Posted on Leave a comment

Tidak Berjaya Menguasai minda

Pada entri kali ini saya ingin membuat satu review sebuah ebook bertajuk kuasa minda berjaya. Mari kita mulakan. Untuk menjadi seorang yang berjaya dalam apa jua bidang perkara yang kita dilakukan, semuanya berkait dengan hubungan antara diri dan minda. Buat pengetahuan anda, golongan yang berjaya mencapai matlamat dalam hidup mereka adalah mereka yang berjaya mengawal dan memperkasakan minda. Anda pun boleh mengawal dan memperkasakan minda anda untuk berjaya.

Berdasarkan kenyataan diatas, maka tidak dapat dinafikan lagi bahawa minda adalah asas bagi mencetus kejayaan dalam diri. Tidak kira apa jua yang anda lakukan, ianya tetap berkait rapat dengan minda. Saya akan dedahkan kepada anda ciri-ciri yang menunjukkan bahawa anda gagal menguasai minda anda sendiri.

#1  Anda sentiasa fokus pada masalah
Minda yang lemah juga memperlihatkan anda sentiasa fokus pada masalah dimana anda tidak pernah sesekali terfikir untuk mencari jalan penyelesaiannya. Apabila minda anda sentiasa fokus pada masalah, maka ia akan membawa kepada sifat-sifat negatif yang melibatkan emosi, persekitaran dan sebagainya.

#2 Anda sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara

Adakah anda seringkali mengalami masalah untuk fokus terhadap sesuatu perkara? Jika perkara sedemikian berlaku pada diri anda maka jelas sekali anda perlu mempertajamkan lagi minda anda kerana ciri-ciri mereka yang mudah hilang fokus adalah disebabkan penguasaan minda yang lemah.

#3  Anda tidak pernah keluar daripada persekitaran negatif
Apabila anda gagal menguasai minda, maka secara tidak sedar anda telah membiarkan persekitaran negatif memasuki minda anda. Ini juga dapat dilihat jika anda sentiasa menilai sesuatu perkara dari sudut yang negatif.

#4 Anda tidak pernah seronok dengan apa yang anda lakukan
Perkara ini sering kita lihat pada mereka yang sentiasa tertekan apabila melakukan sesuatu. Apabila anda tidak menyukai perkara yang anda lakukan maka ini bermaksud anda telah dikawal oleh minda anda.

#5  Anda mudah mengalah
Saya juga pernah mengalami masalah ini sebelum mengenali teknik-teknik untuk memperkasakan minda. Situasi ini dapat dilihat apabila anda mudah membuat keputusan untuk berundur terlampau awal apabila berhadapan dengan cabaran dan rintangan.

Sekiranya ada diantara kelima-lima ciri ini bersangkut paut dengan diri anda, ia tidak bermakna anda perlu mengalah dan berserah kepada takdir. Tindakan yang perlu anda lakukan ialah mencipta perubahan dimana aspek penting yang perlu dinilai ialah memperkasakan minda anda terlebih dahulu.

Dengan berbuat demikian, anda akan sedar bahawa perubahan positif yang ketara akan berlaku pada diri anda dari semasa ke semasa. Klik disini untuk mendapatkan rahsia kuasa minda berjaya.

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *