Posted on 3 Comments

Penipuan Di Internet

Pada hari ini terdapat begitu banyak jenis penipuan di internet. Tujuan post saya ini adalah untuk menerangkan kepada anda semua penipuan yang terdapat di internet pada masa sekarang. Elakkan diri anda dari menjadi mangsa penipuan internet ini. Terdapat bermacam jenis penipuan yang berlaku di internet pada hari ini kerana ianya beroperasi secara senyap dan sukar untuk dikesan oleh pihak berkuasa.

Banyak bentuk penipuan internet pada hari ini yang sanggup menggunakan ayat-ayat al-Quran bagi mengaburi mata orang ramai seperti anda. Ia adalah kononnya berkonsepkan sedekah antara sesama saudara seagama bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan kewangan. Malah ada yang menunjukkan beberapa testinomial kononnya dari peserta yang telah berjaya dengan program itu. Ada juga yang kononnya seorang ustaz telah berjaya mendapat hasil dari program sedekah itu.

Orang ramai yang tidak berfikir panjang mesti tidak akan teragak-agak untuk menyertai program sedekah sebegitu kerana percaya kepada ayat-ayat al-Quran yang ditunjukkan dan daripada testimonial seorang ustaz yang senang-senang boleh direka-reka oleh sesiapa sahaja. Anda jangan mudah percaya seorang ustaz yang menyertai program sedekah itu. Ia hanya mungkin direka-reka oleh mereka yang tidak bertanggung jawab untuk mengaburi mata orang ramai.

Kalau dahulunya program penipuan berbentuk sedekah sesama saudara seagama islam ini berbentuk sebaran melalui kertas-kertas yang telah disalin dalam jumlah yang banyak dan diedarkan kepada orang di masjid-masjid, pasar-pasar, dan tempat-tempat yang mempunyai ramai orang. Tetapi pada masa sekarang ianya lebih maju lagi seiring dengan zaman sains dan teknologi. Program ini mula menggunakan internet sebagai medium baru untuk menjalankan penipuan mereka. Ianya dihantar dalam bentuk email kepada orang ramai yang mempunyai email seperti anda. Selepas anda menyertai program mereka anda perlu menghantar email tersebut kepada kawan-kawan anda ataupun orang-orang yang anda kenal. Selepas itu tunggu duit sedekah masuk dari orang yang menyertai program itu selepas anda pula. Semakin banyak anda sebar kepada orang lain semakin tinggi peluang anda untuk menjadi kaya. Tapi itu semua satu penipuan besar belaka.

Konsep program penipuan sedekah ini cukup mudah. Ianya mempunyai beberapa ‘level’. Orang yang baru ingin menyertai akan diletakkan nama mereka di kedudukan yang terbawah sekali. Tapi sebelum mereka boleh memasukkan nama mereka kedalam senarai itu mereka perlu menyedekahkankan sejumlah wang kedalam akaun bank peserta yang mempunyai kedudukan nama paling atas sekali. Ini kerana peserta di kedudukan teratas itu telah menyertai program itu terlebih dahulu. Selepas  menyedekahkan sejumlah wang kedalam akaun bank peserta di kedudukan teratas, nama peserta teratas itu akan dibuang dan digantikan dengan peserta baru tetapi peserta yang baru menyertai program itu akan diletakkan namanya di kedudukan paling bawah sekali. Kononnya perlu mengikut giliran baru boleh jadi peserta paling atas. Begitulah seterusnya sampai tunggu duit sedekah datang terbang.

Biasanya jumlah wang yang perlu disedekahkan untuk menyertai program penipuan sedekah sebegini adalah cukup murah dalam RM30 je. Anda pun mampu kalau setakat RM30. Inilah yang menyebabkan ramai orang sanggup untuk menyertai program penipuan sebegini kerana risiko cukup kecil. Kalau duit ‘burn’ tak kisah sangat sebab RM30 je tak banyak pun. Biasanya program sedekah sebegini telah menetapkan berapa jumlah yang perlu disedekahkan oleh peserta yang baru ingin menyertainya. Kalau dah perlu ditetapkan berapa jumlah yang perlu dibayar bukan derma lagi jadinya kira yuran penipuanlah senang. Orang kalau nak sedekah ni tak kisah berapa jumlah pun janji ikhlas. Kebanyakan peserta yang menyertai pun bukannya ikhlas untuk sedekah tapi hanya untuk kepentingan diri iaitu mahu jadi kaya cepat.

Jadi dengan penulisan artikel pada kali ini diharap ia dapat membuka mata anda tentang bentuk penipuan yang terdapat di internet pada masa sekarang. Anda jangan mudah tertipu dengan begitu banyak penipuan yang ada di internet pada masa sekarang. Yang saya tulis ini hanyalah salah satu daripadanya. Kalau anda mahu jadi kaya sekalipun jangan hanya fikir mahu jadi kaya dengan cepat tetapi anda perlulah berusaha. Dan rezeki itu akan datang melalui usaha anda. Jangan hanya berkonsepkan 4D ‘Duduk Diam Duit Datang’ untuk jadi kaya. Jangan ingat bila anda campakkan duit anda kedalam satu lubuk maka lebih banyak duit yang akan datang terbang kepada anda. Sama-samalah kita mengambil manfaat dan pengajaran supaya rezeki yang kita perolehi sentiasa berkat dan diredhai oleh Allah.

JOM SHARE

3 thoughts on “Penipuan Di Internet

  1. Sedekah atau bantu sesama insan ialah ayat email yang sering saya terima. semuanya perangkap untuk masuk program mereka.

  2. Kesian juga kepada mereka yang terkena tu,kan.Lain kali hati-hatilah selalu dan jangan mudah terpedaya dengan tipudaya masa kini.

    1. betul..sekarang ni memang kena hati2 sebab mudah sangat orang nak menipu di internet..kena jd pengguna internet yg bijak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *