangan tergesa2 dalam membuat keputusan.. 🙂

  3. masih takda akaun paypal… kena buat jga nie…

    1. buat jangan tak buat..hehe

      1. kena daftarlah cmni hehee..

        1. daftar la kalau suri rasa perlu..hehe

  4. Dengar kata hujung tahun nie ada maxis-paypal

    1. satu perkembangan yang baik ni..banyak kelebihannya nanti guna paypal ni..

  5. info yang bermanfaat ni bro…ada jugak akaun ni, cuma tak aktif aje ngehehe 😀

    1. oh ok la tu kalau dah ada akaun paypal ni walaupun tak aktif..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *