Posted on 1 Comment

Penyakit Lupa Dalam Diri

Kadang-kadang kita kita sering terlupa untuk melakukan sesuatu perkara yang kita perlu lakukan. Ini kerana manusia itu seorang yang pelupa. Saya sendiri pun kadang-kadang sering terlupa untuk melakukan kerja-kerja yang perlu dibuat ataupun berjanji dengan kawan-kawan. Banyak sebab terjadinya penyakit lupa ini. Antara penyebabnya adalah:

  • Makan kepala ikan. Memakan kepala ikan akan membuatkan fikiran anda menjadi lembab dan sering kali mudah lupa akan sesuatu perkara.
  • Makan organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor utk keperluan kesihatan. Apa yang membuatkan makan organ dalaman adalah tidak bagus untuk tubuh kita terutama sekali untuk otak adalah kerana kandungan darah yang banyak dalam organ dalaman tersebut.
  • Makan secara berlebihan. Janganlah memakan secara berlebihan. Makan hanya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Itu adalah sunnah nabi yang perlu kita semua ikut. Jika anda suka memakan secara berlebihan ia akan membuatkan anda terlalu kekenyangan dan membuat otak anda tidak dapat berfikir dengan baik.
  • Memakan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan anda menjadi lemah. Elakkan dari memakan makanan yang tercemar oleh semut kerana ia boleh melemahkan daya ingatan anda.
  • Suka minum air antara suapan makan anda. Kalau anda ingin meminum air minumlah sebelum atau selepas makan. Mengamalkan meminum air antara suapan tidak elok untuk kesihatan anda.

Sebenarnya ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan anda menjadi seorang yang mudah pelupa. Disini saya ingin menerangkan apakah pula keburukannya jika anda seorang yang pelupa. Keburukan penyakit lupa adalah:

1) Orang akan mula benci kepada anda. Ini boleh terjadi sekiranya anda selalu berjanji apa-apa perkara dengan orang lain tetapi anda seringkali memungkiri janji anda. Kalau hanya sekali dua anda lupa itu adalah perkara biasa. Tetapi jika anda selalu melupai janji dengan orang lain maka orang akan mula meluat dan membenci anda.

2) Kerja yang dilakukan tidak sempurna. Anda melakukan sesuatu kerja tapi kerja itu lambat atau tidak siap langsung oleh kerana anda terlupa untuk menyiapkannya. Sikap pelupa ini akan menyebabkan kerja yang anda dilakukan tidak dapat disiapkan mengikut masa yang yang sepatutnya anda disiapkan.

3) Menjadi seorang yang pemalas. Orang yang pemalas itu adalah orang yang pelupa. Mereka lupa yang sifat malas situ sifat yang buruk. Jika anda seringkali lupa untuk melakukan kerja-kerja yang sepatutnya anda lakukan ia menyebabkan anda hanya duduk berehat sepanjang masa kerana anda lupa akan kerja yang sepatutnya anda lakukan. Lama kelamaan anda akan betul-betul menjadi seorang yang pemalas sekiranya tidak mengubah sikap anda.

4) Menyusahkan diri sendiri dan juga orang lain. Apabila anda sering lupa dengan janji yang anda telah buat dengan orang lain ini boleh menyusahkan diri anda kerana anda tidak akan dipercayai oleh orang itu lagi. Jika selepas ini anda mahu meminta tolong dengan orang itu lagi untuk apa-apa perkara penting orang itu mungkin tidak mahu lagi menolong anda kerana anda seorang yang boleh dianggap penipu.

5) Akan mendapat dosa. Orang yang memungkiri janji adalah ciri-ciri orang yang munafik. Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. Empat sifat itu ialah apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkirinya dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. Janganlah kita tergolong dalam mana-mana ciri pun kerana akan mendapat dosa nanti.

Jadi sifat pelupa itu memang perlu dijauhi kerana ia mempunyai banyak keburukannya. Sikap pelupa itu akan menghilangkan perkara-perkara baik dalam kehidupan kita. Sama-samalah kita menjauhinya supaya kita semua tidak tergolong dalam ciri-ciri orang munafik.

JOM SHARE

1 thought on “Penyakit Lupa Dalam Diri

  1. postinganya keren, bisa saya taruh ga artikel ini di website saya? nanti saya link balik sumbernya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *