Posted on 11 Comments

Selamat Tahun Baru 2011

Salam sejahtera

Fasa untuk tahun 2010 telah pun menutup tirainya semalam. Kini kita semua telah memasuki fasa tahun baru 2011 pula. Selamat tahun baru 2011 saya ucapkan kepada anda semua. Dengan masuknya tahun baru 2011 ini bermakna kita pun telah meningkat setahun lagi usia. Bersyukurlah kita kepadaNya kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi ini.

Setiap kali memasuki tahun baru ramai yang bercakap mengenai azam tahun baru. Saya melihat ramai rakan-rakan facebook yang menulis tentang azam baru mereka untuk tahun baru 2011 ni. Biasa la tu bila memasuki tahun baru ni ramai yang telah menetapkan azam untuk tahun baru. Malah ramai juga yang menulis tidak dapat melaksanakan azam tahun 2010 lalu. Ianya hanya azam tinggal azam dek kerana ianya tidak dapat dilaksanakan.

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai apa azam saya untuk tahun 2011 ni, cuma saya berharap yang setiap tahun baru ni kehidupan saya akan sentiasa lebih baik lagi dari tahun-tahun yang sebelumnya dan lebih banyak lagi kejayaan yang akan dicapai pada tahun 2011 ini. Semoga dapat menambah lagi pahala dan amal kebajikan dalam hidup ini.

Saya masih ingat lagi artikel yang telah saya tulis pada 1 januari 2010 iaitu artikel yang bertajuk kelebihan membaca –  jadikan membaca amalan hidup. Mengapa saya telah menulis artikel tentang kelebihan membaca sedangkan berada pada tahun baru? Saya saja ingin membuat kelainan kerana semua orang lain dah menulis mengenai tahun baru kan..hehe 🙂 Antara sebab saya menulis artikel yang berbentuk motivasi sebegitu supaya tahun 2010 akan diisi dengan lebih banyak ilmu pengetahuan dalam diri saya. Membaca adalah cara yang sangat bagus untuk menambahkan ilmu pengetahuan seseorang.

Tahun baru 2011 ini pun sama juga saya ingin menambah lebih banyak ilmu pengetahuan dengan lebih banyak membaca lagi. Anda hendaklah menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi dan kemestian dalam hidup anda. Ini kerana membaca dapat memberi banyak manfaat kepada diri anda. Tidak kisah anda membaca apa-apa pun selagi bahan bacaan itu dapat memberi ilmu dan manfaat kepada anda maka bacalah ia.

Sebaiknya pada tahun baru 2011 ini kita muhasabah balik diri kita apa yang telah kita lakukan pada tahun 2010 lalu. Adakah banyak kebaikan yang kita lakukan kepada diri sendiri dan juga orang lain? Adakah masa-masa yang kita lalui dalam sehari telah diisi sebaiknya dengan perkara-perkara yang berfaedah? Hanya kita yang boleh membuat penilaian tentang diri kita sendiri. Yang mana keburukan itu hendaklah segera diperbaiki supaya tidak akan diulangi lagi.

Berdoalah kepadaNya supaya diberikan kesihatan dan kehidupan yang baik untuk tahun baru ini. Saya doakan semoga tahun 2011 ini kehidupan anda dan keluarga berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Sayangilah keluarga anda selagi mereka masih bersama dengan anda. Sekali lagi saya ucapkan selamat tahun baru 2011. Terima kasih banyak-banyak juga saya ucapkan kepada anda semua di atas sokongan anda kepada saya selama  ini. 🙂

JOM SHARE

11 thoughts on “Selamat Tahun Baru 2011

  1. nak ucap jugak lah

    selamat tahun baru 😛

    my blog
    blog daus

  2. kuatkan azam tahun baru 2011.
    supaya kuat berusaha.

  3. minta kesihatan kita sentiasa sihat.

  4. jadi la pembaca blog baik selalu.

    selamat tahun baru 2011.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *