Tiada Lagi ‘Bangsar South’, Selamat Kembali Kampung Kerinchi

Nama Bangsar South yang dulu dikenali sebagai Kampung Kerinchi dikembalikan selepas dirasmikan sendiri oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut berita, tindakan itu diambil bagi menunaikan janjinya pada penduduk setempat sebelum ini.

Tambah beliau, nama itu dikembalikan seiring dengan sejarah yang berasal daripada namanya sendiri.  Menurutnya lagi, ramai tokoh-tokoh hebat berasal dari Kampung Kerinchi.

Nama Bangsar South diberi 7 tahun lalu selari dengan pembangunan yang dibina sekaligus menjenamakan semula kawasan berkenaan sebagai kawasan ‘elit’.

Nama Kampung Kerinchi Dikembalikan

Nama Kampung Kerinchi DikembalikanNama asal ‘Kampung Kerinchi’ dikembalikan secara rasmi bermula hari ini. Penukaran semula nama itu daripada Bangsar South dilakukan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut disaksikan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Dikirim oleh Berita TV9 pada Sabtu, 19 Januari 2019

Sumber: Berita TV9

 
JOM SHARE