Tanda-tanda Seseorang Itu Kaya

Assalamualaikum 🙂

“Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.” – Saidina Ali bin Abi Talib

Semua orang sudah pasti ingin hidup kaya kan? Kalau tak kaya susah nak hidup pada zaman yang serba mencabar ni. Setiap hari perlukan duit untuk membeli apa-apa keperluan seharian. Kalau tak ada duit susah nak hidup. Nak tahu tak rahsia menjadi kaya? Sebenarnya saya tiada rahsia besar untuk anda menjadi kaya ini kerana kaya tidak semestinya kena mempunyai duit yang banyak baru boleh dianggap kaya.Orang yang kaya itu tidak semesti kaya harta sahaja. Boleh jadi kaya dengan ilmu, kaya dengan akhlak mulia, kaya dengan harga diri dan banyak lagi. Anda juga adalah seorang yang kaya sebenarnya walaupun anda tidak menganggap yang anda seorang yang kaya.

1. Anda tidak tidur dalam keadaan yang lapar semalam. Jika semalam anda tidur dalam keadaan yang tidak kelaparan maknanya anda adalah seorang yang kaya. Perut anda kaya dengan makanan. Cuba bayangkan orang lain yang hidup dalam kemiskinan nak makan sesuap nasi sehari pun susah. Jika anda dapat menikmati makanan secukupnya setiap hari bersyukurlah kerana anda dimurahkan rezeki. Walaupun anda tidak mempunyai harta yang banyak tapi anda mempunyai makanan yang mencukupi untuk dinikmati seharian.

2. Anda tidak tidur diluar atau dijalanan. Anda mempunyai tempat tinggal sendiri atau tinggal dirumah ibu bapa anda. Anda mempunyai tempat tinggal yang selesa dirumah. Tidur pun lena atas katil yang empuk. Ramai lagi orang yang tidak mempunyai tempat tinggal atau hanya mempunyai tempat tinggal yang tidak selesa. Mereka yang lain hidup dalam serba kekurangan sahaja. Rumah mereka hanya tempat untuk berteduh dari panas dan hujan serta sebab-sebab lain. Anda bertuah kerana tempat tinggal anda lebih baik.

3. Anda mempunyai banyak pilihan pakaian untuk dipakai pada hari ini. Hari ni anda ada keluar pergi mana-mana tak? Biasanya anda akan memilih dulu pakaian mana yang akan dipakai sebelum keluar pergi mana-mana kan? Yela nak kena pakai pakaian mana yang sesuai dulu.. Ini menunjukkan anda mempunyai pilihan pakaian yang banyak untuk dipakai. Ramai lagi orang lain yang serba kekurangan yang hanya memakai pakaian yang sama saja pada setiap hari. Pakaian yang dipakai mereka juga mungkin sudah terlalu lusuh atau buruk.

4. Anda boleh membaca buku, majalah, surat khabar dan bahan bacaan lain. Banyak kelebihan membaca ni kepada anda. Sudah tentu anda akan jadi seorang yang kaya dengan ilmu pengetahuan. Apabila memiliki ilmu, ilmu yang akan menjaga anda. Sebaliknya jika anda memiliki duit, anda yang kena menjaga duit itu. Takut kena curi. Ilmu tak kena curi makin anda bagi kat orang lain makin bertambah. Kalau anda bagi duit maka duit anda akan berkurangan. Tapi jika anda rajin bersedekah, insyaallah rezeki anda akan bertambah.

5. Banyak peranan internet pada masa kini. Anda boleh melayari internet dan dapat membaca blog ini. Walaupun negara Malaysia adalah negara yang semakin pesat membangun dalam bidang teknologi maklumatnya, bukan semua rakyat dapat menikmati kemudahan internet yang wujud pada hari ini. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang berkemampuan untuk memiliki kemudahan internet mereka. Anda seorang yang kaya dengan kemudahan teknologi maklumat kerana anda mampu melayari internet sekarang ini dan membaca blog saya ini. Kalau tidak ada talian internet macam mana anda nak baca blog saya ni kan.. 😀

Tidak dinafikan kekayaan harta adalah penting dalam kehidupan supaya kehidupan anda akan lebih baik. Tapi jika anda juga seorang yang kaya dengan ilmu anda akan dapat mengawal kekayaan harta yang anda miliki. Sebaliknya jika tanpa ilmu, harta kekayaan yang akan mengawal kehidupan anda. Orang yang berilmu akan selamat di dunia dan akhirat manakala orang yang kaya sentiasa rasa tidak selamat. Kecuali orang kaya yang beriman dan banyak beramal jariah.

P/s: Jadilah orang kaya yang bersyukur atas nikmat yang diberikan… 🙂




    1. RozaniGhani 02/07/2010
    2. nazra 02/07/2010
      • Thoha Sukses 02/07/2010
    3. botak 02/07/2010
      • Thoha Sukses 02/07/2010
    4. Kujie 02/07/2010
      • Thoha Sukses 02/07/2010
        • suri 03/07/2010
          • Thoha Sukses 03/07/2010
    5. etomyam 02/07/2010

    Leave Comments