Posted on 37 Comments

Perkara Yang Menghalangnya Pintu Rezeki

Assalamualaikum.

Dalam kehidupan seharian, mencari rezeki adalah suatu kewajipan bagi seseorang untuk meneruskan kehidupannya. Tanpa rezeki macam mana nak makan ye tak? Sejak dari kecil kita telah melihat betapa susahnya ibu dan ayah kita keluar mencari rezeki bagi menyara kehidupan kita sekeluarga.

Tugas seorang anak adalah belajar dengan bersungguh-sungguh demi masa depan yang akan lebih terjamin untuk membantu ibu bapa mereka dihari tua kelak. Ada beberapa sebab yang menyebabkan rezeki agak sukar seperti terhalangnya nikmat rezeki dari dalam diri seseorang itu.

Jauhnya hubungan dengan pencipta

Sebagai hamba, kemana lagi tempat kita akan bergantung selain dari kepada Allah. Apabila kita mendapat musibah atau ditimpa kesusahan sudah tentu kita akan banyak berdoa kepadaNya supaya diberi kemudahan dalam melakukan setiap perkara. Cuma kita mungkin tidak menyedari yang semakin lama kita telah semakin jauh dengan Allah oleh kerana banyak melakukan dosa-dosa yang kita lakukan secara sedar ataupun tidak. Banyak melakukan dosa akan menyebabkan hubungan seorang hamba dengan tuhannya semakin jauh kerana kita telah melanggar perintah dan laranganNya.

Contohnya anda telah banyak berusaha dengan gigih untuk mencari rezeki Allah di muka bumi ni tapi anda tidak mendapat hasil yang setimpal dengan usaha yang anda lakukan. Orang lain juga telah berusaha sama seperti anda tapi hasil yang mereka dapat lebih baik daripada anda. Cuba anda fikirkan kembali bagaimana hubungan anda dengan Allah. Ini kerana kita mungkin tidak sedar yang Allah telah tarik sedikit demi sedikit nikmat rezeki dari seseorang hamba yang tidak bersyukur dan jauh dariNya.

Allah SWT berfirman bermaksud:Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan dibukakan jalan keluar baginya (dari sebarang masalah) dan akan dikurniakan rezeki dari sumber-sumber yang tidak diduga. – Surah At-Talaq ayat 2&3

 

Jauhnya hubungan dengan ibu bapa

Sebagai seorang anak hendaklah kita menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa kita. Ini kerana ibu bapa kita telah memberi jasa yang sungguh besar kepada kita sejak kita kecil hinggalah dewasa. Jasa-jasa mereka tidak mungkin kita balas dengan wang ringgit yang banyak yang cuba kita berikan kepada mereka semata-mata. Ibu bapa tidak mahukan wang ringgit dari anak-anak mereka tapi mereka cuma mahukan kasih sayang dari anak-anak apabila mereka telah tua kelak. Namun begitu pada hari ini saya lihat ramai anak-anak yang semakin melupakan ibu bapa mereka sendiri. Kerana terlalu mengejar keduniaan mereka lupa dari mana asal usul mereka.

Walau sejauh mana pun kejayaan yang telah anda miliki jangan sesekali anda lupakan kedua ibu bapa anda. Anda berjaya juga atas pengorbanan dan juga doa dari kedua ibu bapa anda. Ini kerana tanpa doa dari kedua ibu bapa anda akan hilanglah keberkatan hidup seorang anak itu. Sebagai seorang anak sekurang-kurangnya bertanyalah khabar ibu bapa anda dikampung bagaimana keadaan mereka walaupun hanya seminggu sekali. Minta kedua ibu bapa anda supaya sentiasa mendoakan kejayaan anda. Dengan berbuat baik kepada ibu bapa anda, insyaallah pintu rezeki akan lebih luas terbuka lagi.

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu-bapanya nescaya sungguh bahagia hidupnya. Allah akan panjangkan umurnya (apabila umur panjang rezeki juga bertambah).” – Hadith Riwayat Bukhari dan Hakim, daripada Mu’az bin Anaz.

Jauh hubungan sesama saudara

Hubungan kita dengan saudara mara dan dan juga sahabat kita perlu sentiasa dijaga. Ini kerana merekalah juga yang sentiasa memberi sokongan dan semangat apabila kita memerlukannya. Apabila kita mendapat kesusahan sudah tentu kita akan cuba mendapatkan pertolongan dari mereka. Dan mereka akan berusaha sedaya upaya mereka untuk menolong kita. Saudara terdekat kita iaitu adik beradik kita sendiri perlulah dijaga perhubungan dengan mereka kerana mereka telah membesar bersama-sama dengan kita sejak dari kecil lagi. Tak mustahil dengan adik beradik sendiri boleh bergaduh tapi minta dijauhkanlah semua tu kan.

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menghubungkan silaturrahim.” – Hadith Riwayat Bukhari

Selain dari doa anda sendiri dan juga doa kedua ibu bapa anda, doa dari saudara dan sahabat anda juga akan membawa keberkatan kepada anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah sentiasa menjaga perhubungan anda dengan saudara mara supaya anda akan disukai oleh mereka semua kerana sikap baik anda. Secara tidak langsung orang lain akan mendoakan anda selalu.

Tidak bersyukur dan mudah lupa

Kadang-kadang kita apabila seseorang itu telah dikurniakan dengan rezeki yang banyak mereka akan mudah lupa kepada Allah yang telah memberi rezeki kepada mereka. Akibat dilimpahi dengan begitu banyak kemewahan maka membuatkan seorang hamba itu lalai dan tidak lagi bersyukur atas rezeki yang diberikan. Mereka juga menjadi lupa diri dan tidak mengingati jasa-jasa orang-orang yang telah banyak menolong mereka selama ini. Apabila telah berjaya ibu bapa, adik beradik, saudara mara dan sahabat handai semakin dilupakan. Padahal mereka semua inilah yang banyak membantu mereka sebelum mereka berjaya.

Semoga kita dijauhkan dari menjadi hamba yang tidak pandai bersyukur. Semakin banyak rezeki yang anda perolehi akan membuatkan anda semakin dekat denganNya kerana anda bersyukur atas kurniaan rezeki. Dan ia akan membuatkan anda semakin taat kepada segala perintahnya dan larangannya. Anda juga perlu mengingati segala jasa yang anda perolehi daripada orang lain kerana banyak menolong dan mendoakan anda selama ini.

Sebagai kesimpulan, banyak perkara-perkara yang boleh yang menghalang dan membuatkan begitu mahalnya rezeki kepada kita. Sudah tentu kita semua mahu dimurahkan rezeki olehNya. Disamping berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki jangan dilupakan hubungan kita dengan pencipta dan hubungan sesama makhlukNya. Walau sejauh mana usaha yang kita lakukan tapi masih lagi terhalang pintu rezeki kita maknanya ada sebabnya yang perlu kita cari dan perbetulkannya.

Kejayaan seseorang juga adalah bergantung kepada doa yang kita pohon kepadaNya. Disamping doa kita sendiri, doa kedua ibu bapa dan orang lain juga adalah penting supaya hidup kita sentiasa memperolehi keberkatan. Akhir sekali, selepas berusaha dan berdoa boleh la untuk kita bertawakal kepadaNya.

JOM SHARE

37 thoughts on “Perkara Yang Menghalangnya Pintu Rezeki

  1. postingan yg mencerahkan… thank infonya

    1. sama2..terima juga sudi jengok blog ni.. 🙂

  2. Salam,thank q sharing info yang berguna buat semua 🙂

    1. perkongsian bersama..hehe 🙂

  3. marilah kita panjagkan rezekit itu dg bersedekah..hehehe..semoga keberkatan akan dapat di rasai bersama-sama

    sori jarang singgah..dah cam biskutlah suri ni plak..bizi bro.. huhu..

    1. rezeki akan bertambah berkat jika banyak bersedekah..terima kasih suri..

      1. tips bersedekah : berapa amount yg perlu kita sedekahkan?
        amount sedekah adalah wang lebihan daripada keperuan kita..(sumber dari hadis kalau tak silap)..contohnya, kita bwk RM100 utk beli barang..balance duit adalah RM2..jd lebihan RM2 tu lah amount utk disedekahkan..

        duit kita – kos beli barang = sedekah

        1. terima kasih bro..memang terbaiklah..

        2. bersedekah byk caranya..tak semestinya dgn duit tapi dgn makana pun blh jua.jika kita tak mampu kita juga blh lakukan ia dgn cara yang lain seperti membantu pd gologan yg benar2 memerlukan bantuan dari segi tenaga kita..sperti mmbatu org2 yg dlm kesusahan..fkir mskin, anak yatim dan sbgnya.

        3. terima kasih suri atas pendapat yang diberikan..saya setuju sangat dengan pendapat suri tu..

  4. Terima kasih sudah mengkongsikan artikel ini… saya merasa lagi terbatas rezeki ni 🙂

    1. sama2..teruskan usaha bro.. 🙂

  5. salam,

    info utk peringatan yg sgt berguna.. tmbah22 utk sy yg baru keluar mencari kerja..huhuhu

    1. salam.
      peringatan untuk kita bersama..selamat mencari kerja.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *