Posted on 17 Comments

Penurunan Berat Badan Melalui Puasa

Salam sejahtera. Bagaimana keadaan kesihatan anda semasa bulan puasa ni? Diharapkan kesihatan anda baik-baik semuanya di bulan puasa ni. Bulan Ramadhan adalah masa yang terbaik bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan mereka. Ini kerana apabila seseorang itu berpuasa, maka kadar permakanan mereka akan sedikit terkawal tidak seperti pada hari-hari kebiasaannya.

Jika pada hari-hari kebiasaan anda suka makan sampai 3 hingga 4 kali sehari tapi pada bulan puasa anda hanya akan makan 2 kali sehari sahaja iaitu semasa bersahur dan juga berbuka. Ini bermakna cara permakanan anda adalah terkawal untuk bersahur dan berbuka sahaja. Kalau pada bukan bulan puasa anda mungkin makan bila-bila masa saja yang anda suka.

Pada bulan puasa adalah sangat baik kepada mereka yang mengalami masalah berat badan. Ini kerana ia dapat membantu individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti untuk menurunkan berat badan mereka dengan cara yang sihat dan murah. Permakanan mereka hendaklah dijaga semasa berbuka. Ini kerana ramai yang tidak menjaga makan minum mereka semasa berbuka dan makan secara berlebihan tanpa memikirkan risiko dalam setiap makanan mereka ambil semasa berbuka. Jika makanan yang diambil semasa bersahur dan berbuka dijaga dengan baik, ia akan membantu untuk menurunkan berat badan secara sihat tanpa sebarang risiko.

Bagi pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi pula, ketibaan bulan puasa ini dapat menurunkan paras tekanan darah serta kandungan gula mereka dengan lebih baik. Pastikan mengambil makanan yang seimbang seperti buah-buahan, sayur-sayuran, karbohidrat, protein dan sebagainya ketika bersahur dan juga berbuka puasa. Tidak perlu makan terlalu banyak. Ketika bersahur dan berbuka puasa adalah disunatkan agar mengambil buah kurma kerana ia bertindak sebagai pembekal tenaga dalam badan manusia.

Penurunan berat badan daripada amalan puasa Ramadhan adalah berbeza dengan amalan crash diet atau cara diet untuk menurunkan berat badan lain seperti langsung tidak makan nasi tapi hanya meminum air saja. Risiko diet apabila tidak makan dalam tempoh yang terlalu lama adalah anda akan makan dengan terlalu banyak dari kebiasaan apabila mengambil makanan selepas lama berlapar. Jadi tiada hasilnya anda tidak makan dalam tempoh yang lama kerana selepas itu anda makan banyak juga. Pada bulan puasa dietnya adalah seimbang kerana anda dapat makan semasa bersahur dan juga berbuka tapi masih dapat untuk melakukan diet.

Penurunan berat badan dengan berpuasa selalunya lebih stabil di mana seseorang itu tidak akan mengalami masalah kenaikan berat badan secara mendadak sekiranya seseorang itu telah berhenti berpuasa. Puasa telah melatih tubuh manusia untuk menjaga permakanan harian mereka. Selepas puasa sekalipun kadar permakanan juga adalah terkawal kerana telah telah biasa mengambil makanan yang seimbang semasa berpuasa. Puasa juga telah mendisiplinkan diri seseorang untuk menjaga permakanan mereka.

Sungguh cantik sekali apabila bulan Ramadhan turut diiringi dengan ibadat sembahyang sunat tarawih pada sebelah malamnya. Ianya akan dapat membantu untuk mempercepatkan pemprosesan makanan yang dimakan ketika berbuka  puasa dan akan digunakan sebagai tenaga. Di samping itu, ianya juga bertindak sebagai satu cara senaman yang ringkas dan baik untuk menguatkan sistem kardiovaskular jantung dan aliran darah dalam tubuh manusia.

Tapi sebenarnya semuanya bergantung kepada seseorang itu juga untuk menjaga berat badan mereka. Jika bulan puasa ini tidak dapat memberi motivasi kepada mereka untuk berubah dan menjaga kesihatan mereka sendiri maka tiada siapa yang akan dapat membantu mereka lagi. Hanya diri kita sendiri yang mampu mengubah diri kita untuk menjadi lebih baik.

P/s: Berat badan naik masa cuti semester yang lama hari tu. Bulan puasa ni ingat nak turunkan berat badan sikit. 🙂

JOM SHARE

17 thoughts on “Penurunan Berat Badan Melalui Puasa

  1. berat badan aku sedang-sedang, harap tak menurun sangat time puasa ni..

  2. Assalamualaikum.
    Kelebihan puasa, bukan hanya ganjaran pahala dari Allah swt, tapi juga tubuh yang lebih sihat dan ‘langsing’.
    Walaubagaimanapun, perlulah di’maintain’ selepas habis ramadhan nanti.
    TQ

  3. kalau badan dah kurus, jangan lagi kurus dah la.. hehe

  4. tak pasti berat badan turu ke tak?? sebab badan memang kurus….selamat berbuka puasa bro

  5. masih belum turun lagi ni…
    risau gak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *