Posted on Leave a comment

Senyum Sedekah Yang Paling Mudah

Assalamualaikum. 🙂

Anda mahu tak meletakkan senyuman di wajah seseorang;)? Mungkin ianya akan dapat membuatkan hidup sesorang itu lebih ceria pada hari itu. Oleh sebab senyum itu boleh berjangkit antara satu sama lain maka mungkin bukan hanya seorang sahaja yang anda dapat membuat senyuman di wajah orang lain. Malah mungkin lebih ramai lagi agaknya. Disini saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa cara mudah supaya anda dapat membuat orang lain tersenyum;).

  • Memberi pujian ikhlas kepada sahabat anda tentang penampilannya pada hari tersebut. Tidak kira la pakaiannya, rambut, muka, ataupun apa saja yang penampilan berkaitan dengan dirinya.
  • Bagitahu seseorang pada hari tersebut yang anda sedang mengingati dan merinduinya.Mungkin seseorang yang istimewa je kot.
  • Mengajak kawan anda pergi keluar makan bersama. Tapi anda la yang kena belanja dia kalau kawan anda tu yang kena belanja alamak masam la muka dia.
  • Membuat panggilan telefon secara mengejut kepada kawan-kawan anda. Bagi salam ke cakap hai pun jadilah..
  • Membuka dan memegang pintu supaya orang yang berada dibelakang diberi masuk dahulu.
  • Hantar mesej lawak kepada kawan anda melalui sms ataupun email. Mesti kawan anda tu akan gelak sorang-sorang.
  • Berikan tempat duduk anda kepada orang lain yang baru naik sama ada dalam bas, keretapi, LRT dan sebagainya apabila tiada lagi tempat kosong.
  • Berkongsi payung dengan kawan anda apabila hari hujan ataupun panas.
  • Tanya kepada kawan-kawan anda sekiranya mereka ada apa-apa barang untuk dikirim apabila anda keluar ke bandar ataupun bershopping.
  • Bagi kepada seseorang hadiah yang tak disangka-sangka olehnya seperti coklat, bunga, mainan ke atau apa sahaja berupa hadiah.

Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk membuat orang lain tersenyum dengan anda. Yang saya tulis ni hanyalah sebahagian sahaja. Anda tahu tak yang anda hanya perlu menggunakan 17 otot-otot di muka untuk senyum tetapi anda perlu menggunakan 43 otot-otot dimuka untuk mengerutkan dahi(stress). Jadi mengapa anda perlu membazirkan tenaga anda untuk mengerutkan dahi sedangkan anda hanya perlu senyum sahaja. Tak susah pun kan;)

Disini saya ada 5 fakta menarik tentang senyum ini: ;)

1) Orang perempuan lebih banyak senyum daripada orang lelaki.

2) Senyuman dapat membebaskan endorphins yang membuatkan kita rasa lebih baik.

3) Kita semua mempunyai keupayaan yang sama untuk senyum,ia bukannya sesuatu yang kita belajar dari orang lain.

4) Senyum adalah gambaran sejagat tentang kebahagiaan.

5) Seseorang yang sentiasa senyum adalah mudah untuk lebih gembira, menarik, jujur dan cekap berbanding orang yang susah untuk senyum.

Jadi perlu diingat yang senyuman adalah satu cara yang paling mudah untuk mengubah penampilan anda. Anda tak perlu bayar mahal pun untuk melakukannya. Senyuman kepada orang lain juga adalah satu sedekah yang paling mudah sebenarnya. Apabila anda senyum anda dapat pahala. Malah anda tak rugi apa-apa pun kalau senyum kepada orang lain. Anda boleh mulakan senyum kepada orang lain terlebih dahulu sebelum mereka memberikan senyuman kepada anda. Senyumlah selalu...;)

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *