Posted on 28 Comments

Siapa Yang Selalu Bosan?

Salam sejahtera 🙂

Ada banyak perkara dalam kehidupan yang boleh membuatkan kita bosan. Semasa saya menulis entri ini saya sedang menyaksikan perlawanan bola sepak. Maklum la sekarang ni kan tengah hangat musim bola piala dunia. Tengok bola ni adakalanya membosankan terutamanya apabila tiada gol yang dihasilkan dalam sesebuah perlawanan itu. Main bagus tapi tiada gol bosan gak tengok. Bagi saya main tak bagus pun tak apa asalkan ada jaringan gol yang dihasilkan. Baru puas hati tengok kan..ok berbalik kepada tajuk entri ini mengenai siapa yang selalu bosan dalam hidup ini ye? Jawapannya adalah saya. Saya mengaku saya selalu cepat merasa bosan..ada beberapa golongan lagi yang selalu merasa bosan ni.

1) Seorang lelaki bosan dengan perangai wanita. Jika anda seorang lelaki bila agaknya seorang lelaki itu bosan dengan wanita ye? Bila seorang wanita tu tidak pandai menjaga kehormatan diri. Yela aurat tak tahu jaga, perangai entah apa-apa, suka bergaul bebas dengan lelaki dan macam-macam lagi. Siapa tak bosan kalau perangai macam tu. Bila ditegur kata jangan nak sibuk jaga tepi kain orang lain. Susah la kalau macam tu.

2) Sama juga seorang wanita akan bosan dengan perangai lelaki. Bosan apabila perangai lelaki yang ego tak bertempat, suka main-mainkan perasaan wanita, suka menipu dan banyak lagi. Saya ni macam kutuk kaum sendiri pulak ye. Bukan mengutuk tapi saya pun tidak suka kalau ada lelaki yang jenis perangai macam tu. Apatah lagi bagi kaum wanita sudah tentu mereka lagi bosan dengan perangai lelaki yang tidak berapa nak baik ni.

3) Anda juga akan merasa bosan dengan kawan-kawan anda sendiri. Terutamanya bila ada kawan anda yang jenis suka menyibuk ni. Semua benda nak tahu. Yang peliknya kalau anda tanya apa-apa pasal dia susah pulak nak bagitahu. Kadang-kadang anda nak simpan rahsia pun tak boleh mesti cuba dikoreknya walaupun rahsia itu bersifat peribadi. Memang niat kawan tu bagus sebab nak ambil berat pasal diri anda tapi bukan semua benda anda nak cerita dengan semua orang kan? Kadang-kadang ada juga perkara yang anda nak simpan dalam diri sendiri je.

4) Seorang pelajar mudah merasa bosan semasa belajar. Kadang-kadang ia berlaku kepada saya juga. Terutamanya apabila sesuatu subjek yang pensyarah sedang mengajar saya blur saya tak faham apa yang dia ajar. Masa tu memang bosan tak tahu nak cakap apa. Kebosanan tu boleh hilang

About warehouse should online pharmacy store refill face crazy lift.

jika pensyarah tersebut pandai bercerita atau selitkan lawak ke dalam pengajaran. Tapi jika sesuatu subjek yang saya minat saya tidak cepat merasa bosan walaupun saya kurang faham.

Saya tidak menyuruh anda merasa bosan dalam hidup ni. Tapi saya sekadar mahu berkongsi apa yang biasanya membuatkan kita selalu menjadi bosan dengan kehidupan ni. Ada beberapa tips apabila anda merasa bosan ni. 🙂

  • Jika anda bosan dengan seseorang cuba bersabar dengan seseorang itu. Kalau tak boleh juga jauhilah dia jika itu lebih baik untuk anda. Cuba cari kebaikan pada dirinya. Mana tahu ada banyak kebaikan pada dirinya. Nasihatilah dia secara perlahan-lahan.
  • Cari kawan yang boleh membantu. Kita akan merasa bosan bila hidup ini ada banyak masalah. Jika masalah itu boleh dikongsi dengan kawan-kawan maka carilah kawan yang boleh membantu anda.
  • Buatlah perkara yang anda suka. Anda sudah tentu bosan melakukan perkara yang anda tidak suka kan? Saya pun bosan kalau buat benda yang saya tidak minat. Cuba cari benda yang anda minat untuk dilakukan sudah tentu rasa bosan anda akan hilang.
  • Kita akan merasa bosan belajar jika tiada motivasi dalam diri. Mungkin susah nak memotivasikan diri untuk belajar ni. Tapi anggaplah belajar dan menuntut ilmu itu satu kewajipan. Dan rasa bosan atau malas ni datang dari syaitan yang selalu menghasut kita. Jauhilah rasa bosan semasa belajar.
  • Menunggu membuatkan akan anda merasa bosan. Contohnya menunggu bas ke, tunggu kawan ke, tunggu cikgu masuk kelas ke. Banyak cara biasanya boleh buat untuk hilangkan bosan semasa menunggu ni contohnya mesej kawan, kalau ada kredit lebih telefon, dengar lagu mp3, baca buku lagi baik, tidur kalau boleh..hehe..

Kita tidak dapat lari dari merasa bosan ni tapi kita boleh cuba elak atau kurangkan rasa bosan yang ada dalam diri kita ni. Kalau anda bosan dengan apa yang anda buat maka anda perlu lakukan sesuatu untuk hilangkan rasa bosan anda dengan melakukan apa saja yang anda suka. Kalau anda bosan dengan seseorang cuba atasinya kerana jika anda biarkan ia boleh membawa kepada kebencian. Tidak elok pulak kalau anda perasaan benci membenci ni. Hidup ni mesti ceria selalu. 🙂

P/s: Saya menulis entri ni pada waktu pagi untuk menghilangkan rasa bosan menunggu perlawanan bolasepak piala dunia 2010.




JOM SHARE

28 thoughts on “Siapa Yang Selalu Bosan?

  1. ha..ni mmg tgah bosan sb tak ada mood nak bt kje pjbat..hehehe

    kompem mgu dpan mmg suri akan buzi gileee..

    1. xde mood la sebab bosan kan..
      nape buzy minggu depan ye?

      1. sb sechudle dah tulis date keje bakal menanti..huhu..

  2. Assalamualaikum…
    Membaca artikel berkaitan ‘bosan’ telah mengurangkan rasa bosan aku ni.
    Banyak perkara bosan dan membosankan, perlu diketahu juga bahawa bosan itu terbahagi kepada ‘bosan positif’ dan juga ‘bosan negatif’.
    Kalau positif, bolehlah layan.
    Mohon Thoha kembangkan lagi artikel ini di lain masa.

    Terima kasih.

    1. terima kasih atas pendapat dari rasahatiku..
      nanti bila saya bosan saya akan tulis lagi artikel pasal bosan…hehe

  3. salam
    aku sih gak cepat bosan

    1. salam..biasa la kalau bosan ni.. 🙂

  4. bosan kalau terpaksa mendengar cerita yang sama dari orang yang sama.. terutama kalau orang tu asyik membangga diri

    dan banyak bosan yang lain lagi..
    yang tak pernah bosan… beratur di mesin atm bila hari gaji masuk

    *salam ziarah

    1. terima kasih sudi ziarah..jangan bosan dengan blog ni sudah..hehe:)

  5. ya naz pn mudah bosan dgn pengguna komputer yg naz ajar tp malas nak buat sendiri & panggil naz suruh naz buatkan utk depa. mmg bosan. lepas kita ajar, sama jgk. tp akhirnya kena faham yg depa ni baru belajar. cuma nak setting minda naz tu agak lama lah sebelum dpt terima hakikat..

    1. owh..naz cikgu komputer ke? biasa la tu kalau pelajar lambat faham ni..hehe..nanti boleh ajar saya komputer pulak.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *