Panduan Buat 3D Guna 3D Google Sketchup

Salam sejahtera.

Kalau sebut saja mengenai Google, siapa la yang tak kenal kan? Sebuah syarikat gergasi dalam bidang IT yang sangat Berjaya pada masa kini. Kita kenal Google melalui enjin cariannya yang sangat popular iaitu google.com. Kita juga tahu Google mempunyai beberapa produk-produk lain yang terkenal di internet seperti Youtube, Blogspot, Gmail, Google Adsense dan banyak lagi.

Tetapi apabila sebut saja tentang 3D Google Sketchup, mesti masih ramai yang tak tahu kan. Mungkin ada yang sudah tahu mengenainya dan telah pun menggunakannya. Tapi bagi mereka yang tak tahu guna 3D Google Sketchup mesti semua mula berfikir untuk apa ya menggunakan program tersebut? Boleh buat duit ke dengan benda ni? Ada manfaat ke untuk diri saya jika saya menggunakannya?

Pengenalan kepada 3D Google Sketchup

Google Sketchup adalah sebuah program 3D yang dibuat untuk digunakan oleh ramai profesional seperti arkitek, jurutera, pembuat filem, pembuat game, grafik designer dan juga profesion lain yang berkaitan. Google Sketchup mempunyai U.S. Patent 6,628,279 dalam penggunaan teknologinya, Push and Pull (Tekan dan Tarik) serta pernah memenangi beberapa anugerah perisian terbaik termasuklah Community Awards 2000.

Kunci kejayaan awal kepada Google Sketchup adalah berdasarkan kepada masa yang diperlukan untuk mempelajari Google Sketchup adalah lebih singkat jika nak dibandingkan dengan program 3D yang lain. Itulah kelebihan yang telah menarik minat ramai pengguna untuk menggunakan 3D Google Sketcup ini.

3D Google Sketchup ini sesuai digunakan oleh pelbagai golongan terdiri daripada:

  1. Professional seperti Arkitek, Jurutera, Designer, Kontraktor
  2. Tenaga pengajar seperti guru sekolah, guru tuisyen.
  3. Pelajar sekolah Rendah dan Menengah serta Universiti
  4. Pereka cipta(graphic designer)
  5. Usahawan internet dan ramai lagi..

Apa yang professional boleh buat dengan 3D Google Sketchup?

  • Mereka bentuk projek/ bangunan skala kecil dan besar dengan saiz sebenar bernilai jutaan ringgit
  • Membuat ilustrasi/ visual mengenai construction
  • Merancang/ mendapat gambaran projek sebelum dilaksanakan untuk mengurangkan kos/mengelakkan kerugian
  • Untuk presentation kepada client
  • Menghasilkan visual seperti realiti

Jika anda bukan dari golongan professional, apa yang anda boleh buat dengan 3D Google Sketchup

Namun begitu jika anda adalah bukan dari golongan professional, sama ada anda masih belajar atau telah bekerja. Sebenarnya anda juga boleh belajar guna 3D Google Sketcup ini kerana ianya boleh digunakan oleh semua orang tidak kira apa sahaja yang anda lakukan. Apa yang anda boleh lakukan dengan menggunakan Google Sketcup adalah:

1. Membuat rekaan grafik

Anda boleh menghasilkan rekaan grafik sendiri yang hebat. Anda boleh membuat apa sahaja design grafik secara 3D. Ianya boleh digunakan untuk menghasilkan design tshirt, design minisite, ecover 3D, icon, wallpaper, banner dan apa sahaja yang berkaitan dengan grafik design. Untuk jadikan grafik lebih hebat, boleh dimasukkan ke Adobe Photoshop atau Illustrator. Ini secara tak langsung boleh meningkatkan jualan produk dengan grafik 3D mengagumkan yang menarik perhatian.

2. Membuat pembentangan(presentation)

Aplikasi animasi mudah yang terdapat dalam Google Sketchup ini boleh digunakan oleh anda untuk membuat pembentangan sebuah projek, assignment, dan lain- lain yang berkaitan dengan visual 3D yang boleh membuatkan orang yang melihatnya merasa kagum dengan hasil kerja anda.

3. Mereka cipta produk

Anda boleh lakarkan idea anda dan mendapat gambaran dengan menghasilkan produk dengan ukuran sebenar yang boleh dikomersialkan seperti menghasilkan perabot, struktur besi, modifikasi komponen kereta dan sebagainya. Ianya mengikut kreativiti anda sendiri.

4. Membuat hiasan dalam/ ubahsuai rumah/ kedai/ pejabat

Percayalah yang anda mampu buat 3D rumah anda sendiri dan buat dekorasi rumah mengikut kreativiti yang anda mahukan seperti masukkan perabot, hiasan dinding, karpet dan sebagainya. Selepas anda mendapat gambaran, barulah anda keluarkan bajet untuk semua itu dan nikmatilah hasil kreativiti yang anda reka sendiri. Jangan risau kerana dengan perisian ini anda dapat membuat model 3D mengikut ukuran sebenar.

5. Membuat model papercraft

Boleh menghasilkan seni lipatan kertas (papercraft) dengan 3D kemudian boleh diprintkan dan dibina. Sangat mudah untuk melakukannya.

6. Menghasilkan idea-idea kreatif

Anda boleh buat apa sahaja bentuk yang anda inginkan, keluarkan idea mengikut kreativiti yang datang daripada imaginasi anda sendiri dan hasilkan satu rekaan yang kreatif dari idea tersebut.

Ringkasan tentang kelebihan menggunakan 3D Google Sketcup:

  • Membuat 3D dengan grafik yang memukau
  • Mudah untuk mereka bentuk Menjimatkan masa mereka bentuk
  • Menjimatkan wang (elakkan kesilapan sebelum membuat produk sebenar)
  • Membuat inovasi/ mencipta produk- produk baru
  • Meningkatkan kreativiti/ idea
  • Membuat presentation dengan mudah dan dapatΒ  menarik perhatian orang seperti client/ pelajar
  • Menyelesaikan masalah ruang dengan mudah
  • Boleh buat duit dengan design.

Anda boleh buat apa sahaja bentuk yang anda inginkan, keluarkan idea mengikut kreativiti yang datang daripada imaginasi anda sendiri dan hasilkan satu rekaan yang kreatif dari idea tersebut.

Ada begitu banyak sebenarnya kegunaan perisian hebatΒ 3D Google Sketcup ini. Memang tak sangka semua orang boleh menggunakannya. Cuma mereka yang benar-benar nampak akan peluang untuk menghasilkan satu hasil kerja yang hebat tidak akan melepaskan peluang tersebut.

Tetapi sebelum itu, anda perlu mempelajari, memahami serta memahirkan diri dalam penggunaan perisian hebat ini. Mungkin ini panduan khas 3D Untuk Semua yang dapat membantu anda dengan cepat dan mudah malah menyeronokkan. Jika anda belajar sendiri menggunakan 3D Google Sketcup tanpa merujuk kepada panduan 3D Untuk Semua ianya mungkin sedikit sukar dan akan mengambil masa. Klik di sini untuk mendapatkan panduan hebat ini.

    1. suri 17/12/2010
      • Thoha Sukses 17/12/2010
    2. MR.Z 17/12/2010
      • Thoha Sukses 17/12/2010
    3. firdaus 17/12/2010
      • Thoha Sukses 17/12/2010
    4. etomyam 16/12/2010
      • Thoha Sukses 17/12/2010
    5. hafizmd 16/12/2010
      • Thoha Sukses 17/12/2010

    Leave Comments