Posted on 7 Comments

Pengalaman Kena Denda Di Sekolah

Assalamualaikum.

Bila di imbas kembali pengalaman di sekolah dahulu memang banyak. Tapi pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah pengalaman kena denda di sekolah. Ada banyak pengalaman kena denda di sekolah dahulu. Tapi saya cuma akan kongsikan setakat mana yang saya ingat saja. Bila di fikirkan balik rasa kelakar pun ada sebab ia adalah pengalaman hidup saya sendiri semasa belajar di sekolah. Kalau cerita kat orang lain mungkin tak kelakar bagi mereka. Setiap orang ada pengalaman kena denda masing-masing semasa belajar di sekolah dahulu.

Tak sangka cepat betul masa telah berlalu. Zaman persekolahan telah meninggalkan saya banyak kenangan indah yang tidak akan dilupakan. Ada kenangan yang manis dan ada juga kenangan yang pahit seperti pengalaman kena denda di sekolah. Semuanya telah menjadi memori yang paling indah dalam hidup ini. Ianya mengenai kehidupan diri saya sendiri. Bagaimana saya belajar semasa sekolah dahulu.

Sekarang saya akan mula bercerita secara ringkas mengenai pengalaman kena denda di sekolah. Yang paling saya ingat dan terlintas di fikiran saya sekarang ni adalah pengalaman kena denda semasa saya sekolah rendah di darjah 4 dahulu. Kalau tak silap peristiwa ni berlaku masa tahun 1999. Pada masa ni permainan yang paling popular dikalangan kawan-kawan sekolah saya adalah permainan guli. Permainan orang kampung yang popular masa ni. Zaman sekarang susah dah kot nak jumpa budak-budak main guli.

Nak dipendekkan cerita, pada waktu subjek matematik kalau tak silap. Saya ingat lagi nama cikgu yang mengajar saya matematik adalah cikgu Khairul. Cikgu ni agak kelakar juga orangnya tapi kadang-kadang boleh serius jugak. Pada waktu kelas dia hari tu kami telah diberikan kerja sendiri untuk dilakukan. Cikgu tak ada dalam kelas memang satu keseronokan sebab boleh buat aktiviti yang saya suka. Apa lagi saya dan seorang lagi rakan saya mengambil kesempatan ini untuk bermain guli di belakang kelas. Orang lain sedang sibuk buat kerja sekolah tapi kami pula dok bermain guli bila tak ada cikgu. Memang terbaiklah.

Orang kata langit tak selalu cerah. Tengah seronok-seronok dok tengah main guli tu tiba-tiba dengar ada orang menjerit kepada kami. Rupa-rupanya cikgu dah masuk dalam kelas. Apa lagi kena marah dengan cikgu la jawabnya sebab tak buat kerja tapi dok bermain guli. Jadi, sebagai denda saya dan seorang lagi rakan saya perlu bermain guli sepanjang masa cikgu tu diluar kelas. Kata cikgu, main la guli tu puas-puas. Apa lagi bermulalah denda kami dengan bermain guli kat luar kelas.

Kalau tak ada orang tengok kami kena denda tak apa. Memang seronok gak dapat main guli tapi ni ramai pelajar kelas lain yang tengok kami kena denda dengan cikgu. Mood seronok bermain guli dah hilang masa tu. Main guli kat tengah panas masa orang lain semuanya sedang belajar dalam kelas. Malu sangat-sangat kot kena denda masa tu.  Ada je budak-budak lain yang dok gelakkan kami  kenda denda tapi saya buat tak tahu jelah. Terpaksa tahan je rasa malu kena denda tu. Lepas kejadian hari tu serik dah tak main guli masa dalam kelas takut kena denda lagi. Tapi semangat dan minat main guli tidak pernah sama sekali luntur masa tu.

Kalau nak ikutkan banyak lagi pengalaman kena denda di sekolah dulu. Contohnya kena berdiri atas kerusi, kena berdiri kat luar kelas, kena cubit perut, kena tarik telinga dan banyak lagi. Masa zaman budak-budak dulu memang tidak terlepas dari kenakalan. Pengalaman kena denda di sekolah ini menjadi satu pengalaman yang ingseat diingati sampai bila-bila. Mungkin semasa kena denda tu saya berasa marah. Tapi bila di fikirkan balik ianya satu pengalaman hidup yang sangat berharga. Ia mengajar diri kita banyak perkara. Setiap kesalahan itu ada pembalasannya. Bila kita buat baik kita tak akan kena denda.

Pengalaman semasa zaman sekolah dulu memang indah. Pengalaman kena denda, pengalaman mendapat hadiah, pengalaman bergaduh dengan kawan dan banyak  lagi pengalaman lain. Semua pengalaman ini adalah sebahagian dari hidup kita. Ianya tentang pengalaman diri kita semasa belajar di sekolah. Memang waktu sekolah ni sangat seronok dapat bermain dengan kawan-kawan di sekolah. Tapi hari ni mereka semua telah membawa haluan masing. Tapi pengalaman dan kenangan yang ada bersama dengan mereka akan diingati sampai bila-bila.

– –

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma, Contengconteng.com, LelakiAcai.com, Ohbuku, Abrablog.com dan PanduanTNX.com

JOM SHARE

7 thoughts on “Pengalaman Kena Denda Di Sekolah

  1. budak lelaki memang suka main guli. Kalau menang guli banyak, kumpul penuh 1 balang besar

  2. Berdiri atas kerusi, kena berdiri kat luar kelas, kena cubit perut, kena tarik telinga adalah antara hukuman dulu2.. pengalaman pahit manis tu 😀

    1. Betul tu bro..Pengalaman pahit dan manis yang tidak akan dilupakan sampai bila2.. 🙂

  3. Sebab tu kadang2 terlintas kat kepala, “kan bagus kalau bleh pusing masa ke zaman sekolah dulu”… asyik main je, tak ingat benda lain. Sekarang penuh dengan tjawab 🙁

    1. nak pusing klo blh tpi masalanya tak blh ar huhu..nak terika tak blh melainkan blh imbas kembali jer heeee

      1. Yup.. masa memang tak boleh dipusing kembali..kita hanya mampu mengimbas je masa yang lalu.. 🙂

    2. Betul tu. Bila ingat balik masa zaman sekolah dulu hanya tahu nak seronok je. memang best sangat. Tapi hidup perlu diteruskan.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *