Posted on 9 Comments

Pintu Keburukan Dalam Diri Manusia

Assalamualaikum.

Setiap hari syaitan tidak pernah berhenti dari menggoda diri seorang yang bergelar anak adam untuk melakukan maksiat dan kemungkaran. Sesiapa yang tidak melakukan suruhan  Allah dan meninggalkan laranganNya, maka teman rapatnya adalah bersama syaitan. Syaitan itulah yang telah menghalang mereka dari melakukan kebaikan dan tidak mencegah kemungkaran. Dalam diri seorang manusia ada beberapa pintu keburukan yang boleh menyebabkan syaitan mudah masuk kedalam dirinya.

1. Pintu kemarahan

Apabila seseorang itu marah maka syaitan akan lebih mudah untuk menguasai dirinya. Kerana sifat marah itu menyebabkan seseorang itu dikawal oleh nafsu marah dalam diri. Cara untuk kurangkan marah adalah dengan mengambil wudhuk kerana air wudhuk dapat memadamkan api kemarahan.

2. Cinta kepada dunia

Semua orang mencintai dunia kerana keindahan yang ada padanya. Tidak salah untuk kita mengejar dunia cuma jangan sampai ia boleh melalaikan kita dari mengingati Allah dan hari akhirat.

3. Kebodohan(malas menghadiri majlis ilmu)

Tingkatkan ilmu dalam diri kerana ilmu dapat menyelamatkan diri manusia di dunia dan juga akhirat. Dengan ilmu juga dapat menjadi benteng kepada diri manusia dan memberi kekuatan dalam diri seorang manusia. Janganlah kita menjadi malas menuntut ilmu kerana malas itu adalah sifat yang datang dari syaitan.

5. Rakus dan tamak

Orang yang bersifat rakus dan tamak akan mudah didampingi oleh syaitan. Ini kerana sifat buruk ini boleh menjadikan seorang manusia itu lalai kerana terlalu mengejar harta kekayaan dunia. Sifat ini juga boleh menjadikan seseorang itu pentingkan diri sendiri dan tidak bersyukur atas nikmat yang diberikan. Semoga sifat ini dapat dijauhkan.

6. Merasa suka pada dosa

Apabila melakukan dosa sudah menjadi satu kebiasaan dalam diri manusia maka tiada lagi perasaan takut kepada perbuatan dosa itu lagi. Ia menunjukkan orang yang sering melakukan dosa itu suka melakukan dosa yang sering dilakukannya.

Beberapa pintu keburukan yang saya terangkan ini ada dalam diri manusia dan ianya mesti dibuang supaya hidup kita akan lebih baik dan diberkati oleh Allah. Jika ianya masih ada dalam diri kita, semakin mudahlah kita sebagai manusia  akan dapat digoda oleh syaitan untuk melakukan dosa dan maksiat kepada Allah. Sama-samalah kita membuang sifat buruk ini. 🙂

JOM SHARE

9 thoughts on “Pintu Keburukan Dalam Diri Manusia

  1. setuju dengan semua kenyataan tu bro,nice, kalo ada 6 sifat tu dlm diri, hati & jiwa pun takkan tenang, Allah tarik nikmat dunia..

  2. setiap pintu tu memang ada dalam diri…
    cuma berharap diberi bimbingan Allah untuk sentiasa memperbaiki diri sendiri

  3. uhu..banyak benar penyakitnya ne huhu.. apapun kita kena kuat utk melawan syaitan.huhu…

  4. Salam,bro nice entry,saling memperingati :),thank q bro thoha :).

  5. ‘aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam’

    sangat banyak pintu2 untuk syaitan masuk ke dalam diri – satu peringatan untuk semua ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *