Posted on 11 Comments

Tanggungjawab Dan Dosa Seorang Lelaki

Salam Sejahtera. Seorang yang bernama lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar kepada dirinya sendiri dan juga orang yang berada disekelilingnya. Begitulah juga banyaknya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung oleh seorang lelaki berbanding seorang wanita. Wanita juga mempunyai tanggungjawab yang berat dalam hidup mereka. Cuma dalam entri ini saya lebih menerangkan mengenai lelaki. Kalau ada masa akan buat entri mengenai wanita pulak.

Seorang lelaki bujang akan menanggung dosanya sendiri apabila dia sudah baligh manakala dosa seorang gadis bujang masih ditanggung oleh bapanya. Dosa seorang lelaki yang telah baligh tidak akan ditanggung oleh ibu bapa mereka lagi seperti semasa mereka masih belum baligh. Sebaliknya dosa-dosa yang mereka lakukan akan ditanggung oleh diri mereka sendiri kerana mereka telah matang dan boleh berfikir sendiri. Bagi seorang wanita, dosa-dosa yang mereka lakukan akan ditanggung oleh diri mereka dan bapa mereka, dan akan ditanggung oleh suami mereka apabila mereka telah berkahwin.

Bagi lelaki yang telah berkahwin terpaksa tanggung dosa diri sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Dosa ini akan ditanggung jika tidak menjalankan tanggungjawab memberi nasihat dan teguran kepada ahli keluarga yang lain. Begitu beratnya dosa yang terpaksa ditanggung oleh seorang lelaki yang bergelar seorang bapa. Bagi seorang anak, terutamanya anak perempuan sayangilah bapa anda dan jangan melakukan dosa yang akan terpaksa ditanggung oleh bapa anda. Sebagai isteri pula, taatilah suami anda selagi perkara yang diperintahkan tidak membawa kepada kemungkaran.

Seorang anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya yang telah tua dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya itu maka dosa baginya terutama anak lelaki yang paling tua, menakala perempuan tidak mempunyai tanggungjawab itu, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri yang berbuat baik pahala mendapat kepadanya kalau melakukan kemungkaran maka dosanya ditanggung oleh suaminya.

Tanggungjawab suami adalah wajib memberi nafkah kepada isterinya, tapi seorang isteri tidak wajib memberi nafkah kepada suami. Jika seorang suami tidak menjalankan tanggungjawabnya itu maka dia akan mendapat dosa kerana memberi nafkah itu adalah wajib bagi seorang suami. Walaupun begitu isteri boleh membantu sama-sama bekerja mencari rezeki untuk menambahkan pendapatan keluarga sekiranya suami membenarkan.

Sebagai seorang lelaki adalah menjadi menjadi tanggungjawab anda juga untuk melindungi kaum wanita. Ini kerana  anda sebagai kaum lelaki telah diberi kelebihan berupa kekuatan berbanding kaum wanita yang lebih bersifat lemah. Sekiranya anda seorang lelaki menzalimi kaum wanita maka anda telah mendapat dosa kerana berlaku zalim. Lindungilah kaum wanita terutama kaum wanita dikalangan ahli keluarga anda sendiri iaitu ibu, kakak dan adik perempuan anda.

Ada banyak lagi sebenarnya tanggungjawab-tangggungjawab dan dosa-dosa yang perlu ditanggung bagi seorang lelaki lebih-lebih lagi lelaki yang bergelar seorang suami. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggung oleh seorang lelaki ni. Ada sebabnya mengikut kajian umur orang perempuan lebih panjang daripada umur orang lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada mereka.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk sama-sama kita ambil iktibar tidak kira anda seorang lelaki ataupun seorang wanita. Yang penting kaum lelaki dan wanita sama-sama saling memerlukan antara satu sama lain. 🙂




JOM SHARE

11 thoughts on “Tanggungjawab Dan Dosa Seorang Lelaki

  1. Memang besar tanggungjawab lelaki ni.. bukan saja kena btanggungjawab pada anak isteri, tapi juga ibu bapa dan keluarga lain.. mungkin sebab tu aku masih tinggal di kampung hampir dengan ibu bapa.. tak sanggup nak tinggalkan diorang..

  2. tanggung jawab sebagai seorang lelaki amat berat sekali..dan sukar…thanks for info bro

  3. tapi ramai suami-suami membiar isteri berseluar pendek dan baju lurah dada huh..

  4. Memang berat tanggungjawab seorang lelaki..

  5. begitulah indahnya ciptaan Tuhan.setiap yang lahir di bumi mmpuyai tanggungjawab tsndri.

    dg adanya sifat tanggjwb ni maka akn mjadikan seorang insan tu lbih berhati2 pada setiap tingkahlakunya.

    pahala baik akan dibalas baik.bgtulah sebaliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *