Posted on 8 Comments

Sentiasa Bersikap Suka Membantu

Salam Sejahtera 🙂

Dalam hidup ini ada banyak perkara yang kita lakukan saling bergantungan antara satu sama lain dengan orang yang berada di sekeliling kita. Ada kala hidup kita perlu dibantu dan juga kita perlu membantu orang lain juga. Apabila memiliki sikap suka membantu ini kita akan disenangi dan disukai oleh orang lain. Nak bagi tips bagi anda yang suka membantu.

1) Anda membantu orang lain pada hari ini, esok lusa jika anda mempunyai masalah anda akan dibantu oleh orang lain pula. Kena selalu ingat hari ni mungkin hari orang lain yang susah atau memerlukan bantuan mungkin hari esok hari kita pula, siapa tahu kan. Jadi sama-samalah kita membantu antara satu sama lain ye..hari ini anda telah bantu saya esok saya bantu anda pula.

2) Bila anda suka membantu orang lain ni anda akan mudah disukai oleh semua orang. Ye betul..semua orang akan menyayangi anda kerana kebaikan yang telah anda lakukan kerana suka membantu orang lain. Cuba kalau anda tidak pandai membantu orang lain mesti orang lain tidak akan menyukai anda kerana tidak membantu mereka yang berada dalam kesusahan. Silap-silap haribulan anda mungkin dibenci pula. Minta jauh la semua tu kan. Tapi yang pasti anda akan disukai oleh semua orang jika anda bersikap suka membantu.

3) Adakah anda merasa seronok jika dapat membantu orang lain? Kita akan merasa seolah-olah puas hati jika dapat bantu orang ni. Tidak kiralah apa saja jenis bantuan yang hulurkan. Memang seronok bila kita dapat bantu orang ni tapi mungkin sukar saya nak gambarkan macam mana keseronokan bila dapat bantu orang ni. Kalau anda dah biasa bantu orang, anda tahu la rasa macam mana.

4) Kalau nak bantu orang lain biarlah bertempat juga. Kalau sampai boleh menyusahkan diri anda sendiri tak boleh juga. Contohnya ada kawan anda memerlukan duit untuk belanja dan dia ingin meminjam duit dari anda. Pada masa yang sama anda juga tiada duit, tapi atas dasar kawan anda ingin membantu dia terpaksa pula pinjam dengan orang lain untuk bagi pinjam kat dia. Ni namanya menyusahkan diri sendiri. Anda boleh cakap elok-elok yang anda juga tidak dapat membantu.

5) Nak membantu orang lain biarlah membantu dalam melakukan kebaikan juga. Jangan anda bantu orang dengan tidak bertempat dengan membantu mereka berbuat perkara tidak baik. Elakkan daripada membantu dalam perkara seperti itu. Silap-silap haribulan boleh dapat dosa kalau bantu orang buat kejahatan.

6) Tidak salah membantu orang lain tapi biarlah berpada-pada. Jangan sampai seperti anda dibuli oleh orang lain pulak. Hari ni anda dah banyak bantu orang tu, esok dia minta bantuan anda lagi dan seterusnya. Ini namanya mengambil kesempatan atas kebaikan yang telah anda lakukan. Jadi berhati-hati supaya orang tidak mengambil kesempatan ke atas diri kita.

7) Apabila membantu orang ni biarlah niat kita melakukannya secara ikhlas bukan atas dasar terpaksa. Kalau niat kita ikhlas boleh dapat pahala lagi. Malah tidak akan wujud lagi rasa terpaksa bantu orang lain apabila ada sifat ikhlas dalam diri. Orang lain pun boleh nampak bagaimana seseorang itu ikhlas atau terpaksa semasa membantu mereka.

Sama-samalah kita hidup di dunia ni saling membantu antara satu sama lain kearah kebaikan. Sifat suka membantu ni adalah satu sifat yang sangat mulia. Semua orang menyukai kita dan Allah juga akan menyayangi hamba-hambanya yang berbuat kebaikan kepada orang lain. Tips-tips yang saya berikan adalah pandangan saya secara umum sahaja.

JOM SHARE

8 thoughts on “Sentiasa Bersikap Suka Membantu

  1. salam..
    bantulah pada mana-mana insan yang benar2 mengharapkan pertologan..semoga dgn bantun tsbut akan dpt meringankan jiwa mrka..

    bantu yg dihulurkan biarlah ikhlas deri hati..bukan mengharapkan pujian..nama..kewangan dan sbgnya..

    1. salam suri..sudah lama tidak menjenguk ke laman ini ye..hehe
      saya setuju dengan pendapat yang diberikan oleh suri..jika kita menolong orang lain biarlah dengan niat secara ikhlas bukannya mengharapkan apa2 balasan kembali atau mendapat pujian.. 🙂

  2. Salam..

    Memang tidak dinafikan manusia atau makhluk sentiasa memerlukan satu sama lain sebagai suami & isteri. Jika kita lihat Allah yang Maha bijaksana pn menciptakan lelaki dan perempuan..

    Tq

    1. betul tu bro..hidup kita di dunia ni saling bergantungan antara satu sama lain..memang tidak dapat dinafikan..

  3. Assalamualaikum sahabat.
    tadi dah komen panjang lebar tapi rasanya ada kesilapan teknikal, semua hilang.

    Berbalik kepada persoalan suka membantu.
    Kita sebenarnya lebih suka dibantu dari membantu kerana telah terasuh dan terdidik sedemikian rupa sekian lama. Rasa seronok bila dibantu, tak payah susah-susah.

    Cuba kita anjakkan sedikit minda dan bayangkan kegembiraan mereka yang menerima bantuan kita. Tentunya kita akan rasa gembira tatkala melihat mereka yang kita bantu itu gembira.

    Allah telah menempatkan mereka sebagai asas untuk kita berbuat kebaikan dengan membantu, ditambah dengan keikhlasan, pasti kita akan rasa puas dan gembira.
    InsyaAllah pahala juga akan menyusul dariNya.

    Sekadar pandangan. Terima kasih

    1. salam..
      terima kasih atas pandangan yang belajar lebar..
      apa yang saudara bagitahu memang betul sangat..kita akan merasa seronok jika dapat membantu orang lain..

  4. kalau lita je yg selalu tolong orang, orang tak tolong kita pulak camne?

    1. redha ajela..kita tak boleh nak paksa jugak orang lain tolong kita..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *