Posted on 21 Comments

Tidur Sekejap Waktu Tengah Hari

Salam sahabat semua,

Adakah anda semua cukup tidur hari ini? kalau cukup baguslah. Kalau tak cukup tu kena la pandai bahagi masa supaya anda cukup tidur ye.. Tidur malam yang cukup adalah penting bagi menjamin kesihatan yang sihat dan nampak lebih segar pada keesokan harinya. Apabila mendapat tidur yang mencukupi, anda dapat mengawal perasaan anda dengan baik dan pada masa yang sama juga anda dapat menjaga kesihatan serta kecantikan diri anda.

Namun dari apa yang saya tahu yang tidur pada waktu siang juga adalah baik terutamanya pada waktu tengah hari walau hanya sekejap saja kerana ia amat membantu dalam meningkatkan tenaga dan tumpuan anda. Ini kerana pada waktu tengah hari ini adalah masa yang sangat sesuai untuk tubuh anda berehat seketika. Pada waktu ini juga tubuh badan anda berada dalam kelesuan dan keletihan kerana berada di pertengahan hari.

Dengan tidur sekejap secara berkala pada waktu siang adalah sangat baik bagi membantu menyegarkan semula otak anda. Ini kerana otak anda memerlukan sumber oksigen yang cukup supaya ia dapat berfungsi dengan baik. Apabila tidur sekejap otak akan mendapat

sumber oksigen yang cukup dan dapat memperbaiki fungsi jantung anda serta melancarkan peredaran darah didalam tubuh anda. Dengan itu tubuh badan anda akan merasa segar kembali selepas bangun.

Minda anda juga akan menjadi lebih tenang selepas bangun dari tidur pada waktu tengah hari ini. Selepas berehat sekejap pada waktu ini minda anda akan dapat melupakan segala tekanan yang di hadapi dan telah bersedia melakukan sebarang kerja dengan lebih fokus. Segala masalah anda juga akan dapat dilupakan seketika.

Didalam islam pula tidur sekejap pada waktu tengah hari ini adalah sangat baik bagi memulihkan kembali tenaga anda. Mungkin ramai antara anda yang sering berjaga malam untuk menyiapkan kerja atau bangun malam untuk bersolat sunat tahajjud. Dengan tidur sekejap walau hanya selama 10 minit sudah cukup bagi mengembalikan semula tenaga yang hilang.

Masa yang sesuai untuk tidur pada waktu tengah hari ni pula hanya sekadar 10 hingga 20 minit sahaja sudah mencukupi untuk menjaga kesihatan dan mengembalikan tenaga anda. Ini kerana jika anda terlebih tidur terlalu lama sehingga berjam-jam pula akan menyebabkan anda susah untuk bangun balik kerana anda sudah terlalu nyenyak tidur.

Kesimpulannya, jika anda berpeluang untuk rehat pada waktu tengah hari maka anda boleh mengambil masa sekitar 10 hingga 20 minit untuk tidur seketika bagi merehat badan dan juga minda anda. Ia dapat memberikan banyak kebaikan kepada anda. Selain dapat meningkatkan semula tenaga anda yang semakin berkurangan ia juga dapat mententeramkan fikiran anda yang tengan berserabut. Anda akan merasa segar kembali selepas bangun. Kalau tak percaya cubalah…

JOM SHARE

21 thoughts on “Tidur Sekejap Waktu Tengah Hari

  1. em mmg bgus pon tido mse tghri sbb leh cas blik tnga kita..good info..

  2. tempat keje saya tak dibenarkan tido masa rehat.. susah sikit nak rehat tengah hari

    1. susah la macam tu bro..takpe janji dapat rehat..hehe

  3. salam
    aku antara manusia2 yang susah nak tido waktu malam..
    dah macam2 benda buat tapi still xselesai..kadang terpaksa tunggu 1,2 jam sebelum dapat tidor…nikmat tidor yg sedikit hilang…hehehe

    1. sabar la ye saudara faizal..mungkin sebab terlau sibuk sampai selalu tak cukup tidur..hehe

  4. bagus rupanya tido tengahari sekejap ye..tapi aku kalau tido mesti terbabas 2- 3 jam huhuhu

    1. ada manfaatnya tido sekejap tengahari ni..kalo terbabas tu tak dapat la nak tolong..hehe

  5. tidur tngahari amat baik ntuk ksihatan…tapi kalo lebih dr jam yg sepatutnya memang buruk la

    1. betul2..tidur dalam 10 hingga 20 minit cukup la..jangan lama2 sangat..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *